Nasi Lemak Punya Cerita

Nasi Lemak punya cerita…masa aku tengah syok tengok timeline Facebook time keje (guna handphone) waktu lunch tadi, aku pun tengok dan jenguk la memacam kisah..Ada la dua tiga orang blogger duk cerita pasal Nasi Lemak. Teringat plak bila pagi-pagi masa aktiviti breakfast kat opis, bila ingat balik…owhh..selalu juga aku pekena nasi lemak sebagai sarapan pagi..tak elok sangat tu ok..

nasi lemak bungkus

Credit to:http://hassan-thearmsquad.blogspot.com/2010/04/sakit-palasakit-perutkesihatan-unstable.html

Nasi Lemak ni dalam sesi perbualan orang dewasa ‘if you know what I mean’…..hehee..ada macam-macam kisah dan persepsi..ada yang merujuk istilah nasi lemak 50 sen, nasi lemak RM1.20 tambah ayam nasi lemak itu dan nasi lemak ini. Ada memacam versi nasi lemak plak kalau bersembang cara orang dewasa….kalau tak faham tu, mungkin masih remaja belia..:D Dalam Filem Cuti-Cuti Cinta ada kisah pasal Nasi Lemak juga..hehehe..

Kalau korang tengok gambar nasi lemak yang kat atas tu, nasi lemak camni merupakan jenis nasi lemak yang paling best untuk dimakan..Ya…yang berbalut dengan daun pisang..dan bukannya bekas polisterin ataupun dalam kertas minyak..Aroma wangi daun pisang ditambah plak dengan keenakan sambalnya..Bisnes Nasi Lemak, serius aku cakap…kesedapannya terletak pada SAMBALnya yang utama..nasi tu nombor dua..kalau nasi mentah, keras plak tu..memang hampeh walau sambalnya sedap..kan?

Tapi bagi aku, resepi nasi lemak versi aku sendiri yang aku ubah suai sikit cara nak makannya…Aku tak pasti sama ada korang pernah buat atau tak benda ni sebabnya aku buat, makin bertambah selera dan ‘kick’ rasa nasi lemak tu…Ini serius..

Macam mana tu?

Aku buat benda ni sejak darjah 6 lagi sebenarnya..Cara makan yang pertama adalah..campurkan laksa atau kuah laksa.memula korang buat lubang kat tengah-tengah tu atau pecah-pecahkan nasi lemak tu supaya kuah laksa tu boleh bertakung..hehe..then korang masukkan la kuah laksa tu atau kalau nak letak laksa tu sekali pun boleh..rasa campuran kuah laksa dan juga sambal yang sedap tu, akan menambahkan lagi selera korang..tak caya cubalah sendiri..Tapi pastikan laksa tu juga sedap rasanya..kalau tak sedap..makin tak sedap la jadinya..

mee kicap ipoh

Credit gambar:http://mrswhyda.blogspot.com/2010/10/makan-makan-lagi.html

Cara kedua adalah menggunakan kuah kari…bukan kari ikan, bukan kari kambing yang jual kat kedai mamak tu..Tapi adalah kari daripada Mee Kari yang dijual dikedai..Warung yang aku selalu pergi tu, ada nasi lemak bungkus dan juga jual Mee Kari..lagi satu keistimewaan kat Ipoh ni, mee karinya memang meletop!

Menu special kat sini adalah Mee Kicap..tak silap aku memang takde kat tempat lain. Karinya memang sedap kalau dihirup macam tu je..Cara ni aku baru je discover sebab haritu saje je aku try curahkan kuah mee kari tu kat nasi lemak tu..dan aku try…ternyata..memang amat sedap..tapi kena makan cepat sikit, sebabnya nasi tu cepat plak serap kuah kari tu bagi kering…

Harga nasi lemak pun berbeza-beza sekarang ni..harga kat gerai aku selalu makan tu RM1.30 sebungkus..kalau makan kat Old Town White Coffee, kompem la dekat RM10.00 sepinggan tu..tapi aku suka juga nasi lemak situ..sedap gak..:D

Kalau datang Ipoh, cubalah sendiri menu Mee Kicap ni ye..So korang ada pengalaman makan nasi lemak macam mana plak eh?hehee.

18 Comments

  1. chot November 27, 2013
    • reez November 27, 2013
  2. Khairul Zamri November 24, 2013
  3. Amran November 23, 2013
    • reez November 23, 2013
  4. Nadot November 23, 2013
  5. eyriqazz November 21, 2013
    • reez November 22, 2013
  6. Denaihati November 21, 2013
  7. muja November 21, 2013
    • reez November 21, 2013
  8. Farisya Anastasyia November 21, 2013
  9. reez November 20, 2013
  10. akubiomed November 20, 2013
  11. titan November 20, 2013
    • reez November 20, 2013
  12. anuar November 20, 2013
    • reez November 20, 2013

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.