Pengalaman Menginap Di Hotel El-Zahraa, Sungai Petani

Dah lama aku tinggalkan Sungai Petani, baru ni sempat aku nak cerita sikit pengalaman aku menginap di Hotel El-Zahraa di Sungai Petani. Rancangan asalnya aku nak menginap di Hotel Swiss Inn, atau pun Hotel Sastria tempat aku hadir kelas A4B tu, tapi disebabkan nak hotel yang nampak sedap sikit, sebab aku tengok kat laman web Booking.com, decoration hotel ni memang hebat nampaknya..

Pengalaman Menginap di Hotel El-Zahraa Sungai Petani

Best ke menginap di Hotel El-Zahraa ni?

Aku sampai ke hotel ni lebih kurang pukul 12.00 tengah malam, gerak dari Ipoh pukul 8.00 malam gitu. Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar dan cuaca pun baik. Sebelum aku check in, aku pergi cari dulu hotel tempat kelas A4B tu. 5 minit je dari Hotel El-Zehraa ni rupanya. Takde masalah la nampaknya.

Masuk je pintu hotel ni, kagum juga dengan dekorasi hotel ni. Ala-ala ‘arabic style’ gitu nampaknya. So aku pun bagi la nombor tempahan. Aku pun tengok pada rate hotel, aku tengok ada bilik ‘suite’. Aku tengok rate dia tak jauh mana lari dari yang aku booking tu. Beza dalam RM30++ je, aku pun decide untuk upgrade ke bilik ‘suite’. Bezanya katanya cuma saiz..Disebabkan aku datang dengan wife, masa aku gi kelas A4B tu, dia kena tinggal seharian, jadi aku pun bagi la dia bilik sedap sikit.

Kami pun angkat beg dan masuk ke bilik ‘suite’ berkenaan…kagum juga dengan bilik yang aku masuk ni..memang luas daripada bilik biasa yang aku pergi kat hotel-hotel lain. Kira hotel bajet juga la kiranya.

Aku pun masuk dan berehat le..pasang air cond siap-siap, sebab bilik tu panas semacam je, ambil masa sikit nak sejuknya…lepas urus diri..aku pun rehat le sebab esok pagi pukul 8.00 dah start kelas A4B tu.

Apa yang best menginap di Hotel El-Zahraa ni?

Kalau ikut pengalaman aku, berikut merupakan apa yang best kalau korang menginap di hotel ni:

1.Dekat dengan tol.

2.Dekat dengan pasar raya Village Mall dan juga Aman Jaya Mall, Sungai Petani.

3.Tempat makan berdekatan.

4.Dekorasi hotel yang sangat hebat.

5.Sambungan internet berkelajuan tinggi.Hari tu test, dapat dalam 6mbps..laju juga tu daripada kat rumah aku..:D

6.Bilik yang cantik dan selesa.

7.Kalau korang tempah bilik sekali dengan sarapan, sarapan akan dihantar ke bilik korang seawal jam 8.00 pagi. Alhamdulillah, menu yang simple tapi sedap.

8.Ada Al-Quran diletakkan dalam bilik. Itu satu keunikan yang tiada pada hotel lain rasanya.

Antara beberapa kelemahan yang aku dapat kenal pasti dan rasanya pihak hotel boleh cuba perbaiki..

1.Kemudahan lif tiada..payah juga nak naik ke tingkat atas bagi orang tua.Lagipun tangga yang ada sangat curam.

2.Tiada telefon di dalam bilik hotel.

3.Bilik ‘suite’ luas, air cond rasanya perlu lebih ‘horse power’ lagi supaya cepat sejuk.

4.Televisyen dan siaran televisyen perlu lebih baik.

5.Hujung minggu, dihidang dengan bunyi-bunyian mat rempit disebelah depan hotel sehingga pukul 4.00 pagi..

Aku paling tak selesa point nombor 5 tu..balik dari kelas A4B tu, aku ingat nak tidur je la kan sebab esok nak drive balik…sekali tidur pun lambat juga..tak boleh tidur sebab aktiviti rempit yang aku rasa macam duduk kat sebelah litar lumba motor je…Rasanya lebih elok kalau korang cari hotel yang tidak berdekatan dengan jalan utama..kerana, akibatnya memang sangatlah buruk…

Pengalaman-Menginap-di-hotel-El-Zahraa

review-hotel-el-zahraa

hotel-el-zahraa

Kalau korang nak tahu, aku cari hotel ni melalui Booking.com. Apa yang menariknya korang tak payah bayar pun untuk menempah bilik di Booking.com. Hanya buat tempahan, dan bayar semasa korang nak check in nanti. Macam mana cara nak bayar tu akan diterangkan dalam butiran tempahan korang nanti.

Korang tengok gambar kat atas ni, ini merupakan gambar bilik aku. Malas plak aku nak snap banyak-banyak sebab masa ni agak penat juga, baru letak barang. So kat bahagian bilik air tu, ada satu je gambar, telefon murah, so gambar pun takla hebat sangat..jadi le buat tatapan korang yang nak menginap kat sini.

Rasa macam dah lama kan tak merepek kat blog ni, hehe..maklumlah, sekarang ni agak sibuk dengan wedding photography, so curi-curi masa sikit berblogging ni. Aku harap umpan dan juga kolam yang aku dah buat untuk tingkatkan lagi komisen dari affiliate akan ada hasilnya nanti. Aku tak kisah walaupun ambil masa, biasalah tu kan.

15 Comments

  1. Azzahairi February 27, 2015
    • reez February 27, 2015
  2. blogger lelaki February 26, 2015
  3. reez February 26, 2015
  4. Suriya February 25, 2015
  5. emalinmohd February 25, 2015
    • reez February 25, 2015
  6. AZENI AHMAD February 25, 2015
  7. Mesramobile February 25, 2015
  8. Anuar February 24, 2015
  9. cikpin February 24, 2015
  10. Travelog Siti February 24, 2015
    • reez February 24, 2015
  11. Hero Borneo February 24, 2015
  12. Bee Venom Malaysia February 23, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.