Sengkuang Calit Rare Ada Di Ipoh

Sengkuang Calit. Tak kisah la korang panggil apa namanya sekalipun. Masa aku kecik, memang aku rasa makanan ni tak berapa sedap kalau makan macam tu je. Tapi akan jadi sedap kalau diletakkan sos dan juga kekacang di atas tu.

Sengkuang Calit

Tak tahu juga siapakah pencipta makanan ini yang rasanya sangat rare dan payah nak jumpa. Kalau kat Ipoh ni terkenal dengan Cafe Hipster, mungkin susah lagi korang nak jumpa makanan ni, Sengkuang Calit.

Makanan ni dulu makcik aku yang perkenalkan. Sebabnya masa aku kat kampung dulu, lepas sekolah je makcik aku jual sengkuang ni dari rumah. Marketing dari mulut ke mulut je. Masa ni sekeping sengkuang tu boleh dijual dengan harga 20 sen sahaja.

Dulu-dulu 20 sen pun dah kira banyak juga la bagi seorang budak sekolah rendah. Tapi sekarang ni, RM20.00 baru la dikira banyak agaknya. Bebudak sekarang pun dah ada handphone sendiri, zaman aku dulu mana la ada semua tu kan. Sengkuang ni la jadi makanan. Syok layan kalau waktu petang-petang dengan air kopi panas kan?

Khasiat Sengkuang

Sengkuang ni sebenarnya bagus untuk kesihatan badan. Antara khasiat yang salah sorang rakan blogger kongsikan adalah seperti berikut:

1. Mengatasi demam panas
2. Meredakan demam
3. Mampu mengubati selesema dan batuk
4. Melawaskan buang air kecil
5. Penawar demam kuning
6. Mengatasi masalah gout
7. Sesuai menjadi makanan diet.
8. Menghaluskan dan memutihkan kulit – Sesuai untuk semua jenis kulit. Sengkuang mempunyai keistimewaan iaitu melembap dan menegangkan kulit. Warna buah juga membantu menjadikan kulit lebih cerah.

Baca artikel penuh di Aynorablogs.com

Jadi kalau musim panas-panas ni memang elok makan sengkuang untuk menstabilkan suhu badan tu. Lagipun sedap je dimakan. Menyesal pun ada aku beli satu je haritu. Disebabkan aku baru lepas makan laksa aritu, jadi aku cadang beli sekeping je.

Balik rumah nak makan, sekelip mata je aku habiskan. Fuh..punya la layan dengan sosnya tu meleleh dengan kacangnya lagi..memang syok pekena sengkuang ni.

Kat Mana Ada Jual Sengkuang Calit Kat Ipoh Ni?

Sengkuang Calit Best In Ipoh

Kalau korang tengok macam dalam gambar ni, lokasi untuk korang dapatkan Sengkuang Calit ini adalah di Padang Polo, Ipoh ataupun Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz. Kat situ juga ada banyak gerai lain seperti laksa, apam balik, keropok lekor dan memacam lagi.

penyediaan sengkuang calit

Port ni kebanyakannya orang jogging sebenarnya, tapi terkenal juga tempat menambahkan lemak selepas jogging. So kepada korang yang nak kurus tu, kena ada daya ketahanan yang sangat tinggi. Sebabnya makanan kat sini sedap-sedap belaka dan murah pula tu.

Boleh dikatakan ‘street food’ terbaik la korang boleh dapatkan disini. Tapi waktu yang korang boleh dapatkan semua makanan tu adalah daripada pukul 4.30 petang hingga 7.00 malam. Malam hari tak berapa meriah sangat aktiviti kat sini.

Kalau rasa terliur nak rasa sengkuang calit ataupun tak pernah rasa pun bagaimana sedapnya sengkuang ni. Boleh singgah di Ipoh dan cuba sendiri. Harga untuk sekeping sengkuang cuma RM1.00 sahaja. Murah sangat tu beb.

Makanan kalau jadi hipster biasa jadi mahal melampau, tapi sengkuang yang sedap dan besar ni, takkanlah jadi mahal sangat. Aiskrim Malaysia pun dah jadi RM0.50 sebatang, tak gitu?

Salah satu lokasi Tempat Makan Best Di Ipoh yang korang kena cuba. Banyak sebenarnya ‘street food’ yang rare di Ipoh ni yang korang masih tak tahu. Kalau nak beli, jangan beli satu, menyesal macam aku..haha..

22 Comments

  1. Hafizul September 3, 2016
  2. maria August 23, 2016
    • reez August 23, 2016
  3. nikkhazami August 23, 2016
    • reez August 23, 2016
  4. zool August 22, 2016
    • reez August 23, 2016
  5. Raihanah August 22, 2016
  6. siti hazreen August 20, 2016
  7. seri nian August 19, 2016
  8. Nora Karim August 19, 2016
    • reez August 19, 2016
  9. doa qunut August 18, 2016
  10. haffizuliskandar August 18, 2016
    • reez August 18, 2016
  11. Azzahairi August 17, 2016
  12. titan August 16, 2016
    • reez August 16, 2016
      • titan September 6, 2016
  13. Jie Susanos August 16, 2016
    • reez August 16, 2016
  14. turunkan berat badan August 16, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.