Lazada Tempat Paling Best Shopping Online

Zaman sekarang zaman serba pantas untuk shopping online. Kalau nak kata korang ni tak pernah membeli secara online, aku rasa…macam janggal plak. Bagi yang belum pernah tu, rasanya boleh cuba. Mulakan dengan barang yang murah-murah je dulu kalau rasa takut terkesan sangat beli barang online ni.

Lazada

Kali ni aku nak korang cuba satu tempat shopping online paling diminati ramai…Lazada.com.my yang mana boleh membuatkan korang kering poket dengan cepat sekali dan terkesima.

Apa yang bestnya Lazada ni?

Kalau korang tengok muka hadapannya pun, korang dah boleh tengok apa yang dijual di page itu. Aku memang amat rambang mata bila tengok bahagian Mobile & Tablets tu, mana taknya..aku teringin sangat nak beli handphone Alcatel ni..tapi belum ada rezeki lagi nak beli. Memang aku tengah kumpul duit untuk dapatkan handphone tu, dan beli terus di Lazada, cari tempat lain belum tentu ada.

Powerbank Lazada

Kalau korang minat benda lain tu, ada banyak disitu..juga yang aku bakal beli minggu depan insyallah..adalah Power Bank..korang tengok sendirilah kat situ ada memacam jenis Power Bank yang telah diberikan diskaun yang rasanya takde kat tempat lain boleh bagi diskaun begitu punya murah.

Selamat Ke Beli Di Lazada?

Β Selaku sebuah syarikat yang besar, tak hairan kalau company ni buat segalanya dengan professional. Takde isu mengenai barang tu tak dihantar. Kecuali korang tak bayar je, memang depa takkan hantar la barang tu. Lagi satu yang menarik perhatian aku adalah keistimewaan bagi Lazada ni, korang boleh juga buat pembelian secara Cash On Delivery.

Bermakna, korang boleh bayar, apabila barang tu dihantar ke rumah korang. Ini korang boleh cuba, kalau barang tersebut seperti laptop ke, untuk menjamin barang tu berfungsi dengan baik kan. Nanti dah bayar…sekali sampai rosak..korang jugak yang rugi nanti. Jaminan yang diberikan Lazada ni memang berbaloi..

Best kan?

Kalau korang rasa best tu, boleh lah fikirkan untuk korang shopping banyak barang yang murah-murah kat sini. Lagi satu yang kalau korang perasan, kalau korang nak dapatkan baucar RM10.00 dari Lazada, korang hanya isikan email sahaja dan pilih Option disitu. Macam korang dapat baucar beli belah kat Tesco la kan? Isi email je dapat diskaun RM10.00, best tu weh.

Siapa yang tak marah kalau barang tak sampai kan? Web ini paling menarik aku rasa, sebabnya kita boleh track barang tersebut dari web Lazada tu je, tak payah nak pergi ke web lain. Segala info mengenai penghantaran barang korang tu akan diupdate ke akaun korang dan korang hanya perlu mengisikan Order Number dan juga email korang untuk memeriksa apakah status order korang.

Kalau tak boleh setel jugak, korang cubalah call Customer Service mereka yang sedia membantu pada bila-bila masa.

Shopping online memang best, sebab ramai yang dah buat, boleh katakan banyak barang, aku cuma beli online je..kecuali sayur,ikan tu semua..kalau boleh beli online, lama dah aku buat. Lazada takde plak jual ikan, sayur eh?hehe..Korang dah try shopping kat Lazada? Jom le beli…rambang mata kalau dah gaji kan?

Jom Shopping Di Lazada!

19 Comments

  1. jambu batu February 2, 2016
  2. mat nor April 29, 2014
  3. Alin Marlini December 6, 2013
    • reez December 6, 2013
  4. dscarnia December 5, 2013
    • reez December 5, 2013
  5. Rina December 4, 2013
    • reez December 4, 2013
  6. Hairul Azni December 3, 2013
  7. hafizmd December 3, 2013
  8. hafizmd December 3, 2013
  9. Hafizul December 2, 2013
    • reez December 2, 2013
  10. Akuro San December 2, 2013
  11. reez December 2, 2013
  12. papa mifz November 30, 2013
  13. hazman aka species1980 November 29, 2013
  14. Neu November 29, 2013
  15. titan November 29, 2013

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.