Suara Anis Syazwani Yang Memukau

Kalau sebut nama Anis Syazwani ni rasanya ada yang sudah kenal dengan beliau ni dan mungkin ada yang mungkin pertama kali dengar..macam aku le kot…ahaha..Sebabnya kebetulan semalam aku cari video-video tentang AJL29 semalam. Aku tengok balik video Calliph Buskers punya persembahan yang menggantikan kumpulan MOJO sebenar semalam, tetiba aku terjumpa satu video…Anis Syazwani dengan group dia…terpinga-pinga sekejap aku dengar lagunya..Kalau ada yang belum baca lagi entri Malaysia Best Blog 2015 aku ni, cecepat gi baca dan kemudian tengok video kat bawah ni plak.

 

Terus aku dengar lagi dan lagi video-video yang dia ada di Youtube pagenya..mak ai..memang dia ni artis…kompem..aku je yang tak tahu, dia bergerak secara underground ni..suaranya memang lunak merdu dan boleh buat aku menitis air mata, atau tergelak sesorang mendengarnya. Memang itu salah satu kriteria ‘suara sedap’ yang aku maksudkan kalau dalam apa-apa pertandingan nyanyian sekalipun.

Kalau korang tengok video kat atas ni, ada video Anis Syazwani menyanyikan lagu RomanCinta versi dia sendiri..fuh..asyik sungguh rasanya. Rasa nak goyang-goyang badan je tengok dia nyanyi..Lenggok suara, tone, semuanya sedap..perfect la katakan. Rasa macam nak jemput dia je kot ada apa-apa majlis..rasanya mahal ye tak?

Komen AJL29 Semalam?

Satu perkara yang aku dapat lihat semalam, walaupun banyak kontroversi yang timbul. Ada yang kata promosi Qu Puteh tu keterlaluanlah dan memacam lagi, aku masih enjoy lagi persembahan semalam. Antara yang best aku tengok semalam sudah tentu Kumpulan MOJO featuring Calliph Buskers, persembahan Dayang Nurfaizah, dan ramai lagi yang aku rasa memang amat gempak.

Walaupun aku sangkakan MOJO menang pada malam tu, memang meleset sama sekali. Lagu ‘Apa Khabar’ menjadi johan pada AJL29 kali ini. Dah memang rezeki depa kan..aku pun jarang menghayati lirik lagu ni, mungkin ada sesuatu yang unik kot ye tak?

Anis Syazwani Bila Nak Masuk Mainstream?

Pertanyaan dah macam wartawan plak aku ni kan? Sebab aku tengok dia ni macam aktif di Youtube dan di event-event je. Cantik orangnya dan suara menawan plak kan. Kot dia baca la kan blog ni..hohoh..tolong le reply macam mana nak tengok Anis menyanyi live?hehe..mana le tahu kan bleh shoot potraiture Anis ke nanti kan?

21 Comments

  1. Adam Roslan February 4, 2015
  2. Kereta Sewa Shah Alam February 2, 2015
  3. Ayu Jafri January 29, 2015
  4. Nurul January 26, 2015
  5. AZENI AHMAD January 21, 2015
    • reez January 21, 2015
      • AZENI AHMAD January 21, 2015
        • reez January 22, 2015
          • AZENI AHMAD January 22, 2015
  6. Hanafi Abdullah January 20, 2015
  7. blogger lelaki January 20, 2015
  8. Halim Brothers January 20, 2015
  9. Jie Susanos January 20, 2015
  10. AUC January 19, 2015
    • reez January 19, 2015
  11. anuar January 19, 2015
  12. emalinmohd January 19, 2015
  13. titan January 19, 2015
    • reez January 19, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.