Laporan Ketiga Kepada Streamyx

Laporan ketiga kepada Streamyx aku bakal buat setelah dua laporan aku adukan kepada talian yang sepatutnya iaitu 100 yang memang dikenali sebagai talian untuk dihubungi kalau ada masalah berkenaan Streamyx ni kan. Apa masalahnya aku dengan Streamyx ni? Ya..memang aku ada masalah, dan masalahnya adalah sama sahaja rentetan laporan aku yang pertama dan kedua sebelum ini.

Laporan Ketiga Kepada Streamyx

Aku pun tak tahu apa masalahnya sebab aku check speed sejak balik dari JB haritu dah kembali kepada asal, iaitu tak sampai 4mbps seperti report aku sebelum ni. Apa maknanya aku bayar untuk harga 4mbps sedangkan speed untuk 4mbps aku dapat berkurang tiap bulan. Mungkin aku dalam kategori bersabar lagi sebab bagi 3 kali peluang untuk Streamyx. Aku cuma nak tahu, apakah sebenarnya masalah yang terjadi, sampai sekarang aku masih tak diberi penjelasan oleh Streamyx tentang masalah yang aku hadapi tu.

Dalam report kedua, juruteknik yang dilantik datang ke rumah aku untuk periksa. Masa tu mak aku je ada kat rumah dan boleh plak dia pesan kat mak aku supaya tutup modem tu kalau tak pakai sebab takut kena sambar kilat. Itu memang aku amat alert sejak dulu lagi dan buat masa ni memang takde masalah langsung dengan modem, sebab aku tengok takde plak wakil dari Streamyx tu tukar modem aku kot masalah modem.

Sampai je kat rumah aku, wakil streamyx tu telefon aku bertanya apa sebenarnya masalah tentang talian Streamyx aku.Aku bagitahu yang cuma ‘SPEED TAK SAMPAI’ 4 mbps seperti yang aku bayar. Aku balik je dari keje, aku check, speed kembali 4mbps dan aku rasa lega kejap. Tapi kali ini adalah kali ketiga dimana sudah masuk bulan ketiga aku membayar bil streamyx kalau tak silap.

Adakah aku perlu buat report setiap bulan kepada Streamyx tentang masalah ini? Atau aku terus je Report SKMM macam yang bro Eyriqazz buat tu dengan talian streamyxnya tu? Saluran yang betul untuk buat aduan dah ada. Cuma tindakan je belum. Aku rasa aku nak dapatkan jawapan bertulis dari pihak Streamyx tentang masalah yang berlaku ni baru aku puas hati. Kalau boleh yang versi boleh print aku rasa lagi elok supaya masalah ni takkan berlaku lagi setiap bulan.

Selaku sebuah syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan internet yang paling laju dan terulung la katakan di Malaysia, aku harap selepas aduan ketiga ini, tiada lagi aduan keempat, sebabnya memang aku takkan buat. Aduan kepada SKMM akan dibuat dan juga aduan secara bertulis kepada pihak-pihak yang berwajib dimana aku boleh buat aduan, rasanya aku akan buat.

Tunggu lepas Tahun Baru Cina ni aku nak setelkan dengan pihak Streamyx berkenaan aduan ketiga ni nanti. Apa ceritanya tunggu lepas cuti Tahun Baru Cina ni sebab aku tahu, semua staff sedang dalam mood cuti dan ramai juga yang dah bercuti awal. Kalau nak tahu apa perkembangannya, jangan lupa tengok blog ni selalu atau cuba-cuba la vote nanti untuk kategori blog di #MSMW2014….hehehe

11 Comments

  1. Syahrul Mohd December 16, 2014
    • reez December 16, 2014
  2. Denaihati February 3, 2014
    • reez February 3, 2014
  3. titan January 30, 2014
    • reez January 30, 2014
  4. Mus January 30, 2014
    • reez January 30, 2014
  5. reez January 30, 2014
  6. fyna January 30, 2014
    • reez January 30, 2014

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.