Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Telekung merupakan pakaian yang digunakan oleh muslimah untuk bersembahyang. Sudah semestinyalah telekung yang dipakai haruslah memenuhi syariat dan sah dipakai untuk bersembahyang. Bagi mereka yang mungkin terlupa, salah satu syarat sah solat adalah “menutup aurat”, jadi pastikan korang memilih telekung yang betul supaya tidak terbatal solat korang. Telekung Reehans Pilihan Muslimah salah satu daripada beratus-ratus produk yang ada di pasaran ketika ini yang mungkin menarik ramai muslimah diluar sana untuk memakainya.

Walaupun pernah juga kecoh dengan beberapa isu tentang telekung muslimah ini seperti isu telekung “lycra“, telekung Frozen dan tidak kurang juga telekung berwarna. Tiga isu ini memang hangat diperdebatkan di media sosial. Ada yang berpendapat boleh, dan sah, ada juga yang tidak. Pada ketika ini wujudnya khilaf dikalangan para ulamak tentang penentuan hukum memakai telekung sebegini. Apa pun kita kembali semula kepada syarat sah solat bagi seorang muslimah.

Sah ke Solat Pakai Telekung “lycra”?

Bagi kaum wanita sudah tentu sekali sudah sinonim dengan kain jenis ini di pasaran. Tapi apakah jawapan bagi persoalan di atas? Boleh rujuk artikel daripada Berita Harian Online ini yang menjawab persoalan tersebut. Diharapkan taklah bergaduh dengan isu yang boleh selesai dengan cara baik.

Sah Solat Pakai Telekung Berwarna

Ini lagi satu isu yang rasanya tak perlu kita perbesarkan. Berbalik kepada syarat sah solat, selagi ianya menutup aurat, maka hukumnya harus untuk dipakai. Tak kira lah ianya warna yang menyakitkan mata sekalipun. Sudah tentu ramai yang ingin pakai warna yang menarik. Kita mungkin rasa warna putih sahaja yang dibenarkan, sedangkan dalam syarat sah solat tiada pun isu tentang warna. Rujuk artikel ini untuk pembacaan lanjut.

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Jadi apakah rasanya pilihan telekung terbaik untuk muslimah diluar sana ye? Telekung Reehans sebenarnya mempunyai pelbagai koleksi menarik untuk gaya muslimah terkini. Masing-masing mempunyai citarasa yang berbeza. Jadi tidak salah rasanya kita pilih pakaian untuk beribadat mengikut keselesaan kita sendiri supaya kita rasa lebih khusyuk.

Latar belakang Telekung Reehans

Reehans Telekung adalah Inovasi Pertama yang disediakan untuk memenuhi keperluan Muslimah Moden yang ingin menggunakan Pakaian Solat yang amat Praktikal, Selesa, Diyakini ini dihasilkan dengan penuh teliti dan mengambil masa yang agak lama untuk direalisasikan bagi memastikan kualiti yang terbaik untuk setiap pemilik.

Reehans Telekung ini memudahkan pengguna ketika memakai dan menanggalkannya serta menambahkan keyakinan dan kerajinan ketika beribadah. Reehans Telekung merupakan telekung yang amat praktikal dan kami menggunakan material English Cotton dan Italian Valentro yang terbaik dan selesa ketika dipakai. Dapatkan Reehans Telekung dan Inshaallah kami yakin anda pasti akan menyukainya.

Bagi mereka yang masih mencari telekung yang menarik dan cantik untuk dipakai, boleh lihat pelbagai koleksi terkini seperti berikut:

1.Reehans Balqis

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

-Telekung Reehans Balqis yang bermotifkan corak bunga didatangi dengan pelbagai pilihan warna yang menarik. Dengan menggunakan material English Cotton, pasti anda akan berpuas hati kerana kain jenis ini tidak berbulu selepas dibasuh berkali-kali. Walaupun mempunyai ketebalan kain yang sederhana, ia tidak jarang dan sejuk dipakai. Jadi para muslimah dapat beribadat dengan selesa.

2.Reehans Nur

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

-mempunyai banyak pilihan warna untuk dipilih

3.Reehans Rania

-buat masa ini cuma dua pilihan iaitu Vanilla Cream dan Dusty Pink

Kalau tengok pada koleksi, sudah tentu koleksi Reehans Nur mempunyai banyak pilihan yang sangat menarik sekali. Mesti rambang mata dibuatnya kalau nak pilih. Dari segi harga pun berpatutan dan mampu milik oleh surirumah ataupun pelajar-pelajar yang tinggal di asrama ataupun kolej kediaman.

Bagaimana Nak Dapatkan Koleksi Telekung Reehans?

Tak susah mana, sebab semua pembelian boleh dibuat dengan mudah.

1.Pilih produk yang diminati menerusi tab yang ada.

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

2.Klik pada pilihan telekung yang diminati.

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

3.Pilih saiz dan kuantiti yang diinginkan. Kemudian tekan Add to Cart.

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

4.Tekan “Checkout” untuk teruskan ke proses seterusnya atau klik Continue Shopping untuk beli yang lain.

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

5.Isikan maklumat untuk tujuan penghantaran. Pastikan segala maklumat adalah betul supaya telekung yang korang order nanti dapat sampai ke tangan korang.

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

6.Pilih cara pembayaran dan tekan “Proceed” dan buat bayaran setelah order telah complete. Ada banyak cara bayaran boleh dibuat, sama ada menggunakan Paypal ataupun bank-bank tempatan.

Telekung Reehans Pilihan Muslimah7.Selepas itu, invois akan diberikan kepada anda. Invois ini merupakan bukti order anda dan gunakan nombor invois untuk rujukan jika barang tersebut tidak sampai kepada korang.

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Senang je kan nak order Telekung Reehans Pilihan Muslimah ni kan? Kalau ada yang masih tak yakin dengan syarikat ini, korang boleh tengok sendiri listing Reehans Telekung di laman web Lazada.com.my. Ini menunjukkan Reehans Telekung ni memang serius dalam berbisnes, jadi tak perlu risau untuk membeli dengan Telekung Reehans ni.

Kalau ada yang nak beli melalui Lazada, boleh layari Lazada.com.my dan search –reehans-telekung dan buat pembelian terus melalui Lazada. Korang yang pernah shopping kat Lazada ni tentu tahu macam mana cara nak beli dari Lazada kan?

Telekung Reehans

Apa yang lagi menarik kalau korang tengok sendiri adalah packaging telekungnya. Warna yang begitu menarik dan cantik untuk dibawa ke mana sahaja. Rekabentuk yang begitu eksklusif sekali disediakan kepada pembeli Telekung Reehans ni. Siap ada corak tu, rasanya sesuai juga dijadikan hantaran untuk pengantin..tak gitu? Kepada bakal pengantin tu, rasanya boleh cuba dapatkan sehelai untuk bakal isteri nanti. Packaging dah cantik, tak payah nak hias lagi kan?

Telekung Reehans sentiasa mementingkan kualiti produknya, berpegang kepada tagline “Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria” Telekung Reehans akan memastikan setiap pembelinya dapat beribadah dengan selesa dan ceria sentiasa. Jadi sudah tentulah korang yang ingin mendapatkan telekung muslimah secara online yang berkualiti boleh dapatkan melalui Telekung Reehans ni.

Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan, bolehlah menghubungi Telekung Reehans seperti dibawah:

WhatsApp/Tel: +6011-14481591
Email: [email protected]
Facebook: Reehans Telekung
Website: www.reehans.com

Adakah Telekung Reehans Pilihan Muslimah seperti korang? Kalau sudah semestinya, korang mesti dapatkan satu, paling tidak, boleh hadiahkan kepada ibu korang ataupun mak korang. 😀

Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah dianjurkan oleh HasrulHassan.com, ditaja utama oleh Reehans Telekung Muslimah Eksklusif Istimewa serta tajaan bersama Lyssa Faizureen, Pakej Percutian Murah, serta Cheap and Budget Car Rental Kuala Lumpur

25 Comments

  1. Mrs. A October 19, 2015
    • reez October 19, 2015
  2. Hafiz Rahim October 11, 2015
  3. Hajar Shikin October 1, 2015
  4. Aynora Nur September 30, 2015
  5. Murni Mohd Yusof September 29, 2015
  6. Khairul Zamri September 28, 2015
  7. Dja September 15, 2015
  8. Cikgu Bella September 14, 2015
  9. Mawar Melati September 9, 2015
  10. Hasrul Hassan September 8, 2015
  11. nafsu suami September 7, 2015
  12. abdfatah September 4, 2015
  13. Noriza Rahman September 4, 2015
  14. kaki pelangi September 3, 2015
  15. Eintan Nurfuzie September 2, 2015
  16. Maisarah September 2, 2015
  17. ajumohit September 2, 2015
  18. sensasi2020 September 2, 2015
    • reez September 2, 2015
  19. titan September 2, 2015
  20. onlajer September 1, 2015
    • reez September 1, 2015
  21. mrhanafi September 1, 2015
    • reez September 1, 2015

Leave a Reply

Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.