Lensa Kamera Apa Nak Beli?

Lensa kamera merupakan salah satu alatan penting dalam fotografi. Tidak kiralah fotografi jenis apa sekalipun. Biasanya apabila membeli kamera, ada didatangkan sekali dengan lensa kameranya yang lebih dikenali sebagai ‘kit lens’ iaitu lensa permulaan yang telah ditetapkan oleh pengeluar kamera bagi model kamera berkenaan.

Lensa Kamera Apa Nak Beli?

Lensa Jenis Apa Nak Beli?

Sebenarnya jika korang mula nak beli kamera, ada pilihan untuk beli body kamera DSLR sahaja dan boleh membeli lensa kamera jenis lain jika korang ingin membeli jenis lensa yang berbeza seperti zoom lens, wide lense, telefoto lens, macro lens dan banyak jenis lens lagi. Untuk senarai penuh lens dan juga harga terkini, boleh rujuk link ini.

Tanyalah poket dahulu sebelum ingin membeli lensa yang diinginkan kerana setiap lensa mempunyai kelebihan masing-masing. Tetapi adalah lebih penting sebenarnya gunakan lens yang memang ada ditangan kerana jika anda hanya memiliki kit lens sahaja, itupun sudah memadai untuk menangkap gambar yang cantik. Cuma mungkin ilmu untuk menangkap gambar yang cantik itu belum lagi korang kuasai.

Antara lens yang ramai gemarkan bagi permulaan biasanya dalam kategori Zoom ataupun Potrait lens. Salah satu sebabnya adalah boleh zoom dari jauh ataupun buat efek bokeh yang kamera biasa tak boleh buat. Baca Kenapa Orang Suka Beli DSLR untuk cerita penuh.

Di sini aku cuba untuk berikan senarai lensa yang popular digunakan dalam kategori-kategori fotografi di dunia ini. Tetapi semuanya bergantung kepada pengguna kamera itu sendiri. Lensa ini sebenarnya memudahkan jurukamera untuk menghasilkan gambar yang cantik dan berkualiti.

Fotografi Perkahwinan

Dalam lensa kategori ini sebenarnya sangat universal. Ada yang hanya menggunakan satu atau dua jenis lensa sahaja dalam membuat kerja-kerja fotografi perkahwinan mereka, ada juga yang mungkin menggunakan lebih daripada 3 jenis lensa mengikut keadaan-keadaan tertentu.

Antara jenis lensa yang popular adalah seperti 11-16mm,20mm, 35mm, 50mm, 85mm, 100mm, 105mm, 24-70mm, 17-50mm, 14-24mm, 70-200mm. Lensa jenis ini adalah sangat popular digunakan kerana biasanya mempunyai kemampuan yang sangat tinggi untuk keadaan low light ataupun untuk focusing yang sangat pantas.

Fotografi Lanskap

Fotografi Lanskap

Untuk fotografi lanskap pula tidak banyak lensa yang digunakan. Biasanya dalam kategori Wide dan Ultra Wide sahaja seperti 8mm (fisheye), 10-20mm, 14-24mm, 11-16mm. Lensa jenis ini amat popular digunakan bagi fotografi lanskap.

Kredit Image – Pentaxforums.com

Fotografi Makro

Lensa jenis ini biasanya memakan kos yang agak tinggi. Tetapi kualitinya tidak dapat disangkal lagi. Begitu juga dengan tahap kesabaran jurugambarnya juga perlu tinggi disamping minat yang begitu mendalam amat penting. Jika korang perasan, lensa jenis makro ini disebut dalam model lensa itu sendiri seperti 60mm f2.8 (macro),100mm, 90mm, 70-300mm juga.

Fotografi Sukan

Lensa jenis ini agak mahal disebabkan memerlukan kelajuan fokus yang sangat tinggi dan imej yang sharp juga. Kepantasan focusing biasanya faktor yang sangat penting untuk menangkap aksi ketika acara sukan yang pantas sedang berlangsung. Contohnya adalah seperti 135mm, 70-200mm, 200mm, 85mm, 75mm, 80-200mm, 150mm, 300mm.

Semoga dengan panduan yang ada ini dapat memberikan gambaran lebih kurang bagi mereka yang bercadang untuk bergiat dalam dunia fotografi, tidak kira dalam genre yang mana. Apa yang paling penting, tanyalah poket anda dahulu sebelum membeli kerana kalau beli, tak gunakan..amat rugi bukan? Jadikan hobi fotografi korang tu sebagai pendapatan juga, mungkin boleh dapatkan Panduan Bisnes Fotografi untuk buat bisnes yang sangat menguntungkan ini.

6 Comments

  1. JMR November 2, 2017
    • reez November 2, 2017
  2. Mus June 15, 2016
    • reez June 15, 2016
  3. Junaidy Jaimi May 25, 2016
  4. Sobri Mansor May 24, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.