Senarai Lokasi “Pasar Malam” & Waktu Beroperasi Bagi Kawasan Ipoh

Pasar Malam memang sudah sinonim dengan orang Malaysia. Tempat di mana rakyat Malaysia mencari barang keperluan harian dengan harga yang murah berbanding di pasar raya.

Tapi betul ke barang di pasar malam lebih murah berbanding di pasar raya?

Sebenarnya bergantung kepada jenis barang yang hendak dibeli. Ada sesetengah tu mungkin lebih suka membeli di pasar malam sebab dekat sangat dengan kawasan rumah.

senarai pasar malam

Sebab biasanya pasar malam ni di buat berdekatan dengan kawasan perumahan. Apa sebenarnya paling menarik di pasar malam adalah pelbagai jenis makanan yang dijual.

Ada yang jual apam balik, aiskrim goyang, ada yang meniaga keropok lekor, jagung bakar, nasi kerabu, mee rebus dan banyak lagi. Boleh dikatakan lebih kurang macam bazar Ramadan la juga kan.

Selalunya pasar malam ada menjual pelbagai jenis keperluan. Sama ada pakaian, makanan, sayur, ikan, ayam dan sampaikan wiper kereta pun juga dijual di pasar malam.

Di pasar malam juga lahir ramai jutawan senyap. Orang kata meniaga pasar malam ni kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kais malam makan malam.

Download Panduan Buat Bisnes Aiskrim

Ye ke?

Ramai je rasanya peniaga pasar malam boleh dapat keuntungan sehingga 4 angka bagi sehari jualan sahaja. Tengok sahaja list pasar malam di Ipoh ini sahaja pun dah banyak. Jadi dalam seminggu kalau ada 3 pasar malam?

Katakan RM3,000 bagi satu malam, untuk 3 malam adalah RM9,000 sahaja sebulan. Meniaga cuma 3 kali seminggu, 3-4 jam sahaja. Lebih dari gaji orang yang kerja kerajaan 5 hari seminggu 8 jam sehari..lumayan tu kan.

Jadi jangan pandang sebelah mata mereka yang berniaga di pasar malam ni..

Senarai Lokasi Pasar Malam di Ipoh

Lokasi ni aku dapat daripada FB Group Ipoh-Ipoh Ajer, jadi korang boleh save dalam ingatan atau boleh bookmark entri ini untuk rujukan di masa akan datang.

ISNIN
1. Pasar Malam Station 18
2. Pasar Malam Tmn Tasek Damai
3. Pasar Malam Taman Ipoh Jaya
4. Pasar Malam Tambun
5. Pasar Malam Bandar Baru

SELASA
6. Pasar Malam Taman SPPK
7. Pasar Malam Taman Panglima
8. Pasar Malam Tmn Perpaduan / Tmn Jati
9. Pasar Malam Bandar Baru Menglembu
10. Pasar Malam Taman Rasi
11. Pasar Malam Tmn Kledang Jaya
12. Pasar Malam Bandar Lahat Baru
13. Pasar Malam Menglembu

RABU
14. Pasar Malam Bandar Baru Putra
15. Pasar Malam Rapat Setia Baru
16. Pasar Malam Taman Mas / Falim
17. Pasar Malam Kg. Tawas
18. Pasar Malam Tmn Pakatan Bercham
19. Pasar Malam Taman Klebang Jaya
20. Pasar Malam Bandar Baru Medan Ipoh
21. Pasar Malam Simpang Pulai

KHAMIS
22. Pasar Malam Bandar Baru Menglembu
23. Pasar Malam Taman Sri Rapat
24. Pasar Malam Taman Mas / Falim
25. Pasar Malam Flat Sri Conolly
26. Pasar Malam Stadium Perak
27. Pasar Malam Desa Pakatan
28. Pasar Malam Silibin

JUMAAT
29. Pasar Malam Taman SPPK
30. Pasar Malam Taman Wing Onn
31. Pasar Malam Taman Temara
32. Pasar Malam Taman Ampang
33. Pasar Malam Chemor
34. Pasar Malam Taman Bersatu
35. Pasar Malam Tmn. Rasi Jaya
36. Pasar Malam Taman Maju Rapat
37. Pasar Malam Pekan Razaki
38. Pasar Malam Medan Klebang Restu
39. Pasar Malam Bandar Baru Putra

SABTU
40. Pasar Malam Kg. Sri Kinta
41. Pasar Malam Taman Bercham Raya
42. Pasar Malam Pekan Anda
43. Pasar Malam Kanthan
44. Pasar Malam Taman Soon Choon
45. Pasar Malam Silibin
46. Pasar Malam Taman Pertama
47. Pasar Malam Taman Ipoh Timur
48. Pasar Malam Taman Rasi

AHAD
49. Pasar Malam Medan Gopeng
50. Pasar Malam Desa Aman
51. Pasar Malam Taman Klebang Jaya
52. Pasar Malam Perindustrian Seramik, Chepor
53. Pasar Malam Taman Desa Rishah
54. Pasar Malam Taman Cempaka

*Jika ada yang nak tambah boleh maklumkan di ruangan komen ye

Korang pula, selalu ke pergi ke pasar malam? Beli apa ye? 😀

5 Comments

  1. nikkhazami February 19, 2018
    • reez February 19, 2018
  2. JMR February 19, 2018
    • reez February 19, 2018
  3. Thenewsia February 7, 2018

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.