Khairy Jamaluddin Menteri Belia Dan Sukan Terbaik Malaysia

Nama Khairy Jamaluddin rasanya tak perlu nak diperkenalkan lagi rasanya. Kalau ada sesapa tak kenal, beliau merupakan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia yang baru. Post ini pun bukan post mengampu sebenarnya. Tapi aku cuma nak puji je melalui post ini disebabkan aku tengok beberapa action beliau mengenai perkembangan belia, sukan negara, beliau amat memahami belia itu sendiri. Cara beliau mendekati golongan belia ini aku amat kagum.

Khairy Jamaluddin

Bagus Sangat Ke Beliau?

Mungkin kalau nak kira pencapaian dari segi pencapaian beliau sebagai menteri masih baru lagi, tapi aku amat respek kepada beliau yang mesra dan kekadang macam takde protokol memisahkan beliau dengan orang awam. Pada aku, menteri ni sama je..sebab orang takut nak dekat, disebabkan protokol. Kalau ikut logik akal, memang sebagai golongan yang memimpin ni harus dihormati. Itu konsep yang kita telah lama praktikkan di Malaysia ini.

Baru-baru ni memang hangat mengenai kisah teguran demi teguran terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia yang rasanya satu Malaysia tahu sendiri. Aku bukan peminat bola Malaysia…sukan yang aku serius pun, bukan sukan Bola Sepak..Sukan Memanah yang aku pilih..bukan sebab senang..sebab setelah aku masuk dalam sukan tu, aku rasa sesuatu yang amat berlainan dari sukan lain, selain daripada ianya adalah salah satu sunnah Nabi.

Aku sentiasa mengikut perkembangan sukan-sukan lain, tapi aku sebenarnya tak berapa setuju kalau bola sepak diberikan perhatian yang lebih. Sebab utama, mungkin ianya sukan popular dunia. Kalau nak kira kan, Badminton, Skuasy, dua sukan tu dah berada dalam top dunia..tapi tak ramai juga tahu, Pasukan Memanah Malaysia sebenarnya dah berada dalam kategori 5 terbaik dunia. Aku cuma harap Malaysia dapat melahirkan ramai Olympian..daripada menghabiskan duit untuk melayakkan sukan bola sepak ke Piala Dunia yang entah bila baru dapat. Kalau korang tengok negara China, tak hebat mana pun bola sepaknya..tapi berapa ramai Olympian yang dapat dihasilkan China? Dalam sukan Olimpik sendiri…korang tengok sendiri bilangan pingat yang selalu mereka raih…berbanding Malaysia?

Emosional plak aku bila cerita pasal sukan ni..hehe..jauh plak melalutnya. Mana tahu kot Khairy Jamaluddin ada baca post ni ke, harap komen le dengan best..hehe

Penglibatan beliau dalam mendekati belia ni aku amat kagum sangat apabila aku ada video-video yang dimuatnaik ke Youtube yang mana beliau sendiri berlakon dan beliau juga pernah menjadi tetamu JOHARA Pagi Era yang mana memang aku gelak abis time interview tu sebab aku tengok Johan macam takut takut je nak kenakan beliau..haha..tapi tang sketsa Mak Jemah tu lagi buat aku gelak kaw kaw..hahaha..

Akhir sekali aku harap teruskan usaha untuk membangunkan belia dan juga sukan negara. Diharapkan negara dapat lahirkan ramai Olympian berbanding melayakkan Malaysia ke Piala Dunia sahaja…kalau prestasi bola sepak tu dibawah paras Olimpik..rasanya elok diperhebatkan peningkatan prestasi bagi sukan-sukan yang mampu melahirkan ramai Olympian. Harap peminat bola sepak jangan la memarah plak..aku bukan tak suka bola sepak, cuma bagi aku negara banyak sangat habiskan duit kepada bola sepak dan macam-macam kontroversi..

p/s: Isu Siti Nurhaliza tegur menteri tu satu hal lagi….memacam hal..

6 Comments

  1. blogger lelaki November 14, 2013
    • reez November 14, 2013
  2. Mohd Shubhi November 12, 2013
  3. titan November 12, 2013
    • Bahrain November 12, 2013
    • reez November 13, 2013

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.