Mitos Adsense

Kisah Blogger Buat Duit Dengan Adsense dah semakin reda nampaknya. Ada yang senyum gembira sebab dah dapat akaun dan ada yang masih bermuram sebab permohonan akaun masih lagi pending. Tak kisahlah kan, ada rezeki korang, ada la tu. Disamping itu, jangan mudah putus asa, cuba la buat blog English satu dan bina content setiap hari. Tak payah panjang sangat artikelnya..artikel yang simple dan mudah pun dah ok, pilih satu niche dan cuba buat karangan..:D

Mitos Adsense

Adsense dan Mitosnya…

Dulu cerita pasal Adsense ni kat Malaysia memang hangat sejak 2005 lagi…masa tu memang ramai blogger baru kenal dengan Adsense ni dan juga ramai juga yang masih baru ada blog. Target utama buat duit adalah menggunakan Google Adsense. Banyak juga ebook pasal Adsense yang aku dah baca, macam-macam juga trik dan juga tips sama ada yang betul-betul bagus dan ada juga yang mengajar secara blackhat..

Tak kisah lah, tapi kalau korang sayangkan akaun Adsense korang tu, harapnya jangan la buat perkara-perkara yang blackhat ni..paling gila, korang boleh buat group untuk pakat klik iklan…nampak sangat korang tak tahu macam mana iklan Adsense ni berfungsi, blogger-blogger gini memang tak tahu malu….nakkan duit secara tak betul..baik korang tikam je nombor..dosa gak tu kan?

Aku pun ingat-ingat lupa kisah mitos pasal Adsense ni..jom aku kongsikan mana yang aku ingat…

Letak Banyak Iklan, Banyak Klik

-Mesti ada juga yang terfikir nak buat bukan? Letak je penuh satu muka blog dengan iklan yang besar-besar dan bila orang masuk, orang akan terklik dan korang akan dapat income yang best. Kalau 100 orang masuk, tak ke untung tu?

High Paying Keyword Boleh Buat Income Kencang

-nak kata betul atau tak, bergantung kepada teknik korang, setakat ni aku masih belum berjaya nak tackel HPK ni..kat Malaysia, belum lagi ada data kot tentang HPK ni..kalau market luar, dah bersepah..

Iklan Jenis Gambar Lebih Dapat Klik

-dulu aku pun fikir macam tu..tapi sebenarnya tidak.Ianya bergantung kepada position iklan korang juga. Itu sebab aku pernah cakap dulu dalam entri sebelum ini tentang pentingnya korang kenal dengan blog sendiri. Tapi nilai klik tu sebenarnya bergantung kepada advertiser..kalau dia letak satu klik RM0.20…itu je korang dapat untuk satu klik..:D

Lagi Banyak Visitor, Lagi Banyak Klik

-ini mungkin betul dan juga mungkin tak betul.Ianya bergantung kepada visitor korang cari apa di blog korang. Kalau setakat baca berita..tak tahulah kan apa antara ads yang mampu menarik mereka untuk klik. Tapi peluang untuk visitor klik ada lebih tinggi juga sekiranya trafik korang memang mantap..itu betul juga rasanya..:D

Bagaimana Nak Elakkan Akaun Adsense Dibanned?

Mungkin korang boleh ikut guide yang ShoutmeLoud ni terangkan kat blog depa tu. Korang tengok sendiri apa tips dia ada bagi tu. Tak rugi ikut. Tapi walau apa pun korang haruslah ada akaun yang sah dulu kan? Macam mana tekniknya korang carilah peluangnya..

Kalau cara nak tingkatkan income Adsense, mungkin korang boleh tengok Panduan Buat Duit Dengan Google Adsense ni supaya korang dapat income yang steady dengan Adsense. Apa yang penting, Adsense tak pernah miss nak bayar kepada semua Publisher depa..Malaysia je yang payah…sebab dah banyak sangat duit nampak orang bagi..kedekut la kan?hehe..

11 Comments

  1. Azam Mohamad May 6, 2015
  2. zik May 3, 2015
  3. Uncle Zuan April 27, 2015
  4. Hafizul April 27, 2015
  5. Nurinsaniah April 27, 2015
  6. SaniYunus April 26, 2015
  7. ohcikgu April 26, 2015
  8. Anuar April 25, 2015
  9. Ikhwan Fahmi April 25, 2015
  10. muliani April 25, 2015
  11. Earnic April 25, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.