Simbol & Makna Pada Meter Kereta

Kereta merupakan kenderaan yang paling banyak sekali digunakan untuk kegunaan seharian berbanding lori ataupun van. Selain selesa untuk dibawa kemana-mana, dengan membawa kereta perjalanan jauh menjadi lebih mudah dan selamat.

Bagi mereka yang dah lama bawa kereta, tentu dah tahu sangat apakah simbol-simbol yang muncul pada meter kereta setiap kali suis di’on’kan. Biasanya kalau suis dah on akan menyala lampu supaya tali pinggang keledar dipasang untuk keselamatan.

Selain itu, akan menyala juga lampu ‘handbrake’ selagi kereta korang tu tak diturunkan handbrake dan juga meter gear juga akan menyala menandakan gear pada tahap mana pada ketika enjin dihidupkan.

Aku ni pun bukan pandai sangat tentang kereta, tapi kalau korang dah ada kereta sendiri, memang wajib korang tahu beberapa perkara asas untuk penjagaan kereta. Contohnya seperti menambah air untuk wiper, menambah air pada coolant, ataupun melihat paras minyak enjin jika korang dah lama tak menukar minyak enjin.

simbol-pada-meter-kereta

Cuba korang lihat simbol-simbol pada gambarajah di atas ni. Kalau ada simbol lain daripada kebiasaan tu, mungkin boleh rujuk apa masalahnya dan segera ke pusat servis berhampiran jika masalah tersebut serius dan boleh membahayakan korang sebagai pemandu.

Untuk menambahkan jangka hayat kereta korang tu, memang sangat penting untuk menjaga enjinnya. Janganlah abaikan penukaran minyak enjin kerana akan menyebabkan korang menanggung kos yang tinggi di bengkel nanti.

Takut Kena Tipu Di Bengkel Kereta

Klik je banner kat atas ni dan korang boleh dapatkan Panduan Lengkap Jaga Kereta dengan mudah. Dah tentu korang boleh dapatkan macam-macam tips supaya korang tidak mudah ditipu di bengkel-bengkel kereta.

Zaman sekarang lelaki atau perempuan tu sama je. Bukan semua lelaki pun tahu pasal kereta ni. Ada yang sampai tak tahu kat mana radiator ataupun kat mana nak periksa minyak enjin cukup atau tidak.

Apa pun panduan ni memang amat berguna sebagai persediaan di kemudian hari. Contohnya kalau korang dapat lihat salah satu lampu menyala di meter kereta korang. Korang biarkan je ataupun tergesa-gesa ke bengkel.

Korang pun panik dan terus percaya apa yang mekanik kereta tu cakap kena tukar itu dan ini. Sekali sebenarnya yang rosak mungkin cuma spare part yang murah dan kecil sahaja. Dah murah kalau korang tahu apa sebenarnya punca masalah tersebut.

Mungkin korang rasa tak perlu ilmu ini semua, tapi kalau keadaan kecemasan, korang dah tahu apa yang harus dilakukan tanpa rasa panik.

Dapatkan Panduan Lengkap Jaga Kereta Sekarang!

11 Comments

  1. Uncle Zuan November 17, 2016
  2. Bajet Kahwin November 11, 2016
    • reez November 12, 2016
  3. thehaikal November 8, 2016
  4. Adam November 8, 2016
  5. Perawat Sihir November 7, 2016
    • reez November 8, 2016
  6. nikkhazami November 6, 2016
  7. Anuar November 5, 2016
  8. Kereta Sewa November 3, 2016
  9. raihanah November 2, 2016

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.