Masalah Modem Streamyx Selalu Restart

Rasanya lebih kurang dua minggu juga la aku alami masalah modem Streamyx yang seringkali restart sendiri dan internet sekejap ada sekejap takde. Pening juga fikir apa masalahnya. Sebab periksa kelajuan internet takde pun masalah.

Tengok lampu kelip-kelip..dan lepas tu ok dalam seminit dua..lepas tu restart sendiri..aih…takkan la modem rosak kot. Dah lama juga aku guna modem ni, tak pernah rosak lagi..mungkin dah sampai masa la kot modem ni?

Aku pun tak tahu kenapa ramai yang kata modem Streamyx ni tak bagus..setakat aku pakai, takde la masalah besar lagi. Puas hati je pakai setakat ni. Mungkin korang sangat heavy kot atau pernah pakai yang SUPER LAJU lagi daripada yang ni..haha..

Jadi aku suspek modem aku ni rosak la kan…

masalah modem streamyx

Kena Report Streamyx Ke?

Kalau korang dah tentu korang akan terus call talian streamyx tu kan? Dah lama juga aku tak telefon untuk buat aduan kerosakan bagi talian streamyx. So far memang takde masalah besar sangat pun. Speed internet je dulu tu tak sampai macam yang aku bayar.

Jadi lepas je aku balik daripada duty sebagai hakim memanah di Keramat hari tu, aku pun cuba buka semua kabel yang menghubungkan modem aku tu. Semua sekali aku cabut. Kabel di splitter tu pun aku cabut dan pasang balik.

Kadang-kadang mungkin kabel tu longgar akibat dilanggar dan mungkin korang sendiri tak sedar ataupun digigit tikus. Mana la tahu kan.

Jadi sebelum korang call talian aduan kerosakan streamyx tu, elok rasanya korang cuba buat apa yang aku buat. Kalau tak boleh juga, korang kena la call aduan kerosakan streamyx tu.

Lagi satu kalau korang jarang call streamyx, mungkin tak tahu yang mana Streamyx atau Unifi tidak lagi menggunakan talian aduan 1 300 sebagai nombor untuk aduan.

Ini jawapan yang aku terima daripada Twitter TM Streamyx

Talian Streamyx

Memang cepat juga kalau korang buat aduan melalui Twitter. Saja je aku test sebab tak pernah buat. Puas hati dengan jawapan yang diberikan tu. Korang boleh juga hubungi 100 untuk talian telefon bimbit juga.

Telefon percuma yang aku dapat tu dah rosak rasanya. Bukan pakai pun. Simpan je dalam almari..haha

Next week aku bakal terbakar lagi kulit, sebab berjemur kat tengah padang. Sibuk jadi hakim untuk Kejohanan Memanah Universiti Asia di USIM, Nilai. Teruja juga nak masuk game taraf international ni..hehe..

Apa pun harap perkongsian aku ni dapat membantu korang.

Kredit gambar : JomPHP.com

10 Comments

  1. ejadual September 6, 2017
  2. Maidah Catering & Event April 19, 2017
  3. Hasrul Hassan April 17, 2017
  4. Firdaus April 9, 2017
  5. lisak April 9, 2017
  6. nikhazami April 7, 2017
    • reez April 8, 2017
  7. Anuar April 5, 2017
    • reez April 5, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.