Nasi Ayam Sedap Di Ipoh

Nasi Ayam memang salah satu menu yang menjadi kegemaran ramai orang. Sebab utamanya adalah ianya mudah untuk disediakan dan juga sedap. Harga pula tak lah mahal sangat kalau nak dibandingkan dengan menu-menu yang lain.

Kalau korang mencari menu Nasi Ayam di Ipoh, jangan kecewa sebab ada banyak sebenarnya kedai nasi ayam di Ipoh ni. Cuma lebih banyak rasanya kedai tak halal disebabkan menu nasi ayam ini pun berasal dari negara China.

Jadi jangan hairan kalau tak banyak gerai menjual nasi ayam halal di Ipoh ini. Habis tu di mana nak cari kedai nasi ayam yang sedap dan halal?

Jangan risau, kalau korang nak jalan-jalan di Ipoh, kalau nak makan nasi ayam boleh pergi ke restoran Nasi Ayam yang aku sebutkan dibawah ni.

Nasi Ayam Fuziah Ipoh

kedai nasi ayam fuziah

Nasi Ayam Fuziah

Kalau tak silap aku, kedai ni dulu dikenali dengan nama Nasi Ayam Bazar Bulat. Kerana pada masa dulu bazar yang berbentuk bulat yang ada di Ipoh pada suatu ketika dulu merupakan lokasi kedai nasi ayam best ni.

Rasanya lebih 30 tahun dah gerai ini wujud dan sudah ada ramai penggemar setia menu nasi ayam ini. Memang rasanya sangat sedap kerana nasi yang dihidangkan masih panas dan lembut sekali dan aroma nasi ayam yang harum tu sangat menyelerakan.

Dimana Lokasi Nasi Ayam Fuziah?

Lokasi Nasi Ayam Fuziah

Jika korang navigate menggunakan Google Maps, korang boleh terus dapat lokasi ke kedai nasi ayam fuziah ni. Tak susah mana pun. Nak booking pun boleh, nombor telefon ada tu. Aku cadangkan korang makan kat cawangan di Jalan Mustapha Al-Bakri berbanding di Greentown.

Tak pasti masih buka lagi atau tak kedai Nasi Ayam Fuziah di Greentown tu semasa artikel ini ditulis.

Ipoh Hainan Chicken Rice

Lagi satu nasi ayam yang popular di Ipoh adalah Ipoh Hainan Chicken Rice ataupun Nasi Ayam Hainan. Tapi jangan korang ingat nasi ayam hainan ni ada satu je kedai.

Ipoh Hainan Chicken Rice

Ada banyak kedai nasi ayam hainan di Ipoh ni. Banyak yang tak halal disebabkan menu ini sangat popular dikalangan pelancong China di sini.

Terdapat dua cawangan iaitu di Jalan Raja Musa Aziz dan juga di Greentown. Berdekatan dengan Hotel DWJ, Ipoh. Jangan risau sebab lokasi ini memang mudah untuk dicari. Google Maps kan ada tu. Taip keyword ” Ipoh Hainan Chicken Rice Greentown”.

Ada banyak menu yang best di restoran ini dan korang bukan hanya makan nasi ayam sahaja. Boleh order side order lain seperti ayam lemon, tauhu tiram dan banyak lagi menu yang sedap dimakan.

Sebenarnya mungkin banyak lagi kedai nasi ayam yang sedap, tapi mungkin kurang dikenali kerana berjauhan daripada pekan Ipoh. Dua kedai nasi ayam ini merupakan yang paling popular di Ipoh.

Paling lama dan ‘lejen’ orang kata adalah Nasi Ayam Fuziah...lebih 30 tahun bertahan tu dan masih lagi mengekalkan aroma nasi ayam yang harum dan menyelerakan.

p/s: Sempena Tahun Melawat Perak Tahun 2017 ni mungkin korang boleh melawat Ipoh, banyak tempat menarik boleh diterokai 😀

8 Comments

  1. UmmuAyyash March 4, 2017
  2. Perawat Islam January 25, 2017
    • reez January 25, 2017
  3. nikkhazami January 13, 2017
  4. emalin mohd January 11, 2017
    • reez January 12, 2017
  5. sabree hussin January 11, 2017
    • reez January 12, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.