Sejuknya Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas

Sempena Cuti Hari Malaysia hari ni, aku ngan wife bercadang untuk melegakan kepala otak ni dari kesibukan kota. Kalau dulu, asal cuti je, lepak kat rumah je ataupun pergi tengok wayang je. Aku pun dah lama tak lepak kat air terjun, so aku bercadang nak pergi ke Hutan Lipur Ulu Licin yang terletak di Beruas.

Pada mulanya dalam perancangan semalam kami berlima nak pergi ke sana dan ada sorang lagi dari Manjung akan tunggu di sana. Tapi tetibe dua orang tak jadi nak pergi, so hanya berempat je gerak dari Ipoh. Untuk maklumat, kalau korang nak pergi ke Hutan Lipur Ulu Licin ini, perjalanan dari Ipoh mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih la. Itupun tengok juga korang ikut jalan mana satu.

Hutan-Lipur-Ulu-Licin

Bagaimana Cara Nak Ke Hutan Lipur Ulu Licin?

Ada dua cara untuk ke sana dari Ipoh. Sama ada menggunakan lebuh raya Ipoh-Lumut dan susur keluar ke Parit dan menuju ke Pekan Beruas dari Pekan Parit untuk ke sana. Hutan Lipur Ulu Licin ni lebih kurang 15 minit je dari Pekan Beruas. Lagi satu cara adalah korang melalui susur keluar ke Beruas sebelum sampai pekan Seri Manjung tu. Disebabkan jauh sangat, aku ambil keputusan ambil susur ke Parit, lebih dekat dan aku lebih familliar sebabnya memang kampung aku kat Parit, Perak.

Aku tahu lokasi hutan lipur ni pun sebab tahun lepas kalau tak silap aku ada shoot wedding di sini dan outdoor di Hutan Lipur Ulu Licin. Tak sangka baru berkesempatan untuk mandi manda di sini. Memang best sekali pengalaman mandi kat sini sebabnya memang tak kedengaran langsung kesibukan kota….hanya sayup-sayup burung berkicau je…

Lepak-Di-Hutan-Lipur-Ulu-Licin

Sebelum sampai, aku dah fikir, nanti ramai orang..macam mana agaknya ye..Alhamdulillah, ada port yang kami dapat letak tikar dan mulakan aktiviti makan-makan sebabnya masing-masing dah kelaparan sangat. Selesai je makan, terus semua nak turun ke dalam air. Sejuknya memang tidak terkata. Maklumlah, lama sungguh plak aku tak turun mandi air terjun ni…Air pun jernih je dan lokasi untuk kami berkelah pun terjaga…cuma yang tak berapa best, kehadiran lalat yang boleh dikatakan banyak juga…taktau la pasal apa..

Lepak-Di-Hutan-Lipur-Ulu-Licin

Semasa mandi, kami dikejutkan pula dengan kehadiran katak air yang lalu betul-betul di depan salah sorang kawan aku tu..fuh..dengan hensemnya katak air tu berenang melintas..punya la besar ooiii..Itu kira ok lagi…tak lama lepas tu, tak jauh dari tempat kami mandi, kecoh plak satu famili tu dengan kehadiran anak ular air yang berenang bersama…

Dalam fikiran aku, ini mesti ada bapak ular akan datang ni…ohoho…Dah terbayang plak cerita anakonda kat televisyen tu..terus aku naik dan depa semua pun pakat naik sekali. Naik, sambung makan dan makan lagi sampai rasa puas..Sedang aku syok layan teh o panas..tetibe lagi sekali kecoh, ada sekumpulan anak muda tengah mandi terserempak dengan ular air…kali ni bapaknya plak…kan aku dah cakap dah? Kali ni tak dapat tangkap seperti sebelum ni…terus terbatal niat nak turun lagi sekali disebabkan kejadian macam tu. Takpe, asalkan niat nak mandi tu dah tercapai dan tempat yang aku pergi tu memang best untuk famili berkelah.

Tapi aku tak galakkan datang selepas pukul 1.00 tengah hari..sebabnya waktu gitu, ramai sungguh orang dan korang nak cari tempat pun nanti susah. Kemudahan untuk salin pakaian ada, tapi mungkin agak jauh untuk menapak di atas bukit…

Masuk Kena Bayar Tak?

Masuk adalah percuma…so takyah la korang risau nak pergi kalau dikenakan bayaran. Ada juga disertakan tapak khemah kalau korang nak berkhemah disitu sekali untuk aktiviti luar korang ke ape ke kan. Sediakan sahaja peralatan yang perlu untuk berkhemah dan sedia sudah semuanya kan.

Minat Nak Pergi?

Kalau korang nak pergi, search je dalam GPS korang tu Pekan Beruas dan ada papan tanda untuk ke Hutan Lipur Ulu Licin tu di Pekan Beruas tersebut. Kalau dari Manjung, kat trafik light, masuk ke kiri, dan masuk ke kanan untuk ke sana. Kalau dari Parit, jumpa trafik light, terus saja dan masuk ke kanan…terus sahaja dan korang akan masuk ke kawasan ladang kelapa sawit. Lebih kurang 5 minit berkereta ke dalam. Hati -hati semasa memandu, jalannya agak sempit..

12 Comments

  1. Hafizul September 29, 2014
    • reez September 29, 2014
  2. luthfi September 23, 2014
  3. Hairul Azni September 19, 2014
  4. jaymiee September 18, 2014
  5. akubiomed September 18, 2014
    • reez September 18, 2014
  6. Manan Qayyim September 17, 2014
  7. titan September 16, 2014
    • reez September 16, 2014
      • titan September 20, 2014
        • reez September 20, 2014

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.