Selamat Berjaya Pasukan Memanah Perak ke SUKMA 2016

SUKMA atau Sukan Malaysia merupakan salah satu acara sukan yang terbesar di Malaysia untuk mencungkil bakat-bakat baru diseluruh negara dan bakal terbitlah juara-juara dunia daripada acara sukan ini. Seluruh atlet terbaik dari seluruh negara berhimpun di negeri Sarawak pada kali ini bermula pada 17 Julai sehingga 31 Julai 2016 ini.

Good Luck Archery Team

Aku hanya tumpukan kepada satu acara sukan sahaja kerana acara sukan itu sahaja yang menjadi minat aku sejak 1999 lagi. Cuma sekarang nak start balik tu agak sukar disebabkan kekangan masa yang tak berapa nak ada.

Seronok ke jadi atlet?

Seronok memang seronok, tapi derita tu ada sebenarnya. Tanggungjawab yang digalas tu membawa nama negeri masing-masing dan mengharumkan nama negeri masing-masing di peringkat kebangsaan. Semua acara sukan dalam SUKMA menepati standard antarabangsa, jadi kesemua rekod yang dicipta akan dicatatkan sebagai rasmi.

Bukan macam acara sukan sekolah tu, kalau tak diiktiraf, memang tak dikira la rekod yang korang buat tu walaupun rekod dunia sekalipun.

Apa yang seronok dah tentulah boleh merasa pergi kejohanan yang besar secara berpasukan. Baju baru, kasut baru, stokin baru, seluar baru. Tengok pada sponsor juga, kalau Majlis Sukan Negeri korang tu banyak duit, memang hebat la pakaian sukan korang tu. Tapi lagi best kalau korang wakil Malaysia ye tak? Confirm selalu naik turun kapal terbang je pergi ke kejohanan.

Team Memanah Perak 2016

Pasukan Memanah Perak

13767382_10206363409070827_2698164864786121099_o

Macam dalam gambar, korang boleh tengok ini merupakan team memanah yang terdiri daripada atlet, jurulatih dan juga pegawai sukan yang terlibat. Acara yang terlibat adalah acara recurve dan juga compound.

Kalau korang tengok, semua besar-besar je kan…memang makan kuat semuanya..ahaha.

Tapi kena la shoot bagi skor yang tinggi dan dapat pingat emas banyak-banyak. Aku baca paper, katanya satu emas, boleh dapat insentif RM3,000 kerajaan negeri Perak bagi. Acara memanah kalau tak silap boleh dapat 6 pingat emas. Belum kira kalau korang buat rekod…fuh…

Aku ucapkan selamat berjaya kepada korang semoga angin di Sarawak tu boleh menjadi tuah kepada korang.

SUKMA 2018….

Cabaran buat negeri Perak, pada tahun 2018 nanti Perak akan menjadi tuan rumah SUKMA bagi tahun 2018. Ada dua sukan besar pada tahun berikutnya iaitu acara Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur dan juga SUKMA Perak 2018.

Perak selaku tuan rumah akan menggalas cabaran menjadi penganjur setelah pada kali terakhir pada tahun 1996 yang lalu, lama sungguh tu. Insyallah pada tahun 2018 nanti aku akan terlibat dalam SUKMA 2018, mungkin sebagai pegawai sukan.

3 Comments

  1. titan July 23, 2016
    • reez July 23, 2016
  2. nikkhazami July 22, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.