Laksa Sedap Di Ipoh

Laksa memang menu yang sedap dinikmati waktu petang.

Kena pula masa tu dengan cendol ataupun ABC. Memang satu kombinasi hidangan yang sangat menyelerakan.

Rasanya kalau dah sedap tu, awek cun lalu pun tak pandang dah.

laksa sedap di ipoh

Sebenarnya memang banyak port laksa yang sedap di Ipoh ni. Ada yang kata ‘Laksa Polo’ sedap, ada yang kata ‘Laksa Sarang’ sedap dan macam-macam tempat yang kata situ pun sedap.

Tapi sebenarnya tak ramai yang tahu lokasi laksa sedap yang mungkin lokasinya agak tersembunyi…

Mungkin dah ramai yang dah pergi ke Laksa Sarang di Bandar Botani, ataupun Laksa Polo di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau dikenali sebagai Padang Polo tu.

Laksa best ni berbeza sikit sebabnya ada di tengah-tengah pekan Ipoh.

Lokasinya adalah di Taman Kanak-Kanak dimana tempat makan best di Ipoh yang mungkin ramai yang dah tahu.

Apa yang ramai orang tak tahu mungkin gerai yang mana satu ada dihidangkan menu yang sedap ini.

Kalau ada yang nak cari kat mana, boleh cari kedai di sebelah kedai Seri Kedah.

Harga semangkuk laksa adalah RM4.00 bagi yang biasa dan RM5.00 sahaja bagi yang special. Tak sempat nak ambil gambar kedainya tadi.

Tapi kebanyakan orang yang datang ke gerai ini akan order menu laksa walaupun ada disediakan menu-menu lain seperti nasi goreng USA dan sebagainya.

Dibuka pada setiap hari kecuali Selasa. Jadi jangan kecewa kalau kedainya tutup, cuba tengok dulu hari apa nak datang. Jangan datang waktu bulan puasa sudah..memang la tak buka..:P

Apa pun kedai ini sebenarnya dah lama bertapak, mungkin menunya masih lagi baharu. Jadi tak ramai yang tahu kewujudan gerai laksa yang sedap ni.

Jadi kalau ada sesiapa yang nak cari menu laksa, makan waktu petang, boleh cari gerai bersebelahan gerai Seri Kedah. Order laksa special dan confirm puas hati dengan rasanya yang sangat sedap.

Medan selera di situ pun ada bumbung, jadi jangan risau kalau hari hujan. Lepas makan boleh berkunjung ke Gerbang Malam, Ipoh yang mana satu tempat shopping seperti Uptown di Ipoh.

Hotel pun banyak yang berdekatan dengan Medan Selera Taman Kanak-Kanak ini. Tapi mungkin sukar untuk parking kereta kerana agak sesak pada waktu puncak.

Tahu dah kat mana nak cari laksa sedap di Ipoh?

p/s:Β Kat negeri korang sebut macam mana ye? Wife aku sebut Lakse….aku sebut Laksa…hehe..

30 Comments

  1. azimah mohd zainuddin October 5, 2017
    • reez October 5, 2017
  2. rujukan October 3, 2017
    • reez October 4, 2017
  3. NORIZA ABDUL RAHMAN October 3, 2017
  4. sabree hussin September 25, 2017
    • reez September 25, 2017
  5. Sani September 18, 2017
    • reez September 18, 2017
  6. JMR September 15, 2017
    • reez September 15, 2017
  7. nikkhazami September 14, 2017
    • reez September 14, 2017
  8. myspa8i September 13, 2017
  9. [email protected] September 13, 2017
    • reez September 13, 2017
  10. Busyra September 13, 2017
    • reez September 13, 2017
  11. Sobri Mansor September 13, 2017
    • reez September 13, 2017
  12. Azhani Azhar September 12, 2017
    • reez September 13, 2017
  13. titan September 12, 2017
    • reez September 13, 2017
  14. ahmadyani September 12, 2017
    • reez September 12, 2017
  15. Haidaz September 12, 2017
    • reez September 12, 2017
  16. KiD September 12, 2017
    • reez September 12, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.