Mudahnya Beli Emas Secara Online

Beli emas secara online. Dah tentu kalau dengar je mesti soalan yang bermain di minda tu, betul ke? Biasa kalau nak beli emas kena ke kedai emas berhampiran dan belek sendiri emas tersebut dan disahkan ketulenannya barulah bayar dan beli.

Mudahnya Beli Emas Secara Online

Tapi zaman sekarang ini emas bukan sekadar dibuat perhiasan. Ramai yang anggap kalau beli emas tu, orang kaya-kaya je.

Tahukah korang kalau korang belajar simpan emas dari sekarang maknanya korang boleh juga menjadi kaya? Ramai yang kata rugi kalau beli sekarang, sebabnya harga naik pun bukannya tinggi sangat. Dalam masa 10 tahun kadang-kadang naik dalam RM20-RM30 je..betul ke…betul ke?

Beli Emas Untuk Simpanan

Selain daripada menyimpan duit tabung setiap bulan ataupun setiap hari, membeli emas merupakan satu tabiat yang baik. Beli emas dan simpan je. Tak payah fikir banyak nak simpan duit tunai yang rasanya memang cepat je habis dalam akaun tu kan.

Sebenarnya aku dah lama juga berhasrat nak simpan duit dalam bentuk emas ini selain daripada punca simpanan lain seperti Amanah Saham ataupun simpan di bawah bantal.

Mungkin ada juga yang buat Simpanan Hijau dan kumpulkan pada setiap hujung tahun. Aku ada cuba buat sebenarnya, tapi tak berapa menjadi, sebab duit tu dah nampak banyak, rasa nak gunakan tu lebih kuat rasanya.

Cuma simpanan aku yang konsisten setiap tahun adalah duit syiling kerana aku memang malas nak simpan syiling dalam wallet ataupun dalam poket.

Biasanya setiap kali balik kerja aku akan kosongkan poket dan masukkan baki syiling yang ada tu dalam tabung yang dah disediakan. Tabung kecil tu penuh je, aku masukkan dalam tabung yang lebih besar.

Selalu aku kira setiap hujung tahun ada juga dalam RM300-RM350 simpanan syiling yang mungkin korang tanpa sedar boleh simpan kalau rasa berat nak simpan duit RM5.00 ataupun RM20.00.

Download Rahsia Pelaburan Emas Di Sini

Ramai yang cuba nak buat pelaburan emas dan tak lupa juga ramai yang terjerat dengan skim-skim pelaburan emas yang nampak sangat lumayan. Kalau labur emas dengan minimum pelaburan sebanyak RM10,000.00 boleh dapat pulangan yang berkali ganda sampai boleh jadi jutawan bagai.

Cuba baca Cara Simpan Emas Dengan Betul Untuk Pelaburan supaya korang lebih jelas lagi bagaimana cara terbaik nak simpan duit dengan lebih bijak.

Aku sebenarnya mulakan dengan simpanan GAP. Korang boleh bermula dengan serendah 1 gram sahaja. Harganya korang boleh tengok pasaran yang ada secara live di website Public Gold. Atau boleh juga download apps Public Gold sendiri.

Di Mana Selamat Beli Emas Secara Online?

Public Gold merupakan syarikat yang tidak asing lagi dibibir pelabur-pelabur emas di Malaysia. Jadi aku memang sangat rekemen supaya korang beli daripada pembekal emas yang betul-betul diyakini di Malaysia ini.

Simpan je emas, memang tak rugi apa pun. Mana tahu kalau masa sesak, korang boleh jual semula emas tu dan dapat balik duit korang tu.

Ada yang lagi bijak, siap boleh buat pinjaman dengan buat pajakan di cawangan Ar Rahnu. Dengan emas yang korang ada tu boleh buat pinjaman daripada Ar Rahnu. Untung kan gitu?

Download Rahsia Pelaburan Emas Di Sini

Matlamat aku cuba untuk buat simpanan setiap bulan melalui emas. Takde pula rasa nak buat emas ini sebagai pelaburan atau menjadi ejen Public Gold.

Kalau korang nak beli emas, aku amat sarankan untuk menghubungi ejen-ejen Public Gold yang ada supaya mereka boleh assist korang untuk membeli emas dengan lebih mudah.

Aku buka akaun Public Gold dengan 2 gram yang pertama sebagai permulaan. Insyallah setiap bulan aku akan cuba untuk menambahkan nilai emas yang ada supaya boleh menjadi ‘simpanan tanpa sedar’.

Cara nak beli emas dengan Public Gold (Akaun GAP) tak susah mana, korang boleh lihat sendiri cara-caranya seperti dibawah ni:

Beli Emas Akaun GAP

Untuk emas GAP ni lebih murah berbanding emas biasa dan korang boleh redeem bila-bila masa untuk tukarkan ke emas fizikal, cuma syaratnya kena tinggalkan 1 gram dalam akaun supaya akaun kekal aktif. Tak susah mana kan?

Setelah korang ada akaun dengan Public Gold, korang akan diberikan username dan password untuk korang akses kepada akaun korang secara online.

Dah ada akaun, sudah boleh beli sendiri dengan mudahnya secara online. Boleh ikut cara seperti berikut:

Beli Emas Akaun GAP Secara Online

Memang mudah kan nak beli emas secara online ni? Kalau ada yang berminat untuk buat pelaburan emas pula, mungkin boleh ikut cara sifu pelaburan emas yang sangat terkenal di Malaysia ini melalui Panduan Melabur Emas ini.

5 Comments

  1. Nota Nutrisi May 4, 2017
  2. Akubiomed May 3, 2017
  3. anuar May 3, 2017
  4. maizul.com May 2, 2017
    • reez May 2, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.