Kisah Perjalanan Ke Sepetang Bersama Blogger 2014 Part 1

Kisah aku nak tulis ni memang rasanya akan menjadi panjang sebab banyak benda aku nak cerita, so perlukan kesabaran yang tinggi nak membacanya ye. So kepada sesiapa yang begitu ingin tahu macam mana aku sampai leh tersesat kat Egypt tu..nantikan kisah aku kongsikan ini. Macam mana dari KL, boleh sampai ke negara Arab daa….tak ke merepek tu kan..:D

Mungkin masa korang baca ni, korang akan senyum sesorang, atau kutuk atau apa sahaja lah kan.Itu tak kisah..aku nak cite, ikut suka aku, kalau korang nak baca..silakanlah..:D Tak nak takpe..aku nak ceritakan je..:D

Kisah-Perjalanan-Ke-Sepetang-Bersama-Blogger-2014-Part-1

Bagaimana Aku Ke Sana?

Aku ke sana menggunakan perkhidmatan tren ETS yang mana kalau siapa yang tak tahu, aku naik dari stesen keretapi Ipoh yang mana aku dah beli tiket tu awal-awal lagi dah. Tak ingat tarikhnya bila. Rasanya tarikhnya adalah pada aku terbitkan entri Bagaimana Membeli Tiket ETS Online tu. Korang boleh tengok sendiri macam mana nak beli secara mudah dan rancang perjalanan korang.

Tiket aku pukul 1600 iaitu pukul 4.00 petang dan aku dah sampai kat sana lebih kurang pukul 3.00 petang. Untuk makluman, aku gerak ke KL pada hari Jumaat. Aku plan nak checkout hotel pada 9 Mac 2014 nanti. Rasa selesa sikit nak berjalan jauh, taklah rasa letih sangat jalan. So setelah aku dapatkan parking, cara nak dapat parking ni pun nanti aku ceritakan..mungkin hanya sesuai untuk mereka yang tinggal di Ipoh je kot, sebab takkan la korang tak duk Ipoh nak cari parking kat sini kan?

Pukul 3.20 lebih kurang aku masuk ke stesen, aku pilih Coach B dan duduk di seat 2D..Itu yang best kalau beli awal dan secara online..leh pilih seat sesuka hati dan macam pilih seat kat wayang time waktu pagi je..hehe..Kalau korang dari pintu tu..korang jalan terus je….dah nampak dah Coach B tu..tak payah susah payah nak jalan jauh..ternyata pilihan aku amat best….

Masuk dalam, aku pun tak payah nak jalan jauh sangat..Aku dapat seat tepi tingkap, memang dalam tempahan online tu aku ada nampak option dalam tu nak tepi tingkap ke tak…Aku menanti adakah amoi atau awek cun yang bakal duduk di sebelah? Aiseh..kecewa nampaknya…kat belakang aku je ada awek cun duduk….sebelah aku cuma seorang uncle yang dah putih rambutnya duduk disebelah..:(

Sampai di Stesen KL Sentral

Aku sampai di stesen KL Sentral pada puku 1820 kalau tak silap iaitu lebih kurang pukul 6.20 petang dan aku mula melilau nak mencari kat mana stesen monorail yang mana dalam tempahan hotel yang aku buat kat Agoda sebelum ini, katanya 3 minit berjalan kaki dari Stesen Monorail Raja Chulan…

Sehari sebelum tu, sebenarnya aku ada Google tentang cara nak naik Monorail kat blog..tapi aku tak jumpa sangat panduan yang lengkap yang aku inginkan. Kecewa juga takde rakan blogger yang aku kenal buat entri bagus macam tu sebabnya ramai juga tak tahu, terutamanya pelancong asing..Bagus untuk blog niche travel sebenarnya. Kalau korang keluarkan panduan dalam Bahasa Inggeris, kompem ramai yang akan download dan gunakan. Panduan bergambar memang amat membantu.

Sebelum ni aku pernah naik LRT, Komuter sesorang..ini kali pertama aku naik Monorail sesorang. Nasib baik blog Kak Jie kita ada buat satu entri tentang lokasi stesen monorail dari KL Sentral. Ye..untuk naik monorail dari KL Sentral korang kena berjalan kaki keluar KL Sentral.

Pintu Mana Nak Keluar Ke Stesen Monorail?

Aku sebenarnya agak pening sebab masa tu internet phone aku buat hal, tetiba plak takde line dan takde dapat nak gunakan Google Navigation dan itu first time aku pakai untuk option ‘walking’..so memang hampeh kalau internet takde masa tu. Aku cuba gunakan papan tanda yang ada disitu. Nasib baik membantu…

Untuk panduan, korang boleh cari Restorang Burger King,  korang lalu depan restoran Burger King dan turun ke pintu bawah. Jalan kaki ke bawah dimana korang akan dapat tengok ramai orang jalan kaki ke stesen tersebut. Ikut je orang ramai-ramai tu dan korang akan nampak disebelah kanan jalan nanti stesen monorail..mungkin dari jauh tak nampak, sebab berada di celah bangunan. Aku plak lupa nak tangkap gambar..:D

Cara Nak Naik Monorail

Kredit Gambar : MyRapidTransit

Kalau sesiapa yang masih tak tahu (bukan orang KL) dan tak pernah naik Monorail atau ‘ulat daun’ ni korang akan dapat token berbentuk duit syiling plastik tu sebagai tiket. Korang kena scan di board tu dan pintu akan terbukak secara automatik untuk korang. Kecewa juga sebab takleh gunakan kad Touch n Go gua tuh..hoho..rujuk gambar kalau korang tak berapa jelas.

Aku agak kecewa juga apabila berada dalam monorail tu sebabnya suasananya amat bising..lupa plak aku time tu orang balik kerja..yang buat bising tu sebenarnya adalah pelancong asing..nasib la semua cun cun belaka..adeh…siap menyanyi plak dalam tu..dah la aku takut terlepas stesen..tak dengar stesen mana dah tu, monorail plak masa tu penuh dengan manusia yang baru balik kerja. Untuk elakkan aku terlepas stesen, rasa macam dah dekat, aku tanya terus kat orang sebelah masa berhenti tu…Ini stesen apa ye? Aku kena cakap dua kali baru dia dengar…‘Raja Chulan’ kata dia…kelam kabut aku keluar…dalam hati dem betul la depa ni…nyaris aku tak terlepas stesen..haha..

Ok, dah penat tulis…kena sambung juga Part 2..Kisah Perjalanan Mencari Hotel…:D

17 Comments

  1. Mohd Rasul Abu Hanipah March 15, 2014
    • reez March 15, 2014
  2. Rawlins GLAM March 14, 2014
    • reez March 14, 2014
  3. reez March 14, 2014
  4. cik amal March 11, 2014
    • reez March 11, 2014
  5. Yuyu Atiqa March 11, 2014
    • reez March 11, 2014
  6. hasrulhassan March 11, 2014
    • reez March 11, 2014
  7. Azri Johan March 11, 2014
    • reez March 11, 2014
  8. KiD March 11, 2014
  9. hazman aka species1980 March 11, 2014
  10. Pendekar March 11, 2014
    • reez March 11, 2014

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.