Resepi Burger Sedap

Resepi Rahsia Burger Sedap ni memang tak ramai yang tahu buat. Kebanyakan stall burger yang ada di tepi-tepi jalan ni menggunakan resepi sendiri tanpa mengambil kira rasa burger tu selepas dimasak. Apa yang popular aku tengok, penjual burger ini menggunakan bahan perasa dari jenama Maggi supaya ianya menjadi lebih sedap. Ada juga yang menambahkan buah-buahan seperti nenas atau epal di dalam lapisan burger berkenaan. Tapi selera aku memang tak kena la kalau letak buah nenas atau epal tu..tak sedap rasa nak menggigit.

Resepi Burger Sedap

Apa yang membuatkan Burger yang dimasak itu sedap?

Ada banyak faktor sebenarnya kalau nak tengok. Bagi penjual burger yang serius, memang faktor rasa sedap ini sebenarnya membuatkan ramai orang akan datang. Tak kira la bila dan apa yang penting stall burger tu menjalankan perniagaan secara serius, sebab ada juga aku tengok stall burger ni lebih banyak hari tutup dari hari dia menjual, padahal burger dia punyalah sedap. Tak ke rugi macam tu?

Kalau macam kisah burger yang aku ceritakan sebelum ini, ramai orang suka beli burger kat situ pasal cepat dan juga cara penyediaannya buat orang rasa terhibur disebabkan tangannya yang cepat tu, macam mana plak korang buat bisnes burger? Adakah terdapat sesuatu yang membuatkan pembeli berasa nak tunggu lama disitu dan tak terasa pun lama menunggu? Kalau burger korang tu sedap, takde masalah rasanya orang nak tunggu lama..asalkan dapat makan burger sedap tu kan? 😀

Download Resepi Rahsia Burger Sedap Di Sini

Kalau ikut selera aku plak, antara faktor yang membuatkan burger yang dijual itu sedap adalah seperti berikut:

1.Orang yang menjual tu pakaiannya bersih dan tak la serabut.

2.Ada awek cun yang membungkus burger tersebut atau awek tu sendiri yang memasak burger sedap tu..ehehe.

3.Kandungan Mayonis + Sos yang menyegarkan dan tidak disimpan terlalu lama

4.Jenis daging burger yang sesuai

5.Cara memasak (penting)

Tips Masak Burger Sedap

Nampak tak kat situ? Bagi aku kalau kesemua faktor tu ada, insyallah burger yang korang jual tu akan laris dipasaran. Tambah plak point nombor dua tu..rasanya kompem la ramai yang datang beli burger korang walau takde yang rasa lapar..hehe.

Cuma perkara yang aku tak suka dengan stall burger ni, ramai plak orang melepak kat situ sampaikan orang nak beli burger rasa tak selesa tunggu situ. Orang hisap rokok, main gitar, ketawa kuat-kuat sampai orang nak tunggu rasa tak selesa..betul tak? Kalau gerai gini, aku pergi sekali tu je lah..lepas tu memang tak nak singgah sebab rasa tak selesa je nak beli..

One Response

  1. Hafizul June 13, 2014

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.