Macam Mana Cara Aku Setup Blog Baru?

Ini plak aku nak cerita pasal kisah aku setup blog baru. Blog baru banyak sebenarnya aku buat, tapi yang aku betul-betul concentrate tak banyak mana pun. Mungkin blog ini je yang paling kerap sekali aku update berbanding blog-blog lain tu. Jadi tak hairanlah aku nampak memang trafik blog ini je yang paling best berbanding semua tu.

Apa yang aku bakal cerita kat bawah ni merupakan apa yang aku dah belajar sejak lama dulu. Sejak aku kenal blog pada tahun 2006 dan mula lah setup blog pada masa tu juga. Ada peringkat-peringkatnya yang mana setiap langkah yang aku buat, berubah mengikut keadaan semasa. Tak kira la untuk SEO je, untuk tambahkan earning Adsense ke, ataupun nak dapatkan sales affiliate.

Macam Mana Cara Aku Setup Blog Baru

Malas nak panjang cerita, aku senaraikan beberapa langkah ringkas yang aku buat apabila aku nak setup blog baru.

1.Blog baru ni ada dua kategori.Sama ada aku nak setup niche blog yang begitu spesifik ataupun blog yang bercampur-campur ceritanya. Setakat ni cuma satu je blog yang aku buat ikut suka aku, iaitu blog ni. Blog lain semua ada niche yang tersendiri.

2.Perkara pertama yang aku buat, aku buat Keyword Research. Bagi sesetengah orang, perkara ni tak penting mana pun, asalkan pandai optimized kan blog tu mengikut kriteria untuk mantapkan blog dari segi SEO. Aku tak kisah, aku buat juga, sebab dari dulu lagi memang aku selesa buat keyword research supaya senang aku tumpukan topik-topik dalam blog aku tu. Contoh aku nak cerita pasal Mountain Bike, segala jenis keyword yang related dengan basikal tu aku akan cuba korek.

3.Lepas tu beli domain..tempat favourite aku sudah tentulah Godaddy. Sebabnya murah untuk beli pada tahun pertama tu. Apa yang tak best kalau nak renew untuk tahun kedua. Domain ni pun lebih kurang seminggu lebih nak expired. Nak renew dalam RM60 setahun, berbanding kalau korang beli domain dengan registrar lain, mungkin sama je untuk tahun kedua dan berikutnya. Nak pilih mana satu, ikut suka korang. Banyak dah domain aku beli harga RM3.50 – RM4.00 satu nama..best kan?

4.Selesai beli domain, aku pun masuk hosting aku dan Add Domain baru, dan lepas tu install lah WordPress.

5.Dah install WordPress, perkara paling tak best adalah nak setup dalam tu..ini yang selalunya mengambil masa yang lama. Kalau aku dah siapa ada theme, aku akan mulakan dengan install theme dahulu.

6.Kemudian aku akan setup Settings seperti Permalinks, Category dan sebagainya seperti ruangan komen, Page dan sebagainya.

7.Dah abis setup Settings, aku cari plak plugin-plugin yang aku selalu guna dan yang aku perlukan untuk blog tu. Tak kira lah yang free ataupun yang aku dah beli. Dulu memang aku tak rasa plugin yang beli ni best..tapi dah beli beberapa plugin, baru aku tau, memang best betul apabila guna plugin yang berbayar ni..harga pun sekali bayar je..updatenya boleh tahan berkali-kali..:D

8.Kemudian aku pun mulakan posting berdasarkan keyword-keyword yang aku dah buat research sebelum ni. Kalau banyak idea, maka banyak lah juga yang aku dah set auto update Kira aku dah jadualkan post-post yang aku minta keluar pada masa-masa tertentu.

9.Apabila dah aku banyakkan content, pada masa yang sama, aku cuba optimizekan blog tu dengan gunakan Teknik-Teknik SEO dari Teknik SEO Merah Jambu. Hasilnya korang boleh tengok sendiri kat RahsiaKlikjer..ehehe..

Tempoh masa aku nak buat ini semua lebih kurang 1-3 jam juga la. Bergantung kepada mood aku pada masa tu. Kekadang seminggu pun belum tentu siap, sebab aku sibuk siapkan album kahwin. Itu lagi penting sebab ada dateline..ehehe. Dengan segala langkah yang aku buat tu buat aku lebih kenal dengan blog aku. Lepas tu senang je, maintain je buat blogpost dan cuba tulis blog dengan jiwa supaya korang boleh dapat tarikan orang nak baca blog korang tu dengan lebih baik lagi.

Sebab itulah aku pernah cakap, seorang blogger harus kenal blog sendiri…kalau tak..susah aku nak cakap..haha..

Korang plak macam mana? Lebih kurang ke macam aku? Atau mungkin lagi rumit daripada aku ye tak? Tapi terpulang la kat korang ye tak

2 Comments

  1. musadun June 8, 2015
    • reez June 8, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.