Mee Kicap Sedap Di Medan Selera Stadium Perak

Lama juga aku tak cerita tentang makan-makan kat blog ni nampaknya ye. Kali ni aku nak kongsikan kepada korang satu menu yang amat popular di Ipoh ni yang merupakan antara salah satu menu paling sedap di Ipoh. Mee Kicap namanya. Kalau nak tahu rupa bentuk mee kicap ni korang boleh tengok sendiri gambar di bawah ni.

mee kicap stadium

mee kicap stadium ipoh

Menu Mee Kicap ini biasanya di makan bersama mee yang dicelur dan dimakan bersama kuah sup ataupun kuah kari. Terpulang kepada cita rasa masing-masing. Originalnya adalah dengan kuah sup. Kalau nak rasa lemak lagi dan sedap, makan dengan kuah kari. Kalau dicampur dengan rasa kicap tu, memang melekat dibuatnya.

Ada banyak kedai sebenarnya yang menawarkan menu mee kicap ni, tapi tak semua tempat rasanya best. Pagi tadi aku pergi makan, memang penuh sebab kebetulan hari ni adalah hari cuti, jadi ramai yang bawa keluarga pergi sarapan pagi di luar. Walaupun masa menunggu agak lama, dalam 10 minit..tak lama sebenarnya, sebab aku dengan wife duduk depan sekali, betul-betul depan gerai tu..so senang je nak order dan dapat order pun senang.

Medan Selera Stadium Perak memang salah satu tempat makan best di Ipoh ni. Daripada sarapan pagi, makan tengah hari dan juga minum petang. Pada waktu malam, banyak gerai yang ditutup, jadi ianya bukan lokasi tumpuan pada waktu malam. Biasanya akan menjadi tumpuan pada waktu pagi dan tengah hari kerana pada masa itu memang peak hour la orang kata untuk menikmati pelbagai menu yang sedap-sedap di situ.

Dimanakah Lokasi Gerai Mee Kicap Ni?

Cerita punya panjang, tapi tak beritahu pula ye yang mana satu gerai yang aku pergi makan tu. Kalau korang ke medan selera stadium, korang boleh cari Gerai No.65, nama kedai tu pun Six Five..pada papan tanda kedai tu ada tulis nombor gerai tu. Tak susah mana nak cari. Rujukannya adalah berhadapan dengan Kedai Tunggu Sekejap iaitu berhadapan dengan Kolam Renang DBI di Stadium Perak.

Susah sangat nak cari, boleh cari dalam Waze atau Google Maps, Search ” Stadium Perak”. Confirm korang takkan sesat untuk cari salah satu tempat makan best di Ipoh ni. Gerai lagi satu adalah Mee Kari Mat Jasak..tapi aku rasa mee kicap kat sini, memang lagi sedap rasanya berbanding Mat Jasak tu..ohoh..sampai licin kuah hari aku habiskan..memang power sedapnya.

Harga bagi semangkuk mee kicap adalah dalam lingkungan RM5.50 dan akan bertambah jika korang minta saiz yang lebih besar bergantung kepada tambahan fish cake atau fish ball yang korang pilih sendiri kalau tak mahu yang biasa punya.

Jadi bagi mereka yang nak cari tempat makan best di Ipoh tu, inilah salah satu menu yang korang perlu rasa sendiri. Rasanya takde di negeri lain. Kalau ada cubalah cari yang sedap macam mee kicap stadium ni..haha..

18 Comments

  1. Nora Karim August 19, 2016
    • reez August 19, 2016
  2. nila anggraini May 16, 2016
  3. onlajer May 9, 2016
    • reez May 9, 2016
  4. akubiomed May 7, 2016
  5. titan May 6, 2016
  6. Raihanah Ahmad May 5, 2016
  7. Hazmin Hamudin May 5, 2016
  8. berita malaysia May 4, 2016
    • reez May 4, 2016
  9. Anuar May 3, 2016
  10. Nurolhuda May 3, 2016
    • reez May 3, 2016
  11. Raihanah Ahmad May 3, 2016
  12. Bro Framestone May 3, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.