Laporan Kedua Kepada Streamyx

Dua hari lepas aku buat report mengenai speed internet aku yang memang tak capai speed yang aku bayar iaitu untuk 4 mbps. Kalau korang taktau berapa harga sebulan, cuma RM140.00 je. Nak masuk 8mbps, RM150 je, beza RM10.00 je situ kan? Sekali check, kat rumah aku tu, takde port untuk 8mbps tu..ciss sungguh rasanya..adoila.

Kalau dulu ada buat report kepada streamyx tentang masalah yang sama dan macam biasa, kalau ada masalah, sila call 100 untuk buat report. Telefon yang aku dapat free tu memang untuk call 100 je sebabnya memasing kat rumah aku tu dah ada handphone dan telefon TM tu macam dah tak berguna je nampaknya. Sebab tu kot TM duk concentrate kat produk streamyx die je.hehe.

Laporan Kedua Kepada Streamyx

Macam biasa, soalan yang ditanya untuk confirmation bagai, soalan yang sama. Juga dia akan tanya lampu-lampu pada modem tersebut dan aku jawab je la walaupun soalan tu dah bocor masa memula report dulu.Aku boleh tahan sabar lagi. Sekali dia pun tanya juga soalan tentang komputer apa aku pakai dan OSnya sekali..aku cakap pakai Windows 7..bla bla bla..dan aku terus potong cakap dia..ini masalah yang sama macam report sebelum ni dan aku mula cakap, takkan la tetiap bulan nak call pasal masalah ni kan?

Kemudian dia akan kata akan take action tentang masalah ni, dan dia cuba terangkan yang depa sedang ada masalah port yang mana katanya tak boleh nak reset balik aku pun akaun ni disebabkan masalah tersebut. Kalau ok pun dalam masa 24 jam mereka akan setelkan. Aku tak harap pun dalam masa 24 jam sebab sebelum ni 3 hari baru setel, itupun aku yang call TM.

Hari Krismas semalam aku terkejut, sebabnya tetiba mak aku call dari rumah, aku masa tu ada kat Bagan Datoh ngan wife..mak aku kata orang Telekom ni datang..aku pun cakap la dengan orang Telekom tu..dia tanya apa masalahnya..Aku cakap speed tak sampai..itu je. Kali kedua aku report ni technician TM yang datang..aku kagum juga, datang time cuti lagi tu…kagum kejap.

Pagi esoknya aku dapat SMS daripada TM yang mana masalah tu dah diselesaikan. Malam semalam aku sampai rumah kat Ipoh, aku cuba check speed. Terkejut gak…dekat 5MBPS lajunya tu..lebih plak..Aku harap takde la report ketiga plak tentang masalah yang sama dan aku harap kalau jadi speed kurang pun, takat 3.5mbps pun aku tak kisah sangat…kalau kurang daripada 2mbps, dan melarat sampai lebih dari 3 hari berturut-turut..hari kelima tu biasanya aku akan report..malas nak tunggu seminggu macam yang lepas.

Tapi taklah aku rasa hangin gile macam kes P1..aku ingatkan tak ramai la yang hangin..rupanya siap ada buat Group FB lagi tentang bengangnya dengan P1..aku yang dah terkena ni..diam je la, sebab aku sebenarnya dah tahu awal dah yang P1 ni memang banyak masalahnya,nasihat kawan aku yang keje TM tu…sekarang dia kata..”haa…tulah aku dah kata..”..hahahaa..aku gelak je le..dan aku tengok ramai kekawan bising juga kat Facebook..aku mampu senyum je le….

p/s: kat tempat aku takde Unifi je..sape ada Unifi tu..UNTUNGLAH!!…:P

12 Comments

  1. akubiomed December 28, 2013
  2. titan December 27, 2013
  3. papa mifz December 27, 2013
  4. AUC December 27, 2013
  5. titan December 27, 2013
  6. hafizmd December 27, 2013
    • reez December 27, 2013
  7. blogger lelaki December 26, 2013
  8. hazman aka species1980 December 26, 2013
  9. Fadhil Husin December 26, 2013
  10. ejam December 26, 2013
    • reez December 26, 2013

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.