Streamyx Masalah Sila Dail 100

Tak silap aku, baru masuk Streamyx aritu baru je lagi tak sampai pun enam bulan lamanya. Memang sedap apabila aku ambil pakej streamyx yang speednya 4mbps, yang mana aku kena bayar RM140 sebulan. RM150 untuk 8mbps..tambah RM10.00 je lagi masa tu..tapi disebabkan kawasan rumah aku tak dapat speed tu apabila ditest..apatah lagi streamyx..redha je la dengan 4mbps sahaja.

speed streamyx

Minggu pertama pakai memang macam kejutan budaya je. Download movie 1GB…tak sampai setengah jam pun..check speed dekat 5mbps..pehh..itu pun dah rasa laju gila..apatah lagi kalau 8mbps tu kan.

Rasanya dah dekat 3 minggu aku rasa internet aku ni slow. Sebab apa? Aku download movie dari direct link terasa slow, duration apabila aku guna Internet Download Manager, jadi 1 jam..aku jadi hairan plak dengan kejadian gitu. Aku angggap kan lepas restart modem, akan ok la kan..tapi still sama..aku cuba buat selama 3,4 hari..still sama juga speednya.

Aku ada baca kat mana tah, kalau ada masalah, dail 100 je untuk dapatkan bantuan. Kali pertama aku call 100 untuk bantuan, katanya area number telefon aku ni ada masalah dan akan ok pada 21 Oktober yang lalu. So aku biarkan dulu sampai la hari ini iaitu pada 28 Oktober 2013. Seminggu juga la kan aku tunggu untuk ok.

Tadi lepas maghrib aku try calling lagi, nasib baik la kan telefon wireless..boleh jenjalan sana sini bawak fon tu. Aku call, ingatkan robot yang angkat..oho..ada juga manusia..

Aku takde la maki hamun operator tu, sebab dia pun greet aku dengan baik..takde masalah..Aku pun takde masalah lagi atau hangin dengan Streamyx lagi buat masa ni. So aku pun ceritakan lah masalahnya..

Aku : Saya nak buat aduan, streamyx saya tak dapat la speed 4mbps..bila saya check, 3mbps pun tak pernah lepas.

Operator: Boleh saya dapatkan no telefon streamyx encik?

Aku: ok..bla bla bla bla…

Operator: Sekejap, saya periksa, nombor telefon encik 016..bla bla..

Aku: Ye, betul.

Antara soalan yang dia tanya adalah seperti berikut:

1.Jenis model modem tersebut

2.Jenama laptop dan juga OS aku

Setelah bagi semua details tu dia pun check yang dalam sistem mereka pun memang tak capai speed. So dia suruh restart modem dan check di laman web Streamyx SpeedTest ni..aku baru tahu wujudnya web ni..selama ni google je..Aku pun restart dan tunggu 30 saat untuk on balik..setelah sembang lebih kurang, aku tekan button on dan tunggu sekejap untuk check di laman web berkenaan.

Still sama……..

Kemudian, dia confirmkan nombor telefon handphone dan juga no telefon streamyx aku dan minta aku ambil pen dan kertas untuk catatkan nombor report..aku dah tahu pasal ni sebabnya aku pernah terbaca di blog..ke..kat forum ke..itu la untung ada internet dan jadi blogger..hehe..

So dah catat, dia bagitahu, dalam masa 24 jam Streamyx akan call dan maklumkan jika nak rujuk aku nanti..kena save nombor report le nanti kot supaya senang aku nak rujuk nanti. Aku harap dapat la setel secepat mungkin..kos bulanan boleh tahan mahal..tapi speed yang aku dapat..tak sampai separuh pun..jadi sebagai pengguna, aku ada hak untuk mendapatkan servis yang aku bayar…korang juga harus tahu hak korang sebagai pengguna. 😀

Untuk rujukan korang

Nombor telefon call streamyx – 100 

Web untuk check speed internet – http://speedtest.streamyx.com.my

6 Comments

  1. reez October 29, 2013
  2. titan October 29, 2013
  3. reez October 29, 2013
  4. Bahrain October 28, 2013
  5. KiD October 28, 2013
    • reez October 28, 2013

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.