Memang Best Berniaga Online, Tapi..?

Berniaga Online menggunakan Kedai Online memang nampak best. Sebabnya korang tak payah susah-susah pergi bukak kedai, pening kepala nak bayar sewa kedai yang hampir RM2000-RM3000 sebulan tu. Juga banyak lagi masalah dengan bil elektrik, air dan lesen-lesen untuk bukak kedai offline tu. Kiranya kalau nak bukak kedai offline, satu masalah lagi plak nak pergi susun barang dalam kedai tu, nak kena upah pekerja plak jaga kedai. Kalau korang takde masa, memang tak berjalan la sales di kedai korang tu bukan?

Memang Best Berniaga Online, Tapi..

Memang itu cabaran orang berniaga. Adatlah kan..tapi yang penting sekali sebenarnya kedai korang, ada orang datang, dan ada orang membeli. Semua orang boleh buka kedai, tapi tak ramai yang mampu buat jualan berulang kali. Seni menjual ini yang tak ramai yang ada. Ada juga yang buka kedai online dan juga kedai offline, tapi kedai onlinenya yang mendapat sambutan yang diluar jangkaan.

Mari aku bukakan sedikit mata korang supaya nampak peluang yang ada di situ. Satu persoalan yang sudah tentu korang cari adalah Nak Jual Apa? Apa yang orang cari? Aku bagi sedikit tips bagi korang yang nak cuba jual secara online ni. Nak buat survey tak susah mana, cuma kenalah tahu caranya sahaja.

Dimana Nak Cari Produk Untuk Dijual Dengan Harga Murah?

Taobao.com memang salah satu lubuk bagi peniaga online yang korang perlu tahu. Banyak barang yang laku keras ada kat sana, tunggu masa korang untuk jual dan dapat untuk berlipat kali ganda. Apa yang penting sebenarnya adalah keuntungan yang berterusan walaupun sedikit..bukan keuntungan yang banyak sekelip mata. Ingat tu.

Apabila korang dah dapat tempat yang murah untuk beli barang sebagai modal korang, perkara kedua yang korang harus buat adalah setting sebuah Kedai Online yang cantik dan juga professional. Cantik saja tak guna kalau amat merumitkan pengguna yang ingin membeli barang di Kedai Online korang.

Kedai Online Terbaik

Cuba tengok contoh Kedai Online WordPress yang cantik dan memang nampak profesional ni. Mudah je nak setting dan gunakan. Kos plak takde la sampai korang kena maintain ratusan ataupun ribuan ringgit untuk sewa kedai. Biarkan orang mencari kedai korang je. Apa yang penting, pelanggan korang adalah dari seluruh dunia.

Kedai Online yang cantik macam ni, kalau korang tak nak, memang rugi..pembeli tengok pun confident untuk beli disebabkan tengok profile korang pun dah nampak sangat profesional. Ada domain sendiri plak tu kan. Tak ke hebat nampak. Tapi pastikan pengurusan stok, dan juga penghantaran korang untuk buat kedai online ni adalah baik. Jangan sampai orang marah-marah sebab perkhidmatan korang yang tidak memuaskan. Pastikan korang letakkan segala terma dan syarat supaya pelanggan faham kenapa lambat dan sebagainya.

Untuk entri seterusnya aku akan cuba bongkarkan kat korang, ciri-ciri kedai online yang baik. Ini penting sebabnya korang nak pastikan bisnes online korang kekal lama dan mendapat keuntungan yang berterusan. Mana tahu, kalau korang buat ini sebagai kerja sampingan, dah lama nanti boleh lah buat sepenuh masa, tak gitu? 😀

15 Comments

  1. Hafizul November 25, 2014
  2. Malaysia Tercinta November 24, 2014
  3. maizul.com November 24, 2014
    • reez November 24, 2014
  4. abdfatah November 24, 2014
  5. Azeni Ahmad November 24, 2014
  6. asraff ruslan November 23, 2014
  7. sensasi2020 November 23, 2014
  8. Norhayati Suaib November 23, 2014
  9. akubiomed November 23, 2014
  10. blogger lelaki November 23, 2014
    • reez November 23, 2014
  11. Anuar November 23, 2014
  12. Anuar November 23, 2014
    • reez November 23, 2014

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.