RBTM Cheese

Pagi tadi aku ke Seri Iskandar untuk ambil album yang aku dah tempah seminggu lepas untuk Wedding salah seorang client aku la. Kalau sesape tak tau lagi, ini web Fotografi Perkahwinan kalau korang rasa berminat nak ambil aku jadi wedding photographer, boleh la contact ye.

rbtm-cheese

Ok, ini bukan cerita aku pergi ambil album..ini sebab aku nak rasa RBTM Cheese yang sudah lama rasanya tak pekena. RBTM Cheese ni bagi penduduk Seri Iskandar atau bebudak UTP kompem tahu menu ni dan rasanya depa pun jemu dah.

rbtm-cheese

Aku tahu pasal menu RBTM Cheese ni pun dari salah sorang Blogger UTP gak, kalau korang kenal puteri tweet ni, kenal la kot..tak henti tweet je kejenya..aku dapat tahu menu ni dari dia..dia yang duk menghasut…sekali terjebak.

Panduan Buat Cupcake Sedap

Nama kedai yang jual menu ni dan boleh katakan the best la..adalah Restoran Bayan..sebelah Bank Rakyat Seri Iskandar atau kalau korang nampak KFC Seri Iskandar..dekat sebelah tu je. Kalau korang dari Ipoh, masa perjalanan lebih kurang setengah jam je ikut Lebuhraya Ipoh-Lumut tu. Kalau korang pernah pergi Pangkor pernah lalu le situ.

Apa maksud RBTM tu? Roti Bakar Telur Manis (RBTM) haa..itu lah maksudnya..bukan Roti Bakar Telur Mamak tau..ahaha..ramai duk gegurau cenggitu..yeyek je bila imagine..korang ni tak baik tau..Kalau korang ada masa datang Seri Iskandar boleh le singgah situ untuk pekena.

Aku tak pasti kat tempat korang ada ke tak menu ni sebabnya kat Ipoh memang tak dijumpai langsung kat kedai mamak seluruh Ipoh ni haa..tak ke rare sangat menu tu kan?

Macam mana dengan rasanya?

Rasanya lemak manis je gitu sebab ada cheese tu..boleh juga kalau korang mintak RBTM sahaja dan takde cheese..rasanya agak kurang la kalau korang tak mintak yang cheese..tak silap aku harganya RM3.50 sepinggan…agak mahal kan? Dulu sebab rasa gian punya pasal..sanggup lepas keje terus je drive pergi sana dan makan sepinggan…rasa puas terus balik..:P

Dah abis makan tadi..terus ke TGV..tengok cite kartun ngan wife….hehe..ape nama cite Meatball tu…:P

16 Comments

  1. Hazmin Hamudin October 7, 2013
    • reez October 7, 2013
  2. akubiomed October 6, 2013
    • reez October 6, 2013
  3. Juan October 6, 2013
    • reez October 6, 2013
  4. titan October 5, 2013
    • reez October 5, 2013
  5. hafizmd October 5, 2013
    • reez October 5, 2013
  6. hafizmd October 5, 2013
    • reez October 5, 2013
  7. Irwan Alessa October 5, 2013
    • reez October 5, 2013
    • hafizmd October 5, 2013
      • reez October 5, 2013

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.