Komisen 191- 201 Dari Klikjer

Mungkin lepas ni akan jarang dapat dah komisen dari Klikjer. Apa pun aku bersyukur masih lagi dapat komisen affiliate daripada Klikjer.Dah sampai ke 200 pun komisennya. Aku tahu, ramai lagi dapat komisen lagi gempak daripada aku. Aku buat ni pun sekadar rekod aku menggunakan blog ni je. Takde gunakan teknik lain, fbads ke, google ads ke..semuanya takde.

Kesemua link affiliate yang berkenaan Ashadee telah aku buang dan disable kan. Memang perit juga nak buang kesemuanya manual. Menyesal juga sebelum ni aku tak buat cloaking untuk link affiliate tu. Sebabnya banyak sangat link produk, so aku malas nak cloaking.

Komisen 191-201 Dari Klikjer

Apa Itu Cloaking?

Bagi yang masih baru nak kenal apa itu affiliate marketing tentu tak pernah dengar dengan cloaking affiliate link ni. Sebenarnya ada banyak cara nak cloaking affiliate link ni. Salah satunya adalah menggunakan shorten URL. Contohnya seperti Lynk.my, Tinyurl.com,Goo.gl dan banyak lagi. Fungsinya adalah untuk menyembunyikan URL affiliate tersebut atau fungsi lainnya adalah untuk memendekkan link affiliate tersebut.

Ada lagi satu teknik adalah keistimewaan bagi mereka yang menggunakan hosting sendiri. Dengan hanya menggunakan fungsi di cpanel, korang boleh buat teknik cloaking ini dengan menggunakan nama yang korang sendiri inginkan. Tiada masalah kalau korang nak gunakan nama pendek atau panjang atau guna nama produk itu terus, contohnya https://mohdfairiz.com/bisnesburger, kalau korang klik, akan dibawa ke laman web yang melalui link affiliate korang. Cuma caranya agak teknikal sikit, tak susah mana..kalau korang rajin, korang search je, kompem jumpa..cuma skill mencari tu korang kena pandai. Itu korang carilah sendiri..:P

Guna Blogspot Boleh Cloak Link Affiliate?

Jawapannya adalah YA….

Ye betul, korang yang guna blogspot pun boleh juga. Tapi terhad untuk penggunaan keseluruhan domain blogspot tersebut. Contohnya korang ada berminat nak promosikan satu bisnes ni melalui link affiliate korang dengan menggunakan domain tudungtudung.blogspot.my. Dengan menggunakan domain tudungtudung.blogspot.my tu korang akan dibawa terus ke laman web promosi berkenaan. Ada sedikit pengubahsuaian kod, ianya tak salah pun sebenarnya, tapi mungkin nak jumpa nama yang sesuai agak sukar disebabkan dah ramai menggunakan blogspot dan nama domain yang sesuai untuk produk tersebut mungkin sukar dicari.

Komisen 191- 201 Dari Klikjer

Jadi korang yang berminat nak cuba tu, silakan dan jangan segan, sebabnya ini juga memudahkan korang nak ubah link affiliate tu nanti kalau ada perubahan, korang cuma perlu ubah pada root domain tersebut sahaja..tak payah nak ubah manual setiap satu..macam aku dah buat sebelum ni..menyesal juga rasanya..berpeluh juga edit semua link affiliate.

Lepas je update semua link tu, aku ping je URL aku ni ke laman web ping yang ada seperti Pingler.com tu, alhamdulillah, ada juga kesannnya sebab dah lama juga aku tak mengeping.

14 Comments

  1. Azam Mohamad March 16, 2016
  2. onlajer March 9, 2016
  3. Nurul Shahira March 8, 2016
  4. mawardi yunus March 4, 2016
  5. Noriza Rahman March 3, 2016
  6. titan March 3, 2016
  7. olaoli March 2, 2016
    • reez March 2, 2016
  8. Raihanah Ahmad March 2, 2016
    • reez March 2, 2016
      • raihanah March 10, 2016
        • reez March 10, 2016
  9. Uncle Zuan March 1, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.