Laki Bini Terjebak Game Pokemon Go!

Sudah.

Balik daripada bercuti di Pulau Pangkor semalam, dalam feri aku tengok ramai dah update tentang game Pokemon Go ni. Dah ramai yang install game ni untuk dimainkan. Disebabkan dalam feri tu agak lama juga, lebih kurang 45 minit juga la, aku pun try la main game ni sekejap.

Laki Bini Main Pokemon Go

Tengok sendiri lokasi aku tu ada kat tengah lautan, memang takde la Pokemon yang hadir.

Best sangat ke game Pokemon Go ni?

Aku mencuba sendiri dan apa yang menghairankan, wife aku ni yang sebenarnya lebih excited daripada aku. Aku tau, dia memang suka game macam ni. Nasib baik juga aku tak beli PS3 dulu, kalau tak, lapar la aku nak tunggu dia masak, ye tak?haha.

Semalam, lepas sampai rumah, pada sebelah malamnya wife ajak tengok wayang cerita yang agak Brutal iaitu Suicide Squad, memang best dan brutal cerita tu, tapi aku agak pelik, ada juga budak-budak kat dalam wayang tu. Sepatutnya budak-budak tak dibenarkan masuk kot. Tapi tak tau la kan.

So sementara tunggu wayang bermula, aku dengan wife pun memulakan ekplorasi mencari Pokemon di sekitar mall tersebut. Ke sana kemari apabila dah tahu macam mana nak tambahkan bilangan PokeBall tu. Daripada 3 biji, dah menjadi lebih 100 biji,..WOW..

Padahal wife aku baru je install, dah level 5 lebih daripada aku. Tadi dia kat tempat kerjanya, kebetulan betul-betul kat kerusi tempat kerja tu, ada tempat untuk Pokestop yang mana korang boleh dapat free item kat situ. Ada masa free je dia dapatkan free item tu. Ciss…

Petang tadi lepas je ambil dia balik kerja, kami mulakan aktiviti mencari Pokemon dan juga Pokestop di sekitar kawasan Plan B dan juga sekitar office aku juga. Dapatlah tambah beberapa ekor lagi dan tambahkan Pokeball.

Sedar tak sedar, badan pun berpeluh, tak sedar dah jauh jalan daripada tempat parking kereta. Balik dah penat dan rasa lepas bersenam. Aku rasa kena pergi kat tempat rekreasi lagi bagus. Mencari Pokemon sambil bersenam, salah satu aktiviti sihat juga kan.

Isu Pokemon Haram

Isu ini memang menjadi viral di media sosial dan ramai juga yang memberikan kata-kata yang kurang enak kepada mufti tersebut. Aku hanya mencuba, mungkin belum nampak mudaratnya kot. Kalau dah melarat sangat, lebih baik hentikannya.

Dari sudut positifnya aku cuma berpendapat, dapat menyihatkan badan. Nasib baik juga kat rumah aku takde pun apa-apa kelibat Pokemon dan juga Pokestop, kalau tak, jenuh juga berjalan sekitar rumah. Bukan buat kerja rumah, tak gitu?haha..

Tapi janganlah sampai kejadian dalam video di bawah ni jadi…ini berlaku di negara lain..tak mustahil sebenarnya jadi kat negara kita bukan. Ada juga yang accident semasa bermain ketika memandu.Fuh..diharapkan janganlah ada juga kes begini terjadi di negara kita. Tak gitu. Main-main juga, kerja jangan tak buat.

10 Comments

  1. Kereta Sewa September 6, 2016
  2. apdm August 23, 2016
    • reez August 23, 2016
  3. Hero Borneo August 19, 2016
  4. titan August 16, 2016
  5. Jie Susanos August 15, 2016
  6. Raihanah August 15, 2016
  7. Ibu Zarith August 10, 2016
    • reez August 11, 2016
  8. Anuar August 9, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.