Lagu Kun Anta Menjadi Semakin Popular

Adakah korang pernah dengar lagu Kun Anta yang didendangkan oleh penyanyi Arab Humood AlKhuder? Kalau tak pernah korang boleh cuba play video kat bawah ni dan layan. Kalau layan lagu ni dalam kereta, memang silap-silap boleh jejoget kat dalam kereta tu.

 

3-4 tahun lepas, ada aku pernah dengar satu ceramah agama anjuran pejabat aku, katanya lagu Arab semuanya tak sedap belaka. Tapi dengan datangnya Maher Zain, Humood AlKhuder ni semakin memeriahkan lagi dunia hiburan dan apa yang menakjubkan lagi, videonya menjadi semakin trending sekali di negara kita.

Apa maksud lirik Kun Anta yang dinyanyikan ni? Jom sama-sama kita tengok sendiri…

Ketika ingin bersaing dengan yang lain, aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.

Jadi aku boleh jadi seorang yang lain hanya untuk berbangga.

dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan.

Tetapi yang kuperoleh hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.

Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, kecantikan dari dalam (jauhari) ada di sini di dalam hati ia bersinar.

kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita. semakin bertambah hingga ke atas.

Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada.

Sungguh aku menerima mereka tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri inilah aku.

hal ini kurasakan sudah cukup dan aku sangat pasti.

Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku aku tidak perlukan orang lain menerimaku.

aku akan jadi apa yang aku suka kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku.

Sumber:AlunanMerdu

Ceritanya lebih kepada kehidupan di dunia ini. Diharapkan dapatlah kita mengambil perkara positif yang ingin disampaikan dalam lagu ini. Bahasa Arab ni memang indah sebenarnya, kita je yang jarang nak mendekatinya sebab nampak susah, tak gitu? Apa kata korang try belajar bahasa Arab? Tak ke memudahkan korang memahami isi kandungan Al-Quran. Disamping itu juga korang boleh bertambah khusyuk dalam solat.

Download Rahsia Solat Khusyuk

Salah satu rahsia khusyuknya solat adalah korang memahami apa yang korang baca. Tambah plak kalau korang memahami isi kandungan surah Al-Fatihah itu sendiri..betapa agungnya kuasa Yang Maha Esa dan kita yang kerdil ni sungguh hina sekali, tapi kita selalunya sombong..

Memang cepat masa berlalu, apatah lagi dalam dunia media sosial ni. Apa sahaja boleh menjadi viral dan juga popular. Kisah Myvi dah reda, kini taktau la plak isu apa plak yang akan timbul. Setiap minggu ada je perkara-perkara trending yang akan muncul di media-media sosial dan di page-page yang femes tu kan?

Aku harap dengan trendingnya video ini maka reda la sikit kot orang duk minat dengan K-Pop ni kot?haha..boleh ke macam tu? Tak kurang juga yang buat video dan follow lagu tu dalam Bahasa Arab. Tahniah bagi mereka yang berjaya ikut lagu tu dengan lancar dan juga sedap.

Dah puas tengok? Apa lagi, gi komen cepat kat bawah..:D

8 Comments

  1. UmmuAyyash April 18, 2016
  2. SaniYunus May 24, 2015
  3. Nadia Bakar May 21, 2015
    • reez May 21, 2015
      • Nadia Bakar May 21, 2015
        • reez May 21, 2015
  4. Noriza Rahman May 21, 2015
  5. Azzahairi May 20, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.