Komisen 202 – 216 Dari Klikjer

Komisen Dari Klikjer. Dah masuk tahun kedua rasanya aku mempromosikan affiliate dari Klikjer ni. Hanya dengan menggunakan blog baru ni je yang baru nak masuk tahun kedua. Kiranya bulan Jun ni masuklah umur blog ni ke tahun yang kedua. Alhamdulillah, segala ilmu yang telah dipraktikkan sejak tahun lepas, masih lagi memberikan komisen walaupun jumlahnya dah tak semeriah dulu. Nak buat macam mana, semua dah giat mempromosikan affiliate dari Klikjer termasuklah blogger-blogger yang selama ni buat duit dari advertorial sahaja.

Komisen 202 - 2016 Dari Klikjer

Takpe, rezeki sama dikongsi, ilmu kita sama-sama cari dan komisen pun kita dapat, tapi mungkin ada yang banyak dan mungkin ada yang sikit. Bergantung kepada skill blogging dan skill promosi masing-masing. Sasaran aku nak menjadikan blog ini sebagai auto generate machine rasanya sudah 80% tercapai. Kena maintain 1-2 entri seminggu sahaja bagi membolehkan keyword-keyword yang aku sasarkan masuk ke tempat yang aku tuju tu.

Terbaru, blog dalam bahasa Inggeris sudahpun menjana komisen daripada Clickbank..satu Klikjer, dan satu Clickbank. Clickbank juga tidak terkecuali memberikan aku komisen setiap bulan disamping komisen-komisen affiliate aku yang lain. Mungkin lepas Hari Raya baru aku akan start dengan projek terbaru aku nak sasarkan income bulanan online daripada RM1500.00 sebulan kepada RM2000-RM3000 sebulan. Aku harap target aku akan tercapai. Kalau korang nak buat apa pun harus ada target bukan?

Kalau sasaran korang nak glamer masuk tv dan dapat jadi artis suatu hari nanti, terpulanglah, sebab itu sasaran korang dalam berblogging. Cuma fikirkan je apa akan jadi kepada blog korang 10 tahun lagi, adakah korang masih larat nak tulis entri? Masih larat nak pergi event sana sini? Masih larat nak travel sana sini? Atau mungkin suatu hari nanti nak tubuhkan syarikat yang mana kesemua pekerja korang adalah blogger dan social media influencer? Adakah social media masih menjadi kegilaan 10 tahun akan datang? Semuanya masih belum pasti. Jadi korang harus bersedia nak menghadapi apa juga kemungkinan yang ada.

Aku sendiri pun tak tahu sampai bila agaknya aku akan dapat terus jana komisen dari Klikjer ni. Sasaran aku cuma 100 komisen sahaja, dan mungkin selepas ni aku nak sasarkan kepada 500 komisen dalam masa setahun. Kena kerja keras sikit, sebab promosi affiliate dari blog ni memakan masa. Bukan tak jadi, kalau korang buat dengan cara yang betul…memang pasti akan menjana komisen yang diinginkan. Terpulang korang nak pilih komisen sikit ataupun besar.

Kesimpulannya, jangan pernah berhenti kalau korang dah mulakan..buat apa yang korang suka dan cuba untuk hasilkan sesuatu yang memberikan income kepada korang supaya dapat memberi dua kepuasan…kepuasan membuat sesuatu yang korang suka..dan kepuasan mendapat ganjaran yang setimpal daripada apa yang korang dah usahakan…Tuhan sentiasa memberi kepada mereka yang sentiasa berusaha…

16 Comments

  1. Oyong Ilham September 30, 2016
  2. apdm June 15, 2016
  3. Azzahairi June 13, 2016
  4. nila anggraini June 10, 2016
  5. hafizi June 9, 2016
    • reez June 10, 2016
    • reez June 10, 2016
  6. titan June 7, 2016
  7. nikkhazami June 4, 2016
    • reez June 4, 2016
  8. akubiomed June 1, 2016
  9. sabree hussin May 31, 2016
  10. Raihanah Ahmad May 25, 2016
  11. anuar May 24, 2016
  12. Jie Susanos May 24, 2016
  13. Sobri Mansor May 24, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.