Pengalaman Berkhidmat Di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Dah dekat sebulan juga aku tak update blog. Sebab sibuk dengan macam-macam hal. Paling utamanya adalah Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 bagi acara memanah.

Pengalaman Berkhidmat Di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Aku terlibat secara lansung dalam sukan memanah ni sejak menjadi hakim kebangsaan pada tahun lepas. Jadi ada la beberapa kejohanan kebangsaan yang aku terlibat seperti Kejohanan Memanah Sirkit 1 WIRA Open dan juga UNISZA Open pada tahun lepas.

Pengalaman Berkhidmat Di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Menjadi satu pengalaman best sebenarnya terpilih menjadi salah seorang Technical Official di Sukan Sea ke-29 kali ni. Tambah bestnya adalah ianya diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Jadi tak payah nak travel jauh-jauh.

Kita sebagai tuan rumah memang mempunyai banyak kelebihan, terutamanya bermain di tempat sendiri dan membuktikan yang Malaysia mampu menjadi juara pada edisi kali ini.

Ini merupakan pengalaman pertama aku terlibat dengan Sea Games dan juga merupakan acara terbesar yang aku pernah berkhidmat. Selepas ini mungkin aku akan terlibat dengan SUKMA Perak 2018 bagi acara memanah.

Pengalaman Berkhidmat Di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Banyak yang aku dapat belajar sepanjang menjadi pegawai teknikal kejohanan memanah Sukan Sea ke-29 ini antaranya ialah:

1.Bagaimana rancangan di Astro tu buat live, dibelakang tabirnya tu kita tak tahu. First day event memang sangat kelam kabut sebab tak prepare langsung dengan keadaan yang macam tu. Jadi live agak delay lebih kurang 18 minit dari jadual asal.

Masuk hari seterusnya terus ok sebab dah betulkan kesilapan-kesilapan yang buat pada hari pertama.

2.Nampak perjalanan keseluruhan kejohanan. Walaupun nampak lancar je perjalanan kejohanan. Tapi anggota-anggota yang berkhidmat di belakang tabir tu yang sangat memainkan peranan penting. Baru la aku tahu kejohanan besar ini sangat memerlukan kerjasama yang sangat kuat dari semua pihak.

Pengalaman bersama pihak media, pihak berkuasa polis, JPJ, protokol dan istiadat dan banyak lagi memang satu pengalaman yang sangat-sangat berharga dan tidak ternilai.

3.Tahap profesionalisme atlet dan pegawai di Sukan Sea memang jauh lebih profesional berbanding peringkat kebangsaan. Selaku atlet antarabangsa sudah tentu mereka lebih profesional dalam mengendalikan sesuatu isu. Apa yang penting, follow the rules.

Alhamdulillah, sukan memanah menyumbangkan 5 Emas. Melebihi sasaran yang telah diimpikan. Lega la rasanya persatuan sukan, dan Khairy Jamaluddin selaku Menteri Belia dan Sukan juga mampu tersenyum juga dengan pencapaian atlet memanah negara.

Pengalaman Berkhidmat Di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

4. Dapat merasa kalungkan pingat emas Sukan Sea. Memang ini yang paling rare. Pingat emas ini media pun tak boleh nak tangkap gambar atau pegang. Pada hari pertama tu, merasa la juga aku pegang pingat tu dan kalungkan sekali di tengkuk. Walaupun orang lain punya medal, tapi medal Sukan Sea tu kan…:D

Apa pun aku ucapkan tahniah kepada mereka yang telah menyumbangkan tenaga dan kudrat demi menjayakan Sukan Sea ke-29 bagi acara memanah pada kali ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada SM (Sports Manager), En. Johari Abu Bakar selaku my boss dan juga kru-kru lain yang telah berjaya setup padang memanah seperti standard Olimpik dan jauh lebih baik lagi daripada Sukan Sea ke 28, di Singapura 2 tahun yang lalu.

Daripada first sketch sampailah yang realiti layout plannya..memang superb..sampaikan aku sendiri pun tak terbayang apa yang ada di padang pada hari tersebut. Memang pengalaman yang sangat berharga menyertai Sukan Sea ke 29 Kuala Lumpur 2017.

Pengalaman Berkhidmat Di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Pengalaman Berkhidmat Di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Overall aku tak teruja sangat pun nak jumpa atlet memanah kebangsaan, sebabnya dah selalu sangat jumpa mereka ni dan aku bukan lagi atlet. Kalau dulu memang teruja je jumpa atlet kebangsaan ni. Sempat jumpa lejen hoki kebangsaan je haritu..Mirnawan Nawawi.

Kebetulan masa tu tengah rehat makan tengah hari, beliau pun tengah lepak selepas habis buat liputan untuk Astro Arena. Jadi aku pun ambil kesempatan juga nak bergambar dengan beliau. Ternyata badan pun masih fit lagi macam atlet.

Walaupun Sukan Sea ke 29 pada kali ini dah hampir tamat, aku harapkan Malaysia dapat menjadi juara pada edisi kali ini dan seterusnya mencapai sasaran 111 pingat emas seperti yang disasarkan.

#risingtogether #bangkitbersama

17 Comments

  1. Belang Tarung October 3, 2017
    • reez October 3, 2017
  2. Sani September 18, 2017
    • reez September 18, 2017
  3. nikkhazami September 17, 2017
  4. titan September 3, 2017
    • reez September 3, 2017
  5. Muwasaun Niam September 2, 2017
  6. Dukenaim August 30, 2017
    • reez August 30, 2017
  7. mrhanafi August 28, 2017
  8. sabree hussin August 28, 2017
    • reez August 28, 2017
  9. Ira August 28, 2017
  10. musadun August 28, 2017
  11. Pisyek August 25, 2017
    • reez August 26, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.