Roti Gardenia Tiada Di Sarawak & Sabah

Korang suka ke Roti Gardenia ni? Ke korang suka Cupcake lebih lagi sebab lebih comel?Aku suka roti ni sejak sekolah lagi rasanya..memang lembut je kan berbanding roti-roti jenama lain tu. Memang macam dalam lagu dia yang femes tu, “Sungguh Enak Dimakan Begitu Saja”..betui la tu..aku adakalanya time kelaparan sangat tu, memang bedal je..takde jem pun takde hal.

roti gardenia tiada di sarawak & sabah

Tahu tak korang yang Roti Gardenia ni tak dijual di Sabah & Sarawak?

Apa sebabnya aku pun tak tahu..setakat yang aku tahu sebabnya wife aku dulu pernah bekerja di sana dan satu kenyataan yang aku terasa lawak..Roti Gardenia tak jual kat sana…huh? Rasa nak gelak pun ada..tapi itu realitinya..masa dia nak balik sana je dulu tapau Roti Gardenia dalam 3-4 bantal…haha..

Apa best Roti Gardenia ni?

Aku sebenarnya baru tahu yang memacam cara nak makan bagi lagi sedap..ohho..itupun wife aku yang ajarkan..memang best kawen ni kan..hehe..yang belum kawen tu sila lah kawen….*ttibe plak..

Antara yang aku telah kenalpasti..cara nak makan ada pelbagai..paling best kalau Roti Gardenia ni..

1.Dibuat Sandwich dengan Sardin atau Telur…tapi tengok orang buat gak la..kalau dia buat sedap, maka bertambah sedap la kan sandwich tu

2.Sedap dimakan dengan aiskrim..aiskrim yang dalam tuppaware tu kan…fuh..memang kalau aku makan..kena beli versi Jumbo tu..sekali makan abis lebih separuh..:P

3.Sedap dimakan bersama ‘kuah durian’..kot sape pernah makan kuah durian, tahu le nikmatnya..tambah plak kuah tu baru dimasak..mak ai…biasanya aku beli sampai dua bantal JUMBO tu..2 hari abis le..kekadang tu sehari je abis….gila tak gila makan roti gitu..

Ada aku tengok kat Google…ada gak yang menggoreng roti ni..ke itukah namanya Aiskrim Goreng? erm..aku sendiri belum pernah rasa..sebab aku bayangkan aiskrim tu dimasukkan dalam kuali..dan diangkat keluar..mana rupanya tah….ahahaa

Kot ada dah dijual roti ni sekarang ni aku tak tahu le kan..maybe ada reader dari Sarawak boleh komen ke?haha..erm..antara Cupcake ngan Roti Gardenia, rasanya aku prefer Roti Gardenia lagi rasanya..

20 Comments

  1. SuperNifz March 5, 2015
  2. mtab December 7, 2013
    • SuperNifz March 5, 2015
  3. Juan September 29, 2013
    • reez September 29, 2013
      • Juan September 29, 2013
        • reez September 29, 2013
  4. reez September 27, 2013
  5. hafizrahim September 27, 2013
    • reez September 27, 2013
  6. Hazmin Hamudin September 26, 2013
    • reez September 26, 2013
  7. Osman September 26, 2013
  8. titan September 26, 2013
    • reez September 26, 2013
  9. Mus September 26, 2013
    • reez September 26, 2013
      • shah danial September 27, 2013
  10. anuar September 26, 2013
    • reez September 26, 2013

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.