Kopi Kluang & Pisang Tanduk

Masih tak abis lagi cerita pasal aku balik JB haritu..ahahaa..kali ni aku nak cerita sikit pasal persinggahan aku masa balik daripada Johor Bahru haritu…

Kopi Kluang Memang Sedap..

Aku dulu sebenarnya bukanlah penggemar kopi..kalau masa kecik dulu, aku sanggup tak minum kalau ada kopi dihidangkan. Rela aku teguk air sejuk dalam peti ais daripada hirup kopi..Kopi bagi bebudak rasanya tak berapa best.

Tapi bila dah besar…merasa plak macam-macam jenis kopi yang ada. Paling femes sekali, dan sudah tentu kopi yang mahal..Starbucks..Dulu memang aku tak tahu langsung tentang wujudnya kopi yang sedap kat Starbucks ni..dah kerja, duit pun dah ada, tambah plak dapat lagi komisen affiliate plak tu. Ada la lebih sikit buat minum kopi mahal ni…kan?

Kopi Kluang

Pisang Tanduk

Pisang Tanduk

Mana rupa Kopi Kluang ni, korang boleh tengok sendiri kat gambar di atas tu..Aku singgah sebab kat ofis aku ramai plak yang duk kirim..kata depa balik JB tak bawak apa-apa pun untuk depa..ye lah..disebabkan nak bagi depa merasa, aku ada la belikan Kopi Kluang untuk depa..Ada juga yang pesan pisang tanduk..aku pun tak tahu sangat apa yang sedapnya pisang tanduk ni..besar beb pisangnya, mahal gak.. RM7.00 sekilogram..aku ingatkan sesikat RM7.00..haha..perasan murah memula nak beli tu.

Dimana Nak Dapatkan Kopi Kluang Ni?

Sebenarnya tak susah mana nak beli Kopi Kluang ni, korang boleh pergi terus ke kilang kopinya. Kawan wife aku kebetulan memang ada tinggal kat area Kluang tu, jadi dia la yang pada mulanya memperkenalkan Kopi Kluang ni..kalau tak, memang aku tak tahu pun kopi ni..camne rasa dia..

Cara Nak Pergi ke Kilang Kopi Kluang adalah seperti berikut:

1.Daripada tol, korang boleh exit Ayer Hitam ataupun Pagoh, ikut la mana satu korang suka. Cari arah ke Kluang..

2.Sebaik sahaja korang jumpa bulatan yang ada Crown tu korang ambil pukul 3..dan korang akan jumpa trafik light.

3.Kat trafik light tu korang ambil kiri dan terus sahaja lebih kurang 10 minit korang akan jumpa lagi satu bulatan dan ambil pukul 12.00.

Kilang Kopi Kluang

4.Daripada situ korang akan nampak disebelah kanan merupakan Kilang Kopi Kluang. Korang boleh rujuk gambar kalau korang tak nampak. Aku snap bahagian atas je..jadi tak nampak la keseluruhan rupa kilang kopi ni. Tapi senang je nak cari..tak susah mana kan?

Minum kopi memang sedap kalau makan dengan burger ke, dengan biskut ke petang-petang, ye tak? Layan betul kalau time tu plak hujan je kat luar..kena dengan kopi panas, memang terangkat gitu..ehehe..

Kat Perak takde ke kopi? Jauh sangat cari kopi sampai ke Johor?

Sebenarnya kat Perak ada je kopi yang popular juga. Nama kopi yang femes kat Perak ni adalah Kopi Che Nah. Semua penggemar kopi kat Perak ni confirm tahu nama kopi ni sebabnya memang sedap. Opah aku je rajin minum kopi dan kopi Che Nah la jadi pilihan..aku ada la belikan Opah aku Kopi Kluang..nak bagi dia rasa..Kopi Kluang Cap Televisyen nama rasminya kalau tak silap..:D

17 Comments

  1. AZENI AHMAD May 12, 2015
  2. aRz MoHa May 11, 2015
  3. muliani May 10, 2015
  4. mrhanafi May 10, 2015
  5. Azam Mohamad May 9, 2015
  6. Azzahairi May 7, 2015
  7. Ina Ainaa May 7, 2015
    • reez May 7, 2015
  8. nurinsaniah May 7, 2015
  9. titan May 7, 2015
    • reez May 7, 2015
  10. Helmi Aliarit May 7, 2015
  11. Anuar May 7, 2015
    • reez May 7, 2015
  12. puan yien May 7, 2015
  13. yoorin May 7, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.