Putrajaya Night Shoot

Alhamdulillah, Sepetang Bersama Blogger 2015 telah pun menutup tirainya pada 13 Jun 2015 yang lalu. Walaupun team aku tak menang, aku sebenarnya ada misi aku ke Putrajaya tu selain daripada join SBB2015 ni. Aku pernah cakap sebelum ni yang aku nak ambil Milkyway di Putrajaya, tapi malangnya aku tengok keadaan amatlah terang benderang di kawasan situ, so aku ambil keputusan untuk shoot sunset dan juga night photography sahaja.

Cuaca pada hari tu aku risau juga sebab nampak macam nak hujan je, siap mamat cendol tu duk takutkan aku plak, abis la..malam ni hujan..memang aku risau juga. Aku dah siap tengok ramalan kaji cuaca malam tu dijangka tak hujan..Nampaknya hajat aku nak shoot malam tu memang boleh la nampaknya.

Aku pun sebenarnya tak tahu pun tempat nak shoot night photography ataupun sunset ni kat mana yang best kat Putrajaya ni. Sebabnya mungkin kawasan tumpuan adalah di jambatan. Jambatan plak bukan ada satu, ada banyak plak, nak pergi ke jambatan tu satu hal, terpaksa la wife aku teman aku tunjukkan jalan sambil tengok Google Maps dan tengok gambar-gambar dalam internet tu. Nampak je jambatan, terus je berhenti kat tepi sebab tengok pada masa tu ada orang tengah shoot wedding photography..

pullman putrajaya

Port pertama aku pergi, kat jambatan. Nama jambatan ni aku pun tak ingat, tapi jambatan ni boleh nampak hotel yang aku duduk masa aku kat Putrajaya, Pullman Hotel & Lakeside Resort. Kalau korang tahu, bolehlah tolong jawabkan ye.

Kebetulan masa tu matahari baru nak terbenam..aku terserempak la dengan dua orang photographer pada masa tu nak mencari sunset juga. Aku pun sembang la dengan orang yang memang expert dengan kawasan sini. Memang banyak tips aku dapat. Kat port mana yang best dan waktu bila yang best. Katanya kat kawasan aku shoot tu, shoot sunrise paling best..kalau nak shoot sunset, duk kat bawah jambatan tu.

Dapat je tips daripada 2 brader photographer tu, aku pun terus la pergi ke bawah jambatan tu. Depa pun tunggu juga sebab nak tunggu ‘blue hour’ sebab masa ni keadaan awan bertukar warna. Memang tak ramai photographer dapat moment macam ni untuk sunset. Aku pun bukan reti sangat bab-bab landscape photography ni. Banyak tengok kat Youtube je..haha..

putrajaya

So aku pun shoot, dan macam dalam gambar ni la hasilnya apabila aku duk bawah jambatan tu. Kiranya jambatan ni dekat dengan PICC, Putrajaya. Gambar aku shoot bukan cantik mana pun, tapi jadilah, untuk kepuasan diri sendiri, jadilah gambar macam ni. Hasil tutorial dalam Youtube tu, aku pun ambil lama mana yang aku boleh faham dan cuba aplikasikan.

Lepas tu aku ngan wife aku pun gerak ke port seterusnya. Dari jambatan tu, aku memang nak sangat shoot Masjid Besi, Putrajaya, depa kata senang je, jalan terus je, terus jumpa masjid tu. Nampak lagi satu jambatan..aku tengok memang ramai sungguh orang duk lepak berhenti kat jambatan tu. Nama jambatan tu kalau tak silap Jambatan Wawasan. Tengok sebelah kiri ada masjid besi, tengok sebelah kanan ada masjid putrajaya..nampaknya apa yang aku idamkan selama ni bakal menjadi kenyataan.

Apa lagi, pacak tripod, dan terus set shoot. Berpeluh gak la malam tu sebabnya memang malam tu agak panas. Apa yang paling tak best sebenarnya, kami belum makan lagi sejak petang tadi..Memang berkeroncong abis perut lepas shoot. Hasilnya korang boleh tengok macam kat bawah ni…Tak seberapa pun, cuma Masjid Besi tu rasanya ada port lain kot untuk shoot ataupun aku kena pergi rapat lagi supaya composition aku lebih menarik untuk shoot. Tapi takpe, mungkin lain kali boleh pergi lagi untuk cari port best nak shoot…:D

masjid-besi

masjid-putrajaya

Untuk info, aku shoot menggunakan Nikon D610, Lense Nikkor 24-70mm f2.8, ISO100, W/B 5000K cuma Shutter Speed dan Aperture aku gunakan nilai yang berbeza-beza sebab nak try and error. Aku shoot menggunakan RAW Quality dan gambar-gambar ini semua telah diedit oleh Adobe Lightroom 5. Senang nak edit file RAW ni..cuma space memori kad korang tu kena la besar sikit ye.

Bagi korang yang jarang shoot guna DSLR ni mungkin nampak cantik, tapi bagi aku masih banyak lagi kot yang perlu ditambah baik. Kena gunakan filter untuk dapatkan hasil yang lagi mengancam sampai boleh buat orang menangis..ehehe..Inilah kepuasan yang aku dapat apabila shoot menggunakan DSLR.

Kalau korang shoot menggunakan kamera DSLR entri level pun boleh buat macam ni. Banyak je tutorial free ada kat Youtube tu. Tinggal malas dan rajin je nak pergi shoot pada waktu-waktunya..

p/s: Entri SBB2015 nanti-nanti la aku tulis..hohoho..sebab macam panjang je plak kan nak tulis..ahaha.

15 Comments

  1. Permatamama July 2, 2015
  2. Uncle Zuan June 19, 2015
  3. musadun June 18, 2015
    • reez June 18, 2015
  4. siti hazreen June 17, 2015
    • reez June 17, 2015
  5. hazman aka species1980 June 16, 2015
    • reez June 16, 2015
  6. Jie Susanos June 16, 2015
    • reez June 16, 2015
  7. Noriza Rahman June 16, 2015
    • reez June 16, 2015
  8. titan June 16, 2015
    • reez June 16, 2015
  9. Azzahairi June 15, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.