Review Buku Memulakan Bisnes Sendiri Oleh Pn. Ainon Mohd

Jarang sebenarnya aku rajin baca buku fizikal ni. Kalau ebook memang banyak. Tapi aku sangat tertarik dengan buku ini:

Memulakan Bisnes Sendiri : Panduan Bagi Individu yang berminat memasuki dunia bisnes hari ini dan menjadi usahawan berjaya!

Baca tajuk buku ni memang aku sangat tertarik nak membelinya. Memang banyak di rak buku tentang usahawan ditulis. Kebanyakannya menulis mengenai dalam tajuk yang sama.

Review Buku Memulakan Bisnes Sendiri

Tapi apa yang membuatkan aku sangat tertarik sebenarnya adalah isi kandungannya.

Nasib baik buku ini tidak dibungkus dengan plastik, jadi boleh lah aku membelek isi kandungannya. Pada kali pertama aku belek buku ini tidak sempat hendak membelinya.

Kali kedua aku ke MPH, terus aku nak sambar buku ini sebab excited sangat nak baca isi kandungannya. Bagi kalangan usahawan tentu sangat kenal dengan Pn. Ainon Mohd ini yang merupakan salah seorang mentor bisnes yang telah melahirkan ramai usahawan yang telah berjaya.

Tertarik Dengan Susunan Layout Isi Kandungan

Ada la beberapa buku bisnes aku pernah baca, ini merupakan buku bisnes paling syok dibaca. Susunan layout perkataan dan juga susunan ayat secara infografik sangat menarik untuk dibaca dan sangat mudah difahami.

Tambah menarik lagi, dalam setiap bab, ada cerita case study dalam realiti dunia bisnes. Antara isi kandungannya banyak buku bisnes hanya memetik kalau buat bisnes ni dapat untung sekian banyak dengan mudah.

Tak ramai yang menceritakan tentang apakah selok belok bisnes tersebut yang mungkin membuatkan mereka yang baru nak bermula akan gagal di tengah jalan disebabkan permulaan yang sangat mengujakan.

Kena baca dan korang akan tahu sendiri..

Cerita Benar Dunia Bisnes

Dalam dunia bisnes, memang menjadi adat siapa yang mempunyai strategi bisnes yang bagus akan maju ke hadapan. Tapi bagaimana nak pilih jalan yang betul tu, tak ramai yang tahu selok beloknya.

Oleh sebab itu ramai dikalangan usahawan Melayu khususnya mempunyai satu mitos yang sangat tebal di dalam sanubari bisnes mereka. ” Orang Cina Nak Bunuh Bisnes Orang Melayu”.

Tips Memulakan Bisnes Sendiri

Mungkin  ada silapnya sebagai peniaga sudah menetapkan dalam hati yang pesaing kita adalah sebagai musuh kita. Cuba lihat antara isi kandungan buku ini yang sangat bagus untuk direnungkan kembali.

Lihat sahaja nama-nama besar dalam bisnes contohnya bisnes makanan seperti McDonald dan KFC. Mereka bersaing secara sihat untuk mendapatkan keuntungan.

Bagaimana Memulakan Bisnes Aiskrim Dengan Modal Rendah? Klik Di Sini

Jadi mereka menggunakan pelbagai strategi untuk melariskan produk mereka yang mungkin seakan-akan sama contohnya adalah ” Ayam Goreng”. Kalau dapat dilihat, KFC menggunakan cara mereka yang tersendiri.

Begitu juga dengan McDonald yang terkenal dengan burgernya tetapi nak bersaing dengan KFC dalam dunia ayam goreng. Hasilnya mereka BERJAYA juga membuatkan produk mereka popular.

Banyak Kesilapan Perlu Direnung Semula Untuk Mulakan Bisnes

Dalam buku ini, korang juga akan diberikan banyak tips-tips emas dalam dunia bisnes untuk permulaan. Mulakan dengan langkah yang kecil.

Buku Memulakan Bisnes Sendiri

Jangan gopoh nak terus meroket ke atas sedangkan anda belum lagi bersedia untuk mengendalikan bisnes yang sebegitu besar.

Bagaimana Memulakan Bisnes Aiskrim Dengan Modal Rendah? Klik Di Sini

Akibatnya anda akan mudah ditipu dan seterusnya rugi besar. Bisnes anda pun lenyap.

Antara tips best yang boleh korang renungkan adalah seperti tips memilih nama bisnes. Ada pantang larangnya dan apabila korang baca je buku ni, tentu dah terbayang beberapa nama bisnes yang mungkin korang rasa sudah tersilap pilih nama.

Ada banyak lagi perkara menarik dalam buku ini yang harus dibaca bagi mereka yang ingin memulakan bisnes sendiri untuk lebih berjaya. Bagi yang dah ada bisnes pun boleh baca untuk pedoman.

Banyak kisah benar dunia bisnes dalam buku ini dibongkarkan satu persatu. Bisnes kecil sampailah bisnes yang berjuta-juta nilainya.

Jadi sebelum korang tersilap langkah, bacalah buku ini sebagai pedoman dalam dunia bisnes agar tidak tersalah langkah dikemudian hari.

Tak percaya, cuba baca sendiri dan renungkan..

p/s: Penulis tiada mendapat apa-apa komisen review buku ini, semuanya ikhlas disebabkan isi kandungannya yang sangat bagus!

9 Comments

  1. Asyraf Asri January 17, 2018
  2. Raihanah January 1, 2018
  3. Anuar December 28, 2017
  4. encikhafiz.com December 27, 2017
    • reez December 27, 2017
  5. Bahrain December 27, 2017
    • reez December 27, 2017
  6. Pisyek December 26, 2017
    • reez December 27, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.