Mula Vlogging, Jom Support!

First Vlog, Jom Support

Baru semalam aku berjaya buat satu video blog iaitu vlogging orang kata. Video ini merupakan video pengenalan aku dan memang sangat simple je setup untuk Youtube ni. Logo channel dan juga cover channel pun aku tak sempat buat lagi.

 

Aku rakam menggunakan webcam Logitech C615 yang bagi aku masih murah dan sangat berkualiti. Boleh shoot sehingga 1080p, tapi disebabkan kemampuan recording laptop aku ni cuma 720p sahaja, aku terpaksa setting 720p sahaja sebabnya kalau aku set 1080p, video akan jadi lag dan sangat tak best.

Video ini kalau korang tengok macam tight je screen kan. Sebabnya aku masih lagi mencari-cari setting yang sesuai untuk aku record. Lepas aku upload baru aku tengok balik tutorial yang ada di Youtube.

Untuk record screen aku gunakan software Freeware iaitu OBS yang memang sangat popular dikalangan Youtube sebabnya free je download. Boleh download melalui link OBS Studio ni.

Kalau tengok video kualiti video ni pun tak berapa best kan. Audio buat masa ni aku gunakan mikrofon webcam tu sahaja. Setakat ni kualiti sangat baik dan aku baru je beli mikrofon USB yang lain iaitu Fifine K669B.

Aku dah buat review untuk mikrofon tu, korang boleh tengok kat video seterusnya tu.

Ada banyak lagi video yang bakal menyusul. Sebagai seorang Youtuber, memang aku akan cuba untuk penuhkan lagi content kat channel ini dan cuba perbaiki lagi content dan juga cara penyampaian aku di Youtube supaya taklah bosan sangat kan.

Apa yang penting content video Youtube boleh membantu mereka yang mencari info dalam bentuk video. Sebab aku pun kadang-kadang kecewa sebab takde review daripada Youtube Malaysia.

Sebagai tanda sokongan korang, boleh Like, Share dan Subscribe video ini supaya aku lebih bermotivasi untuk meneruskan lagi video-video untuk tontonan semua. Terima kasih!

Youtube Channel – http://youtube.com/reezluv

4 thoughts on “Mula Vlogging, Jom Support!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge