Shuib Tiada Lagi Bersama Sepahtu Sinar

Sinar FM menyinari hidupmu..

Dulu aku takde la minat sangat pun sebenarnya nak dengar radio Sinar FM ni sebab bagi aku Sinar FM atau Suria FM ni lebih kurang sama je, taste orang tua tua.

Shuib Tiada Lagi Bersama Sepahtu Sinar

Memang aku selalu dengar ERA FM je masa on the way nak pergi kerja. Tapi sejak Era FM ni dah jadi stesen radio bola sepak bagi aku, makin aku bosan pulak. Lagu memang banyak lagu baru-baru.

Tapi di Sinar FM, aku dapati banyak lagu-lagu era 80an dan 90an yang selalu aku dengar masa sekolah dulu. Sangatlah nostalgia, atau mungkin aku yang dah tua. Zaman kan berubah.

Selalu dengar dalam setengah jam je daripada pukul 7.00 pagi dari rumah dan sampai ofis 7.30 pagi atau 7.45 pagi tu je. Sambung dengar radio kat ofis aku juga sambil-sambil buat kerja.

Tadi kat ofis aku ada perhimpunan bulanan, jadi memang agak lewat le aku dengar radio semula. Dalam pukul 10.00 pagi tu baru dengar balik. Waktu ni segmen Kak Bed.

Terkejut juga dengar Kak Bed cerita yang Shuib Sepahtu buat keputusan untuk berhenti dari Sepahtu Sinar. Tambah terkejut lagi katanya isterinya Siti Sarah dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas.

Selama aku dengar Sepahtu Sinar, memang aku dapat rasa Shuib ni selalu sangat cuti. Mungkin juga isterinya selalu sakit-sakit dan tambah pula dengan komitmen kerjanya yang memang padat.

Sebab itulah antara Shuib buat keputusan untuk meninggalkan Sepahtu Sinar yang pada hari ini genap sudah 2 tahun mereka bersiaran.

Sayu juga dengar luahan rasa Shuib kepada Jep dan Rahim pada pagi tadi. Yelah, aku rasa kalau tanpa Shuib, memang Sepahtu Sinar ni tak lengkap, dan kurang resepi kelakarnya.

Ada masa Jep ni melalut yang bukan-bukan, Shuib ni la yang menjadi orang yang kembali ke jalan yang benar dan teruskan rancangan. Biasalah kalau depa dah bersembang, memang melalut entah kemana.

Aku sebagai peminat, harapkan yang terbaik bagi Shuib dan kerjayanya dalam bidang seni. Secara tak langsung aku dengar Sepahtu Sinar, dapat juga aku kenali mereka ni dengan lebih rapat lagi walaupun tak pernah jumpa.

Perit nak tinggalkan sesuatu yang memang dah lama sayang yang dah lama sebati dalam jiwa yang bergelar Shuib Sepahtu ni.

Walaupun kekadang ada Abang Jem, Cik Piah ataupun Adi menggantikan, memang tak sama langsung dengan adanya mereka bertiga sekali. Terus rasa seronok bawak kereta pagi-pagi nak pergi kerja.

Diharapkan keputusan Shuib untuk berhenti adalah yang terbaik, Insyallah bro, rezeki ada dimana-mana sahaja. Semoga berjaya hendaknya walau apa yang bro buat ye.

p/s: Harap Sepahtu Reunion ada lagi lah Shuib ye…:D

11 Comments

  1. titan December 7, 2017
  2. Pisyek December 6, 2017
  3. sabree hussin December 6, 2017
  4. zool December 6, 2017
  5. rujukan December 5, 2017
  6. Raihanah December 4, 2017
  7. amirulfaiz December 2, 2017
    • reez December 2, 2017
  8. Manan December 1, 2017
  9. Amir Mazlan November 30, 2017
    • reez December 1, 2017

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.