Pertolongan Cemas Terbaik Menyelamatkan Nyawa

pertolongan cemas

Kalau korang pernah menghadapi satu situasi yang amat panik, mungkin korang sendiri buntu tak tahu nak buat apa. Contohnya kalau korang tiba di tempat kemalangan..korang je yang ada di tempat kejadian. Apa yang korang kena buat? Buat tak tahu? Telefon ambulan atau polis terus ke?

Panduan Pertolongan Kecemasan Mampu Menyelamatkan Nyawa

Aku tergerak nak tulis post ni disebabkan kisah satu cerita yang member aku ceritakan. Dia seorang guru di Sarawak dan semasa latihan sukan untuk ke kejohanan daerah di sekolahnya, ada seorang atlet kanak-kanak ni..sememangnya handal dalam acaranya iaitu acara lompat bergalah.

Panduan Pertolongan Cemas

Panduan Pertolongan Cemas

Nak dijadikan cerita, entah macam mana pada hari tu, kaki anak muridnya tersangkut di palang dan mungkin tindak balas murid tersebut lalu menahan dengan tangannya. Masa tu, budak tu tak sedar pun, dia cuba bangun dan nak betulkan palang tu macam biasa. Cikgunya tengok je sebenarnya dari jauh masa tu. Elok je baru nak angkat, budak tu menjerit..tangan dia dah jadi bentuk macam huruf ‘S’ plak.

Kelam kabut member aku ni berlari ke tengah padang dan tengok apa jadi. Disebabkan panik, dia terus je cari first aid kid sebab nak cari kain anduh untuk support tangan budak tu. Nasib baik, ada satu je tinggal kain anduh dalam tu. Dalam keadaan panik, member aku tu balut la. Jenuh nak ingat balik masa belajar kat sekolah dulu. Nasib baik juga kat sekolah dulu ada belajar Pertolongan Cemas ni..kalau tak? Penting kan?

Perjalanan nak ke hospital, ambil masa dalam 45minit..dalam perjalanan tu, budak tu diam je la sebab tangannya tak sakit dah setelah diikat dengan kain anduh,mana rupanya dia ikat, aku pun tak tahu..:P Sampai kat hospital plak, doktor tu komen, yang member aku tu ikat anduh tu tinggi sangat..sepatutnya paras bawah sikit. Doktor tu bukak dan cuba nak betulkan..menjerit budak tu kesakitan..hahaa..taktau nak cakap mana satu betul..then doktor tu letakkan balik pada posisi asal..:P

Kalau korang sendiri macam mana la agaknya kan? Mampu ke korang nak ingat?

Apa kata korang cuba Panduan Pertolongan Cemas ni mana tahu dapat selamatkan nyawa siapa sekalipun sebelum terlambat..kan? Mana tahu orang yang korang selamatkan tu gadis cun berkaca mata ke..atau mungkin blogger sendiri?

7 Comments

  1. nord October 9, 2014
  2. Rina September 14, 2013
  3. Innanie Ariffin September 8, 2013
  4. papa mifz September 6, 2013
  5. titan September 6, 2013
  6. anuar September 5, 2013
    • reez September 5, 2013

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.