Kedai Bolt dan Nuts Di Ipoh

Hajat aku nak cari kedai yang jual bolt dan nuts yang bersaiz yang aku inginkan nampaknya dah tercapai. Kalau korang tengok gambar kat bawah ni, itu adalah saiz yang aku nak. Panjang cuma 3 inci sahaja yang ada. Walaupun aku nak 6 inci, tapi nak buat macam mana, 3 inci pun dah cukup panjang untuk Projek DIY yang bakal aku buat tak lama lagi ni.

Bolt dan Nuts

Kedai Bolt & Nuts Ipoh

Kalau ada yang mencari bolt dan nuts untuk projek korang, bolehlah cari kedai seperti gambar kat atas ni. Cakap je saiz apa yang korang nak, insyallah ada dalam kedai ni. Sebab memang specialize jual bolt dan nuts sahaja. Nampak macam kelakar je kan, memang susah nak cari kedai hardware yang jual spesifik saiz bolt dan nuts yang aku nak. Sebab Projek DIY ni memerlukan saiz yang tertentu, jadi memang sukar nak cari.

Memang di kawasan sekitar kedai ni pun ada banyak kedai hardware yang menjual pelbagai jenis barangan hardware yang spesifik seperti kelengkapan enjin ke, skru ke, atau apa sahaja yang diinginkan. Kalau cari kat Mr. DIY, rasanya memang takkan jumpa nanti sebab memang aku dah survey semuanya dan kedai hardware berhampiran.

Malas plak nak tulis panjang-panjang, kalau nak tahu alamatnya, korang boleh rujuk alamat seperti dibawah ni :

Kedai Bolt & Nuts Ipoh

Jom undi saya di Contest Review Lynk.my –  http://lynk.my/QS5

12 Comments

  1. onlajer November 19, 2015
    • reez November 19, 2015
  2. akubiomed November 16, 2015
  3. reez November 13, 2015
  4. Noriza Rahman November 12, 2015
    • reez November 13, 2015
  5. titan November 11, 2015
    • reez November 11, 2015
  6. Uncle Zuan November 10, 2015
  7. anuar November 10, 2015
  8. ahmadyani November 10, 2015
  9. Jie susanos November 9, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.