Pengalaman Menggunakan Easybook Booking Tiket ETS Secara Online

Jika ditanya pengalaman menggunakan Easybook untuk booking tiket, inilah kali pertama sebenarnya aku menggunakan perkhidmatan booking tiket secara online.

Walaupun nak booking tiket ETS ni korang boleh menggunakan web KTMB, tetapi Easybook merupakan antara alternatif yang sangat menarik.

Sangat menarik bagi aku kerana bukan sahaja korang boleh booking tiket keretapi, tapi boleh juga booking tiket bas, tiket feri, tiket tren antara bandar dan juga booking kereta sewa secara online.

Aku booking tiket ETS ni pun sebab nak pergi ke SBB2017 tempoh hari. So aku gunakan kesempatan ini untuk gunakan web ini untuk booking.

Untuk info korang juga, Easybook ini juga boleh didownload melalui aplikasi telefon bimbit korang juga. Jadi boleh gunakan telefon bimbit je nak booking tiket.

Cara Nak Booking Tiket Menggunakan Easybooking

Stepnya tak susah mana pun, cuma ikut sahaja arahan yang diberi sehingga selesai. Cuma kali ini aku nak tunjukkan cara gunakan Easybooking ini menggunakan web sahaja.

1.Login ke Easybooking.com

Pengalaman Menggunakan Easybook Booking Tiket ETS Secara Online2. Contoh dalam gambar aku nak cari tiket keretapi untuk ke KL Sentral. Jadi aku masukkan detail seperti gambarajah.

3. Klik Search For Train

Pengalaman Menggunakan Easybook Booking Tiket ETS Secara Online

4. Akan dipaparkan jadual tren pada hari tersebut. Pilih sahaja mana yang berkenan mengikut tarikh yang telah korang tetapkan.

5. Pilih waktu tren yang korang mahukan dan pilih seat yang korang nak duduk.

Pengalaman Menggunakan Easybook Booking Tiket ETS Secara Online

6. Kemudian isikan borang maklumat untuk tujuan pendaftaran. Setelah pendaftaran selesai, maklumat berikut akan diberikan ke alamat emel yang telah dinyatakan.

7. Bagi memudahkan pembayaran, perkhidmatan online banking disediakan. Jadi jangan risau tentang cara pembayaran. Zaman sekarang semua dah mudah.

Setelah selesai membuat pembayaran, jangan gelabah sebabnya kalau korang booking menggunakan telefon bimbit atau web, pengesahan tiket mengambil masa 24 jam sahaja.

Jadi selepas 24 jam korang akan diberikan link untuk akses ke tiket melalui emel. Seperti keadaan aku, aku sempat untuk save tiket berkenaan melalui laman dashboard di web. Sebabnya aku menggunakan apps Easybook.

Memang gelabah juga sebenarnya, lepas bayar biasanya korang akan dapat emel berkenaan pembayaran yang telah dilakukan, tetapi Easybook agak lambat berbuat demikian.

Untuk akses tiket dengan lebih cepat, korang digalakkan untuk login melalui web Easybook.com dan download tiket yang telah dibeli berkenaan.

Kalau tunggu emel memang dalam masa 24 jam baru emel akan sampai.

Pengalaman Menggunakan Easybook Booking Tiket ETS Secara Online

Jika korang mendapat emel seperti ini, menandakan transaksi korang berjaya.

Klik pada link yang telah diberikan untuk download tiket tren ETS korang tu. Bukan print Tax Invois berkenaan dan claim tiket di kaunter tiket ETS ye!

Kalau korang rasa mahal untuk gunakan perkhidmatan ini, caj yang dikenakan cuma RM1.00 sahaja bagi satu transaksi.

Tak la mahal mana kalau nak dibandingkan dengan masa menunggu di kaunter dan juga tiket parking untuk membeli tiket kan?

Ramai orang takut nak beli tiket secara online ni sebab takut kena tipu…itu je…apa guna teknologi kalau tak gunakan untuk kemudahan dan lebih cepat.

Jika korang tengok pada ruangan komen di apps Easybook, ramai yang tidak berpuas hati kerana selepas selesai transaksi, tiada emel dihantar kepada pembeli atau resit rasmi. Semuanya akan dihantar dalam masa 24 jam..

Ada juga terbaca beberapa rakan blogger yang telah review menggunakan perkhidmatan Easybook ni. Aku saja gunakan untuk pengalaman kali pertama.

Memang agak berbeza berbanding web yang lain. Untuk student mungkin satu yang sangat berguna. Jadi gunakan teknologi dengan sebaiknya.

Selain memudahkan, ianya juga dapat mempercepatkan lagi proses perjalanan korang. Tak perlu nak beratur, cari parking lagi..kan.

Cuma mungkin cara agak berbeza bagi booking tiket bas dan juga tiket feri..belum pernah gunakan untuk beli tiket tersebut. Kalau tak silap, ada blogger lain cerita, tiket bas yang telah dibeli, dicetak dan boleh dapatkan tiket yang original di kaunter tiket.

Macam tak best plak kan macam tu. Cuba kalau kaunter tiket tu pada hari tersebut tutup..macam mana la agaknya ceritanya.

Sebab pengalaman aku sendiri naik bas ni dah banyak. Macam-macam ragam..beli tiket lain, tapi naik bas yang lain..perjalanan jauh plak tu..memang rasa sakit hati je.

Jadi bagi korang yang ingin booking tiket tren, booking tiket bas, booking tiket feri atau mencari kereta sewa secara online, boleh gunakan perkhidmatan Easybook ni sama ada melalui apps ataupun web Easybook.com.

Klik kalau nak Booking Tiket Bas secara online.

6 Comments

  1. lokman June 14, 2017
    • reez June 14, 2017
  2. rujukan June 1, 2017
    • reez June 1, 2017
  3. titan May 31, 2017
  4. Bahrain May 24, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.