Kopi Che Nah Paling Sedap Di Malaysia

Penggemar KOPI di Malaysia sudah tentu amat suka dengan entri kali ini. Sebabnya kali ni aku akan cerita tentang salah satu kopi paling best dan sedap di Malaysia iaitu Kopi Che Nah.

Dah berpuluh tahun sebenarnya Kopi Che Nah ini ada di pasaran, tetapi mungkin hanya penggemar kopi sahaja tahu akan kelazatan aroma kopi O asli yang dihasilkan di Chenderong Balai ini.

Lokasi Kilang Kopi Che Nah

Kalau anda nak ke kilangnya di Chenderong Balai, boleh terus ke location seperti di atas. Jadi tak susah kalau nak singgah ke kilangnya, Google je dah boleh sampai ke lokasi.

Bagi yang berada di Selangor, boleh ikut jalan Hutan Melintang, lebih dekat dengan Teluk Intan.

Walaupun dah banyak jenis kopi aku minum, tapi Kopi Che Nah ini memang menjadi satu ‘signature’ di negeri Perak, sebab kopi ini tidak dijual di negeri-negeri lain.

Nak dapatkannya pula, memang tak jumpa la di Tesco atau pasar raya besar, di kedai runcit di negeri Perak sahaja yang ada stok kopi ini.

Jadi tak hairanlah boleh dikatakan semua kedai runcit ada menjual Kopi Che Nah ini.

Memang sedap sungguh minum air kopi ni pada waktu pegang atau waktu sarapan pagi sambil cicah dengan biskut kering ataupun dengan pisang goreng pada waktu petang.

Nak jadikan kopi ais pun sudah tentu sedap juga. Minum waktu panas terik, memang dapat menghilangkan dahaga. Tapi sayang pula nak habiskan kopi yang sedap tu kan..lol.

Dah banyak juga kopi aku dah rasa antaranya adalah Kopi Kluang dan juga White Coffee yang sememangnya menjadi salah satu tarikan di Ipoh juga.

Kopi Che Nah Paling Sedap Di Malaysia

Bagi mereka yang baru pertama kali merasa kopi Che Nah ini tentu tak sangka kopi yang mungkin tidak terlalu terkenal dan tidak mendapat publisiti di televisyen ataupun surat khabar, sedap sekali dan mampu menandingi kopi-kopi lain yang ada di pasaran perdana.

Harga Kopi Che Nah pun tak mahal, cuma RM3.60 sahaja bagi satu paket 200g seperti dalam gambar. Satu paket ni pun dah boleh buat berpuluh-puluh cawan kopi sekali.

Beli banyak-banyak kalau nak dibuat stok, tapi pastikan tengok tarikh luputnya dahulu.

Betul ke Kopi Che Nah Paling Sedap di Malaysia?

Cuba beli dan rasa sendiri keharuman aroma kopi dari desa yang sangat memberangsangkan. Kalau ada yang pandai cuba jadikan ianya seperti kopi Starbucks tentu lagi best.

Dulu memang jadi trending orang meniaga kopi seperti Starbucks, tapi kenapa ye dah tiada orang yang jual. Tengok ramai pula yang menjual air balang seperti air mangga, air jagung dan sebagainya.

Ketahui Cara Nak Buat Untung Besar Jual Air Balang Je!

Mungkin salah satu idea yang menarik, boleh dibuat satu kedai kopi yang menghidangkan makanan ala-ala kopitiam pula. Tetapi cuma dihidangkan kopi Che Nah sahaja sebagai minuman utama.

Dah try ke belum kopi ni? Kalau nak beli kena datang ke Perak atau boleh juga Beli Kopi Che Nah secara online. 😀

14 Comments

  1. Yeop Maz November 21, 2017
    • reez November 22, 2017
  2. Nina Mirza November 8, 2017
    • reez November 8, 2017
  3. amirulfaiz November 7, 2017
    • reez November 7, 2017
  4. Anuar November 3, 2017
  5. Adzril November 2, 2017
    • reez November 5, 2017
  6. Kak Su November 2, 2017
    • reez November 2, 2017
  7. Pisyek November 1, 2017
    • reez November 2, 2017
  8. titan November 1, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.