Pengguna Setia Bateri Eneloop

Rasanya dah lebih 5 tahun aku menggunakan Bateri Eneloop untuk kegunaan speedlight SB900 aku tu. Kenapa aku pilih bateri ni ada sebabnya juga.

Salah satu sebab paling dekat adalah kalau sesiapa yang baca manual book bagi speedlight Nikon SB900, bateri yang direkemen untuk dipakai adalah jenis Sanyo Eneloop. Jadi aku pun ikut je lah cadangan dalam buku manual tu.

Itu sebab penting korang baca dahulu manual book kamera tu sebelum gunakannya sebab banyak perkara dan tips penting yang perlu korang alert dalam buku manual tu.

Bateri Eneloop ni bagus ke?

Eneloop? Tak pernah dengar pun. Mungkin ada yang tak tahu akan kewujudan bateri ini pun. Ramai yang terdedah dengan bateri Energizer, bateri Duracell, Bateri Panasonic dan sebagainya.

Sedikit sejarah mengenai Bateri Eneloop

Jenama Eneloop sebenarnya adalah kepunyaan syarikat Sanyo yang mana telah dibeli oleh Panasonic pda tahun 2009 dan seterusnya dijual kepada syarikat Fujitsu pula.

Baru aku tahu juga yang mana bateri Eneloop ini mempunyai banyak generasinya. Kiranya ada versi-versi mereka yang tersendiri.

bateri eneloop

bateri eneloop

bateri eneloop glitter

bateri eneloop

Sehingga ke generasi kelima, korang boleh tengok ada pelbagai warna yang dikeluarkan oleh Eneloop ini. Memang sangat menarik sekali.

Bateri Eneloop terbahagi kepada 4 jenis iaitu:

1.Eneloop

2.Eneloop Lite

3.Eneloop Pro

4.Eneloop Plus

bateri eneloop

bateri eneloop

bateri eneloop

Kesemua kategori bateri ini adalah dibezakan dengan kandungan mAHnya sahaja. Lebih kurang macam powerbank la juga kan.

Bateri Eneloop ini memang amat dikenali dikalangan photographer. Walau tak ramai yang menggunakannya tetapi ianya menjadi pilihan ramai photographer kerana ‘refresh rate’ ataupun ‘cycle rate’ yang sangat laju berbanding bateri jenis lain.

Untuk pengetahuan, semua bateri jenis ini adalah ‘rechargeable’ iaitu boleh dicaj kembali menggunakan pengecaj baterinya yang tersendiri.

Pengguna Setia Bateri Eneloop

Disebabkan ‘charger’ bateri Eneloop aku dah tak mampu nak caj bateri lagi, jadi aku pun beli lah charger yang baru seperti dalam gambar.

Harga biasanya bergantung kepada jumlah mAH yang korang nak beli. Lagi tinggi nilai mAHnya, maka lagi tinggi harganya. Biasa aku beli dalam lingkungan RM120.00-RM150.00 sahaja termasuk pos.

Ada banyak dijual di Lelong.com.my, memang takde tempat lain pun aku beli selain situ sebab ada banyak pilihan dan ramai juga seller yang menjualnya.

Kalau korang tengok ada banyak jenis warna yang ada untuk dipilih. Aku pernah pakai yang ada banyak warna tu (plain), warna oren dan juga warna hitam. Aku paling suka pakai warna hitam kerana lebih laju untuk recycle dan tak perlu tunggu lama untuk refresh selepas gambar diambil.

Mahal sangat nak beli, ada option lain ke yang lebih bajet?

Tak ramai yang tahu sebenarnya ada satu jenis bateri yang murah dan sangat bagus untuk photographer gunakan untuk speedlight mereka.

bateri tesco untuk photographer

Kalau korang tengok gambar di atas, korang boleh cari dengan mudah je..Mudah dicari dan murah..inilah baterinya. Memang tak pernah menghampakan kalau korang nak gunakan.

Aku kalau tak sempat nak caj bateri memang sediakan dalam 2 atau 3 paket sebagai backup jika terjadi apa-apa. Tapi pastikan pakai buang. Jangan pula disimpan dalam speedlight.

Kemungkinan untuk bateri itu ‘leaking’ adalah tinggi dan merosakkan speedlight korang yang mahal tu.

Tak payah nak pakai bateri Energizer yang macam dalam iklan tu lebih lama la..apa la kan..Bateri lain aku tak rekemen. Kalau tanya ramai photographer, ramai yang pakai bateri ini je.

Jadi korang dah tahu kan, kenapa aku setia dengan bateri Eneloop ni? Tengok warna je dah rasa nak beli..sayang pulak nak pakai..ehehe.

p/s: sebenarnya ada banyak lagi model, cuma ada yang limited edition tu tak sempat nak beli..korang boleh google sendiri tengok..:P

14 Comments

  1. raihanah ahmad February 8, 2017
  2. siti hazreen February 4, 2017
  3. dukenaim February 3, 2017
  4. titan February 3, 2017
    • reez February 3, 2017
  5. nikkhazami February 2, 2017
  6. ahmadyani February 1, 2017
  7. Jie Susanos January 30, 2017
  8. sabree hussin January 28, 2017
    • reez January 28, 2017
  9. Elih Japahar January 27, 2017
    • reez January 27, 2017
      • Perawat Islam February 1, 2017
        • reez February 1, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.