Komisen Ke 7 dan 8 Dari Clickbank

Masihkah korang ingat dengan satu lagi vendor affiliate yang paling best ini iaitu Clickbank? Dah tentu dah mula ramai rakyat Malaysia yang ingat dengan affiliate Clickbank yang ada beribu-ribu produk untuk dipromosi setiap hari dan ada yang boleh buat duit dengan Clickbank ini setiap jam dan dapat beribu-ribu USD sebulan dengan senang je.

Buat duit dengan Clickbank ni nampak macam mudah, kekadang tu ada produk-produk yang kita di Malaysia ni mungkin tergelak apabila mendengarkan produk digital yang dijual sehingga USD100 ke USD200 sedangkan produk itu hanyalah produk untuk membina pondok, mungkin panduan untuk main game WarCraft, ataupun panduan untuk menjadi kurus dengan menggunakan teknik senaman. Ada banyak niche yang boleh diterokai, sampaikan cara nak tanam tomato pun ada dijual dalam Clickbank ni.

Komisen Clickbank

Tahun 2015 ni aku hanya cuba-cuba sahaja, bak kata orang, masuk kaki sebelah je untuk buat duit dengan Clickbank. Alhamdulillah sekarang dah berjaya dapat komisen yang ke 8 dan Cek Pertama Dari Clickbank pun dah selamat sampai kepada alamat aku dan sudah ditunaikan cek tersebut ke akaun aku. Senyum je aku tengok sebab nilai tukaran wang asing yang masih tinggi ni, so dapat la nilai yang best gitu..Macam mana caranya nak tunaikan Cek Clickbank, nanti aku cerita pada entri yang lain ye.

Macam Mana Nak Dapat Komisen Dari Clickbank?

Macam yang aku pernah cakap sebelum ini, aku hanya menggunakan Teknik Pemasaran Video oleh Zyan dan aku aplikasikan teknik beliau 100% macam yang dia ajar dalam videonya. Dah pulang modal dah pun malah dah lebih daripada yang aku sangkakan. Produk yang aku promosi cuma satu je, takde produk lain sebabnya aku masih dalam tempoh percubaan untuk buat duit dengan Clickbank ni.

Insyallah tahun 2016 nanti aku nak cuba buat duit dengan Clickbank ni lebih serius lagi. Disebabkan income affiliate Malaysia pun dah steady dan dah boleh maintain,2016 nanti adalah masa untuk menumpukan lebih lagi ke pasaran Clickbank. Apa yang best teknik pemasaran video ini adalah, selepas korang set je video tu…korang hanya biarkan sahaja ianya menjana komisen secara automatik..contoh paling jelas adalah aku sendiri…

Teknik Pemasaran Video

Testimoni Teknik Pemasaran Video ini, korang boleh baca di salesletter beliau dan juga post-post aku yang lepas, lihat sendiri buktinya. Memang aku ada gunakan teknik berbayar..tapi kosnya tidak sampai pun RM20…murah kan? Tapi nilai komisen yang aku dapat sampai sekarang…? Cuba kira sendiri ye…berbaloi kan?

Mungkin korang yang nak buat duit dengan Clickbank ni tak tahu…

1.Apa itu Clickbank?

2.Apa niche nak promosi?

3.Bagaimana nak hasilkan video menarik untuk pemasaran?

4.Teknik keyword research macam mana yang terbaik?

Kalau korang masih lagi dalam dilema dan hanya menunggu, rugi la kan, sebab kesemua panduan dalam pemasaran video adalah dalam bentuk video yang jelas dan mudah untuk difahami. Jadi tak mustahil korang boleh dapat hasilnya kembali dalam masa 2-3 bulan sahaja.

Klik banner di bawah untuk terus buat pembelian..rugi kalau tak dapatkan sekarang…nanti naik harga lagi plak….tak gitu?

12 Comments

  1. titan November 11, 2015
  2. sabree hussin November 4, 2015
    • reez November 4, 2015
      • sabree hussin November 13, 2015
        • reez November 13, 2015
  3. mrhanafi November 3, 2015
  4. Jie susanos October 29, 2015
    • reez October 30, 2015
  5. Raihanah Ahmad October 29, 2015
    • reez October 29, 2015
  6. Fahmi Raazali October 29, 2015
    • reez October 29, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.