Roti Telur Goyang Menu Unik Sarapan Pagi di Ipoh

Roti Telur Goyang di Ipoh ni memang sudah sinonim dengan menunya untuk sarapan pagi. Kalau ada yang berkesempatan nak cari tempat makan best di Ipoh ni, kena cari menu ni dulu. Aku anggap, ini sebagai pembuka selera je..hehe

roti-telur-goyang

Untuk list makanan yang best-best kat Ipoh ni kalau nak tengok, boleh rujuk di kat atas tu ye. Ada banyak sebenarnya tempat makan yang best dan juga murah serta santai selain daripada tempat makan hipster, aiskrim hipster tu.

Tempat hipster biasanya kompem la agak mahal ye tak. Tempat murah macam ni memang ramai yang mencari. Tambahan pula untuk sarapan pagi. Tak gitu?

Biasanya kalau nak kenyang, aku makan sampai dua set lah..satu set sepinggan macam ni. Letak lada sulah dan juga kicap sikit untuk menambahkan rasa sedapnya. Memang meleleh…

Ada sesetengah tempat panggil nama lain, aku panggil roti bakar telur goyang je atau roti telur goyang. Macam-macam nama ada. Terpulang la kepada korang nak panggil nama mana satu.

Di Mana Nak Cari Menu Roti Telur Goyang Ni?

Lokasi ada banyak. Tapi kalau nak mudah tempatnya korang boleh cari di Medan Selera Dato Sagor berhadapan dengan Masjid Negeri Ipoh dihadapan stesen keretapi Ipoh tu.

Korang boleh pergi juga ke Medan Selera Stadium di Stadium Ipoh. Jangan pergi malam, sebab ini adalah sarapan pagi. Jangan mamai sangat datang malam, sebab medan selera stadium ni meriah waktu pagi je.

Selain tu juga korang boleh dapatkan menu ini di mana-mana kopitiam di Ipoh ni. Tapi untuk Chinese atau Indian la biasanya pergi tempat makan tu.

Boleh juga kalau korang rajin nak buat sendiri. Cuma yang agak rare adalah rotinya…

Ada yang cuba buat gunakan roti Gardenia, tapi tak menjadi macam yang ini. Memang power pakai roti ni. Sedap dan lembut je apabila digandingkan dengan telur bergoyang tu.

Maaf la kalau korang rasa tak tahan tengok gambar ni. Ada yang rasa loya kalau tengok gambar macam ni dan ada yang tiba-tiba lapar..(macam aku)…hahaha..

Apa pun alasannya, ini adalah salah satu menu sarapan pagi unik yang korang boleh rasa jika datang melawat Ipoh. Kalau nak melawat Ipoh cari tempat makan, bukan sehari je..korang wajib datang 3-4 hari baru sempat nak rasa menu-menu yang unik ini.

Itupun kalau korang pandai cari…kan?

p/s: Jika ada sesiapa sekitar Ipoh ni nak aku reviewkan restoran korang, boleh contact aku untuk kita bincang..ok? 😛

9 Comments

  1. Ahmad November 29, 2016
  2. Oyong Ilham September 30, 2016
  3. Bahrain September 20, 2016
  4. titan September 20, 2016
  5. Raihanah September 20, 2016
  6. Kaklong September 19, 2016
    • reez September 19, 2016
  7. Uncle Zuan September 19, 2016
    • reez September 19, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.