Modal Rendah Je Boleh Buat Bisnes Aiskrim Untung Lumayan

Perniagaan aiskrim merupakan salah satu perniagaan yang mungkin kurang popular seperti perniagaan kedai-kedai yang lain seperti restoran atau jual barang secara online.

Panduan Bisnes Aiskrim

Tapi tahukah korang yang aiskrim merupakan salah satu makanan yang sangat popular yang mana aiskrim juga ada banyak kebaikannya.

Menurut satu kajian di negara Jepun, makan aiskrim selepas bangun dari tidur boleh membuatkan manusia itu lebih bijak berbanding orang lain..:P

Betul ke tu?

Apa pun biasanya jarang orang akan mempertikaikan harga aiskrim berbanding harga makanan yang lain. Orang tidak kisah untuk membayar sehingga RM30-RM50 bagi semangkuk aiskrim disebabkan rasanya yang boleh membuat pemakannya bahagia.

Ada yang suka makan aiskrim dengan caranya yang tersendiri, ada yang suka makan dengan coklat, ada yang suka makan begitu sahaja dan ada juga yang suka makan dengan roti (macam aku).

Jadi memang satu kelebihan tarikan bagi korang yang ingin memulakan bisnes aiskrim dengan modal yang rendah. Tak perlu pening memikirkan bisnes model yang sukar untuk diuruskan, cuba dahulu bisnes aiskrim ini sebagai permulaan.

Nak Mulakan Bisnes Aiskrim, Tapi Bagaimana Caranya?

Apa pun bisnes yang kita ceburi, sebenarnya kita perlukan ilmu tentang bisnes itu terlebih dahulu. Mungkin ada yang kata nak jual aiskrim, kena pandai buat aiskrim.

Betul ke tu?

Mungkin YA dan mungkin juga TIDAK.

Tidak semestinya kalau korang tak pandai buat aiskrim korang tak boleh jual dengan banyaknya kepada orang lain. Bergantung kepada strategi pemasaran yang korang buat supaya aiskrim korang tu terjual.

Kalau dilihat di pasaran sekarang ini, ramai yang menjual aiskrim-aiskrim yang biasa kita lihat seperti aiskrim potong, aiskrim goyang, aiskrim Malaysia, aiskrim roti, aiskrim goreng dan banyak lagi.

Tapi nak jual aiskrim yang mana satu nak dapat untung lebih dari orang lain?

Sebagai inspirasi, korang boleh tengok video-video tentang dunia aiskrim yang hangat di Malaysia ini sehinggalah sekarang. Sentiasa ada orang yang membelinya setiap masa. Cuba cari kenapa?

Tengok video pun dah rasa nak pergi beli aiskrim tu kan?

Jadi tentu ada strategi dan caranya nak buat aiskrim yang macam ini punya unik. Tambah pula aiskrim yang dijual sangat sedap dan ianya boleh dimakan oleh semua lapisan masyarakat, tak kira bangsa dan juga agama.

Memang satu peluang yang sangat baik bagi mereka yang ada modal yang kecil untuk bermula.

Tapi…macam mana nak mulakan? Aiskrim macam mana nak jual? Nak kena beli mesin aiskrim ke?

Dapatkan Panduan Bisnes Aiskrim Sekarang Juga

Dekat situ je dah rasa macam malas nak mulakan bisnes aiskrim ini kan? Jangan risau, Panduan Bisnes Aiskrim ini memang disediakan untuk korang yang bersedia nak mulakan bisnes aiskrim dengan lebih serius.

Jangan mulakan bisnes sebab nak cuba-cuba je, sebab nanti kalau ada masalah, korang akan cepat putus asa dan bisnes tu ditinggalkan begitu sahaja sedangkan memang ada potensi yang sangat besar.

Apa yang akan dipelajari dalam Panduan Bisnes Aiskrim?

Modal Rendah Je Boleh Buat Bisnes Aiskrim Untung Lumayan

Bab 1: Jom Bisnes Aiskrim

Dalam bab ini, penulis akan ceritakan lebih terperinci tentang peluang bisnes aiskrim ni tanpa perlu tiru apa yang mat bangla, pakistan & Myanmar buat. Macam mana tu?

Dalam bab itu juga diterangkan 5 keajaiban bisnes aiskrim. Di mana kelebihan ini, jarang sekali ada pada produk lain. Anda akan garu kepala lepas tahu keajaiban ini. ๐Ÿ™‚

Penulis juga akan terangkan daripada segi margin keuntungan, modal permulaan & betul ke tak perlukan kemahiran yang tinggi? Hanya yang dah tahu akan tersenyum lebar. ๐Ÿ™‚

Bab 2: Bagaimana Menjana RM5k Sebulan Dengan Bisnes Aiskrim Secara Part-time?

Sejujurnya inilah konten paling mahal dalam ebook ni. Dengan tahu rahsia bab ini, anda tak perlu tebal muka bunyikan loceng sambil tunggung motor.

Malu beb, kalau jiran nampak. Terserempak dengan anak sedara. Penulis akan beritahu lubuk-nya yang sebenar dalam bab ini.

Dengan tahu lubuk ini, anda boleh โ€˜jualโ€™ sebanyak 1000 kon aiskrim dalam masa 2-3 jam sahaja. Best betul kalau ada ilmu ni kan. Kerja sikit, tapi lumayan.

Bab 3: Apa Persiapan Memulakan Bisnes Aiskrim?

Lubuk dah tahu pun tak guna kalau tak tahu cara buat persiapan. Dah lah ais krim ni cepat cair.

Apa peralatan yang diperlukan? Sebelum proses? Semasa kerja operasi dijalankan? Bab ini kita perlu tahu agar kita tidak kelam-kabut nanti.
Semuanya ada penulis ceritakan dalam bab ini. Ada gambar. Insyaallah, mudah faham.

Bab 4: Rahsia Pemprosesan Aiskrim

Apa resepinya? Apa bahan-bahan asasi yang diperlukan? Bagaimana nak buat ais krim di rumah anda sendiri? Bagaimana cara pemprosesannya?

Anda kena belajar ilmu ni, barulah jimat. Barulah boleh dapat margin tinggi. Kalau anda ambil dekat supplier, sebenarnya supplier yang untung banyak.

Jangan risau, dalam bab ini penulis terangkan terperinci apa bahan masakan dalam bentuk gambar. Agar anda boleh beli sendiri di kedai runcit. Siap jenama brand penulis akan beritahu.

Paling best dalam bab ni. Anda boleh buat aiskrim perisa anda sendiri. Yahoooโ€ฆ!

Bab 4.1: Carta Alir Pemprosesan Aiskrim

Dengan carta alir ni, ia memudahkan anda nampak apa yang perlu didahulukan. Apa yang perlu dikemudiankan.

Kadang-kadang anda pening, nak mula mana satu dulu ni?

Tapi jangan risau. Dalam ebook ini penulis ada sediakan carta alirnya. Demi untuk memudahkan anda faham.

Bab 5: Info Asas Tentang Aiskrim

Dalam bab ini anda akan tahu ada berapa jenis aiskrim di Malaysia ni? Apa yang membezakan jenis-jenis aiskrim ni?

Kenapa aiskrim jenis A lebih murah berbanding jenis B? Kenapa aiskrim yang kita beli dekat supermarket cepat cair?

Aiskrim yang bagaimana yang dikatakan mesra-pengguna? Ada penulis beritahu jawapannya. Agar anda tak kekok bila diajukan soalan ini satu hari nanti. ๐Ÿ™‚

Dapatkan Panduan Bisnes Aiskrim Melalui Link Ini

15 Comments

  1. nikkhazami January 2, 2018
  2. sabree hussin December 28, 2017
    • reez December 28, 2017
  3. encikhafiz.com December 27, 2017
    • reez December 27, 2017
  4. titan December 22, 2017
    • reez December 22, 2017
  5. ajumohit December 22, 2017
    • reez December 22, 2017
  6. jana December 21, 2017
    • reez December 21, 2017
  7. JMR December 21, 2017
    • reez December 21, 2017
  8. Hasrul Hassan December 20, 2017
    • reez December 21, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.