Rojak Ipoh Padang #VMY2014

Rojak Ipoh Padang ni kalau korang nak tahu dah lama dah wujud kat Ipoh ni. Entri ni sebagai menyambut entri bro HasrulHassan yang aku tengok duk cerita pasal #VMY2014 ni iaitu Visit Malaysia 2014 yang mana sebagai blogger, aku akan cuba untuk promote Ipoh ni sebagai salah satu destinasi yang unik untuk dikunjungi..Mungkin lebih kepada Visit Ipoh 2014..hehe..

Rojak-Ipoh-Padang

Makan Rojak….Mencari Rojak yang sedap kat Ipoh ni tak susah mana. Lebih kurang macam Penang sebenarnya..aku duk teringat Rojak di Padang Kota Lama..betul ke namanya pun? Pasembur…pehh..

Rojak Ipoh Padang ni merupakan salah satu menu istimewa yang korang harus rasa kalau datang ke Ipoh ni. Sebabnya memang salah satu menu yang amat unik. Ada lagi satu rojak yang sedap kat Ipoh ni, korang boleh dapat di Greentown. Bukan di Greentown Business Center..tapi lokasinya berhadapan dengan Angsana Mall, Ipoh..dulunya dikenali sebagai UO atau Greentown Mall, Ipoh. Kat situ pun sedap.

Actually Rojak Ipoh Padang ni dekat je dengan office aku, so aku kalau rasa nak makan rojak, aku jalan kaki je dan bungkus rojak ni dan makan di pantri opis..lebih nyaman..sebab biasanya tengah hari waktu lunch kan ke panas..:D

Lokasi Rojak Ipoh Padang ni adalah betul-betul berhadapan dengan Sekolah Menengah St.Michael, Ipoh dan bersebelahan dengan Old Town White Coffee Ipoh Padang. Aku tak pasti malam bukak ke tak..rasanya tak kot. So elok korang kalau nak pergi rasa…pergi tengah hari ataupun petang..

Rojak-Ipoh-Padang

Rojak-Ipoh-Padang

Rasa sedap ke  tak?

Kalau tak sedap, takkan la seminggu sekali aku mesti pergi beli Rojak Ipoh Padang ni kan? Harga, korang boleh tengok sendiri kat board tu..kan ke dah ada senarai harga? Masa aku snap gambar ni, tukang masak tu tengah sibuk masak, sebab tengah hari waktu lunch..amat sibuk..memang biasa amat sibuk dengan customer..biasalah..masakannya sedap.

Kalau korang ada masa berkunjung ke Ipoh sempena Tahun Melawat Malaysia #VMY2014 nanti, jangan lupa singgah di Rojak Ipoh Padang ni ye..kualiti makanannya amatlah berkualiti dan amat sedap. Tak rugi untuk mencuba sesuatu yang unik kan?

Berikut aku sertakan sekali peta lokasinya supaya korang mudah untuk tengok dimana lokasi sebenarnya ye?

Lokasi Rojak Ipoh Padang

Peta Lokasi Rojak Ipoh Padang

10 Comments

  1. kucinghitam November 4, 2013
  2. Mohd Shubhi October 31, 2013
    • reez October 31, 2013
  3. Akuro San October 31, 2013
    • reez October 31, 2013
  4. Man October 31, 2013
  5. titan October 30, 2013
    • reez October 30, 2013
  6. Bro Framestone October 30, 2013
    • reez October 30, 2013

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.