Nik Collection Kini Percuma

Nik Collection bukanlah koleksi nama-nama jejaka hensem di Kelantan, tetapi merupakan satu tools atau plugin untuk pengguna Adobe Photoshop.

free nik collection

Agak lama juga aku menggunakan plugin Nik Collection ni, tapi cuma guna satu plugin je iaitu Color Efex Pro. Kegunaannya adalah untuk memudahkan aku untuk buat kerja-kerja editing.

Secara tak langsung mempercepatkan proses editing dengan hanya beberapa klik sahaja.

Kini Google sangat baik hati untuk memberikannya secara percuma kepada pemilik akaun Google. Anda boleh download Nik Collection ini dengan percuma sahaja melalui link Nik Collection ini.

Sebenarnya aku pun baru tahu walaupun Google dah announce perkara ini tahun lepas. Memang agak lama juga aku tak gunakan plugin ini sebenarnya sebab job wedding pun takde la banyak sangat macam orang lain..:D

Untuk ketahui apa yang bestnya semua plugin-plugin ni boleh tengok sendiri dalam video di bawah ni. Best kan?

Bagi yang sukakan editing HDR ataupun menaikkan lagi warna gambar tersebut, ini merupakan plugin paling best setakat ini yang aku gunakan.

Untuk editing di Fotocinta.com, aku gunakan plugin ini dan juga ada dua lagi plugin lain untuk mempercepatkan editing supaya gambar nampak lebih WOW orang kata.

download nik collection

Tapi jangan sampai dilupakan konsep asas dalam fotografi iaitu komposisi, cahaya dan banyak lagi perkara asas dalam fotografi. Jangan main hentam je shoot, tapi sampai tak boleh nak edit dan selamatkan langsung gambar tersebut.

Mungkin bagi sesetengah pihak tak memerlukan langsung pun plugin ni. Tapi tak kisah lah, sekarang dah boleh download free je.hehe.

14 Comments

  1. Noriza Rahman October 25, 2017
    • reez October 25, 2017
  2. mrhanafi dot com October 10, 2017
  3. Mawardi Yunus October 4, 2017
  4. Dedaun Comel October 2, 2017
  5. nikkhazami October 1, 2017
    • reez October 2, 2017
  6. ahmadyani September 30, 2017
    • reez October 1, 2017
  7. sabree hussin September 29, 2017
  8. Elih Japahar September 26, 2017
    • reez September 26, 2017
  9. Pisyek September 25, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.