P1 Amat Mengecewakan, So Tukar Streamyx

Januari 2013 aku mula pakai perkhidmatan P1 Wimax..kononnya amat laju dan tidak mengecewakan. Taknak pun amek kisah apa komen orang. Daripada 10 komen,9 daripadanya mengatakan P1 memang servis yang amat teruk.

P1 Tak Bagus

Selama lebih kurang 6 bulan menggunakan servis P1 ni, kelajuan, memang tak disangkal lagi..tapi dari segi kuota..amat mengecewakan sebab kuotanya cepat sangat abis..aku bukan heavy user sangat pun. Selama aku gunakan P1 ni, aku dapati setiap kali pukul 10 lebih iaitu pada malam hari, selalu sangat internet jadi amat slow atau kekadang takde langsung. Kena lah tunggu 20 minit hingga setengah jam nak bagi ok balik.Itupun kalau ok, kalau tak, sampai esok pagi la baru ok..itupun setelah lebih 10 kali aku on off modem tu.

Kontrak belum abis lagi..adeh…aku tengok bil P1 aku, setiap bulan RM100++ je sebab aku selalu sangat topup kuota.So bila next bil, aku tengok plak pakej Unifi dan juga Streamyx yang ada kat internet ni, sama plak macam aku bayar kat P1. Cuma connection P1 ni tak stabil..selalu sangat terganggu. Pengalaman aku pakai streamyx dulu..aku pakai 384kbps je..tapi nak download file 100mb, ambil masa 2-3 jam..itu mungkin standard kot..sebab line pun tak laju mana..

Pengalaman pakai P1, yang tak bestnya..abis je kuota..speed terus jadi macam pakai modem dial up dulu..12kbps terus jadinya..tak ke macam bangang rasanya sampaikan nak bukak email pun tak boleh..memang suruh topup je la kejenya gitu..

So aku rasa baik aku pertimbangkan untuk ambil streamyx atau Unifi..nak kena check dulu kat rumah aku tu ada ke tak Unifi..rasanya elok ambil streamyx dulu kan..sebab nanti aku pindah..senang la aku tukar..maunya kat tempat aku pindah tu takde Unifi..naya je kan? 😀

Aku tanya hari tu, pakej aku ni ada kontrak setahun..kena tunggu lagi 6 bulan plak..aiyo..so kalau terminate, RM200 kena denda plak..aiyo..takpe lah..ada je duit nanti..bayar je kat P1, pastu tukar Streamyx..setelkan..

19 Comments

  1. ch July 3, 2013
  2. Joe June 30, 2013
    • reez June 30, 2013
  3. Hafiz June 29, 2013
    • reez June 30, 2013
  4. Juan June 28, 2013
  5. Anuar June 28, 2013
    • reez June 28, 2013
  6. fyna June 28, 2013
    • reez June 28, 2013
      • fyna June 28, 2013
        • reez June 28, 2013
  7. Mus June 27, 2013
  8. titan June 27, 2013
    • reez June 27, 2013
  9. suri June 27, 2013
    • reez June 27, 2013
  10. Hairul Azni June 27, 2013

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.