Layan Aiskrim Malaysia

Sekarang ni musim panas. Memang syok kalau layan aiskrim Malaysia ni. Tambah plak kena dengan perisa kegemaran, memang terangkat la dibuatnya. Antara perisa yang sentiasa sedap sepanjang zaman, adalah perisa Milo, Asam boi..dua perisa ni memang sangat layan apabila waktu musim panas. Sambil rehat lepas kerja, memang sedap pekena.

Trending pula ye seminggu dua ni dengan aiskrim Malaysia perisa sumi. Memang inovatif juga la rakyat Malaysia ni buat aiskrim Malaysia sampai macam tu sekali. Bagi aku kalau aiskrim Malaysia perisa Milo tu atau asam boi adalah paling asli dan susah nak lawan.

Bagaimana Cara Nak Buat Aiskrim Malaysia?

Sebenarnya tak susah mana nak buat aiskrim Malaysia ni. Apa yang susahnya adalah nak mengikat plastik aiskrim tu. Bagi aku yang tangan tak berapa kecik ni agak sukar nak buat simpulan. Ada yang mengambil inisiatif menggunakan getah untuk mengikat simpulan plastik aiskrim Malaysia ni.

Plastik Aiskrim Malaysia

Ini Plastik Aiskrim Malaysia

Kalau korang tak pernah jumpa mana rupa plastik aiskrim Malaysia, korang boleh baca entri Projek Aiskrim Malaysia ni. Agak banyak juga view yang aku dapat. Padahal aku tulis pasal aiskrim Malaysia je. Mesti ramai yang buat entri pasal aiskrim Malaysia sejak kebelakangan ni kan. Sebabnya dah viral entri tentang aiskrim Malaysia perisa sumi jelly tu. Jadi semua pakat buat, dah confirm la kan ada trafik datang menjelma.

Baru-baru ni aku ada rasa aiskrim yang terbaru di Ipoh. Lupa nak tangkap gambar dan ceritakan di blog. Agak unik juga aiskrim ni sebabnya diletakkan madu yang telah dikeraskan sekali. Lokasi kedai tu dekat je dengan ofis aku ni. Tapi harganya agak mahal juga untuk satu kon aiskrim yang seperti aiskrim Sundae di McDonald tu. Saiznya lebih kurang macam tu. Kalau ada yang pernah makan aiskrim di Cow Milk, Ipoh tentu tahu. Rasanya memang boleh tahan, harganya agak tak boleh tahan..

Tapi disebabkan keunikan kedai dan juga lokasi kedainya adalah tempat tumpuan pelancong dari luar negara, jadi kedai aiskrim ini sentiasa dikunjungi ramai orang. Kiranya tak pernah sunyi dengan oranglah kedai ni orang datang makan aiskrim. Ada banyak perisa lain, seperti Oreo dan banyak lagi, tapi aku cuma rasa aiskrim yang original. Aku rasa aiskrim tu bahan aslinya adalah berdasarkan susu lembu..Nanti kalau aku pergi kedai aiskrim tu lagi, aku tangkap gambar dan ceritakan dengan lebih detail.

Potensi Bisnes Aiskrim

Dapat tak korang rasa potensi bisnes aiskrim ni sangat tinggi? Tambahan pula apabila musim panas ni, memang mendapat permintaan yang sangat tinggi. Setakat aiskrim mangkuk RM2.00 tu, ramai sudi membelinya. Lagi bagus kalau ada anak-anak kecil, senang nak menjual aiskrim sebab memang kanak-kanak sangat sukakan aiskrim.

Jika ada yang berminat nak buat bisnes aiskrim, boleh dapatkan Panduan Bisnes Aiskrim yang paling laris di pasaran ni. Sangat bagus bagi mereka yang ingin mulakan bisnes aiskrim tak kira sama ada modal kecil ataupun besar. Apa yang penting sekali adalah kreatif untuk menghasilkan jualan. Zaman sekarang ni orang tengok pelik sikit je, laju je orang akan datang. Tambahan pula kalau aiskrim korang tu sedap, macam Aiskrim Hipster ni…sampai sekarang tak putus-putus orang membelinya. Jadi korang tak rasa nak ada bisnes aiskrim sendiri? Klik pada banner di bawah untuk dapatkan panduan bisnes aiskrim terlajak laris..

8 Comments

  1. eizla March 30, 2016
  2. ikram March 21, 2016
  3. reez March 3, 2016
  4. Noriza Rahman March 2, 2016
  5. Uncle Zuan March 1, 2016
  6. abdfatah March 1, 2016
  7. Azzahairi February 29, 2016
  8. nikkhazami February 29, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.