Panduan Buat Bisnes Aiskrim

Bisnes aiskrim pada masa kini memang mendapat permintaan yang sangat tinggi tak kira dimana sahaja korang berada kerana model bisnesnya tidak memerlukan modal yang sangat tinggi dan keuntungannya bergantung kepada strategi bisnes yang anda buat.

Panduan Buat Bisnes Aiskrim

Kredit image : http://bakedbree.com/cookies-and-cream-ice-cream

Apakah langkah pertama nak buat bisnes aiskrim?

Perkara pertama yang perlu ditentukan adalah dimanakah tapak strategik yang boleh anda berniaga. Dimanakah tempat yang biasanya aiskrim menjadi tumpuan. Target market sudah tentulah kanak-kanak yang paling mudah.

Orang dewasa juga sebenarnya amat sukakan aiskrim. Tetapi bergantung kepada jenis aiskrim dan juga keadaan pada waktu itu. Kalau musim panas, sudah tentu aiskrim menjadi pilihan utama untuk dinikmati.

Musim kenduri kahwin juga, aiskrim boleh dijadikan pilihan sebagai menu sampingan untuk dinikmati tetamu yang datang ke majlis perkahwinan. Dah tentu sangat lumayan bukan?

Aiskrim jenis macam mana lebih laris?

Ada banyak jenis aiskrim yang menjadi pilihan. Biasanya aiskrim lembut lebih mudah untuk diniagakan kerana mendapat permintaan yang tinggi dan boleh dijual dengan harga yang jauh lebih tinggi berbanding aiskrim batang.

Cuma mungkin perisanya korang kena pandai cari yang mana satu perisa yang mendapat permintaan yang tinggi. Takkan nak letak sampai 100 jenis aiskrim sekali nak meniaga, tak gitu?

Contoh perisa yang sentiasa mendapat permintaan adalah seperti Vanilla, Coklat, Keladi, Chocholate Chips dan banyak lagi. Tapi 3 yang pertama tu paling asas.

Aiskrim kena buat sendiri ke nanti?

Untuk mendapatkan aiskrim yang banyak dalam masa yang singkat, memerlukan modal yang asas untuk membeli aiskrim dari kilang aiskrim yang berdekatan. Boleh Google je tengok kat mana ada jual aiskrim secara pukal.

Kelebihan kepada korang yang membuat aiskrim sendiri, korang boleh rasa sendiri aiskrim itu sedap atau tidak dan mungkin mengubahsuai aiskrim itu menjadi lebih unik dan sedap. Contoh boleh tengok tutorial cara buat aiskrim di bawah:

Cara Buat Aiskrim Paddlepop

Home Mad Ice Cream (2 Ingredients)

How To Make Home Made Ice Cream

Tengok..simple je kan nak buat aiskrim. Lebih unik dan terkawal kalau korang sendiri yang buat aiskrim tersebut supaya rasanya lebih enak dan lain daripada yang lain.

Selepas dapat aiskrim, bagaimana cara nak menjualnya?

Ada banyak cara nak menjualnya sama ada menjualnya di kedai-kedai ataupun menjual secara bergerak menerusi trak-trak yang telah diubahsuai menjadi gerai. Contohnya bisnes aiskrim Fredo ini, mengguna trak yang telah diubahsuai untuk beroperasi. Sangat hipster kan.

Salah satu idea menarik untuk korang menjual adalah, cari mana-mana restoran yang menjadi tumpuan ramai dan mungkin korang boleh minta tuan kedai sewakan tapak di tepi gerai makan tersebut supaya korang boleh letakkan khemah kecil untuk menjual aiskrim.

Contoh macam gerai otak-otak tu kan. Tapi aiskrim takde plak yang buat. Ini idea yang mungkin boleh naikkan sales bisnes aiskrim korang kan.

Cara keduanya adalah cuba buat aiskrim yang unik. Contohnya nama yang unik dan tidaklah menjengkelkan. Jangan buat nama yang agak brutal seperti Aiskrim Kubur, Aiskrim Lidah Ular.

Tetapi cuba buat nama yang agak comel atau mungkin dengan nama tempat korang tu. Contohnya Aiskrim Comel, letak caption, dengan satu cedok, boleh jadi comel setahun!

Paling penting nama bisnes aiskrim korang tu perlulah catchy dan menarik orang datang. Contohnya Aiskrim Comel Dihadapan – Rasa Sekali, Terus Comel Sebulan!

Kalau korang tengok sendiri papan tanda tu, ada rasa nak pergi try tak aiskrim tu, tengok plak ada gambar perempuan comel macam Mira Filzah tu sedang makan aiskrim tu…fuh…mesti berebut orang nak pergi cuba.

Panduan Bisnes Aiskrim Paling Lengkap

Jika korang serius nak buat bisnes aiskrim, walaupun secara part time, apa kata cuba dapatkan Ebook Bisnes Aiskrim ini dan semoga selepas korang baca ebook ini, korang akan dapat buat bisnes aiskrim dengan lebih baik.

Ada yang dah buat lebih RM5K sebulan jual aiskrim secara part time je. Semuanya hasil belajar daripada Ebook Bisnes Aiskrim. Dapatkan sekarang dan buat aiskrim sedap-sedap ye!

Dapatkan Panduan Bisnes Aiskrim Di Sini Sekarang

5 Comments

  1. Raihanah August 3, 2016
  2. Hero Borneo July 25, 2016
    • reez July 25, 2016
  3. Uncle Zuan July 24, 2016
    • reez July 25, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.